Sejak penularan wabak COVID-19, permintaan terhadap hand sanitizer semakin sukar untuk didapati sehinggakan harganya pun menjadi lebih mahal.
Orang ramai bimbang jika tidak memiliki hand sanitizer, virus COVID-19 mudah dijangkiti.
Selain hand sanitizer dengan alkohol pada kadar 60%, tahukah anda penggunaan sabun juga berkesan untuk membunuh virus COVID-19. Dengan syarat, anda membasuh dan menggosok tangan dengan sabun selama 20 saat atau lebih sebelum membilasnya dengan air bersih.
Tidak kiralah apa jenis sabun, ia ternyata lebih hebat dan ampuh dalam membunuh kuman COVID-19 ini. Jadi jangan panik sekiranya hand sanitizer kehabisan kerana anda masih boleh menggunakan sabun dan air bersih.
Keampuhan penggunaan sabun dalam membunuh virus COVID-19 ini dikongsikan oleh Dr Latif Saad menerusi laman Facebook TheDiagnosa
.Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Seperti yang kita tahu virus COVID-19 telah pun berleluasa dan merebak sehingga menyebabkan kematian di banyak negara.
Badan kerajaan yang berkait dengan kesihatan juga telah menjalankan pelbagai langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan wabak ini.
Salah satu perkara yang sangat dititik-beratkan oleh semua badan kesihatan seperti WHO, CDC termasuk juga Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencegah jangkitan virus ini adalah dengan MEMBASUH TANGAN dengan SABUN.
Ketika menghasilkan sabun, lemak akan dicampurkan sekali dengan alkali seperti natrium oksida. Reaksi ini dikenali sebagai saponifikasi dan akan menghasilkan satu kompoun yang boleh larut dalam air mahupun dalam lemak.
Terdapat 2 bahagian pada kompaun sabun iaitu hydrophobic yang takut pada air tetapi suka pada lemak dan bahagian hydrophilic yang suka pada air.
Ini disebabkan kompaun tersebut terdiri daripada 2 bahagian iaitu hydrophilic yang suka pada air dan juga hydrophobic iaitu yang tidak suka air tetapi suka pada lemak(minyak).
Apabila sabun ini digunakan untuk membersihkan minyak, bahagian yang sukakan minyak itu akan termasuk ke dalam minyak sementara satu hujung lagi akan menghala ke dalam air.
Kompaun sabun ini akan menyebabkan minyak menjadi titisan-titisan kecil yang boleh disingkirkan daripada permukaan bahan yang terlibat.
COVID-19 merupakan salah satu jenis coronavirus iaitu sama seperti virus SARSCoV dan MERSCoV. Virus-virus ini merupakan jenis ‘enveloped virus’.
Ini bermaksud terdapat satu lapisan membrane yang menjadi lapisan paling luar pada virus tersebut dan ia terbina dari lemak (lipid).
Bahagian virus paling luar yang terdiri daripada lapisan lipid (lipid envelope)
Oleh itu, dengan menggunakan sabun sahaja, ia mampu melarutkan dinding virus menyebabkan bahagian dalam virus itu terdedah dan virus tersebut akan mati.
Kajian menyatakan tidak perlu beli sabun yang mahal-mahal. Sabun biasa-biasa juga sudah mampu untuk membunuh Coronavirus tersebut.
Jika anda tidak mempunyai sabun ataupun air ketika itu, WHO mencadangkan untuk menggunakan Pencuci tangan (hand sanitizer) yang mempunyai alkohol pada kadar 60%.
Anda dinasihatkan untuk sentiasa menggunakan sabun ketika wabak COVID sedang melanda. Ia penting untuk membunuh virus yang ada pada tangan anda dan perkara ini tidaklah susah untuk di amalkan.
Rujukan:
Effectiveness of Common Household Cleaning Agents in Reducing the Viability of Human Influenza A/H1N1. Greatorex JS, Page RF, Curran MD, Digard P, Enstone JE, et al. (2010) Effectiveness of Common Household Cleaning Agents in Reducing the Viability of Human Influenza A/H1N1. PLOS ONE 5(2): e8987. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0008987