Hampir 78 Ribu Pasangan Failkan Perceraian Sejak Pandemik Bermula Tahun Lalu

Share

Pelbagai dugaan dan cabaran yang harus kita semua tempuhi sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada tahun lalu. Selain menyaksikan ramai rakyat Malaysia kehilagan nyawa akibat wabak ini, ribuan dilaporkan telah kehilangan pekerjaan.

Masalah kesihatan mental juga telah meningkat berkali ganda sehingga kes bunuh diri sentiasa menjadi tajuk-tajuk akhbar. Berdepan cabaran ini juga tidak mudah buat ramai pasangan yang mula mendapati mereka tidak sehaluan.

Pada sidang Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mendedahkan kira-kira 78,000 kes perceraian telah direkodkan di seluruh negara sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada tahun lalu.

Jelas beliau, sebanyak 10.346 kes perceraian melibatkan pasangan bukan beragama Islam manakala 66,440 kes pula melibatkan pasangan beragama Islam di antara bulan Mac tahun lalu dan Ogos tahun ini.

Kes perceraian di kalangan pasangan beragama Islam paling tinggi dicatatkan di Johor dengan 7,558 dan diikuti oleh Kedah (5,985) dan Kelantan (5,082). Manakala kes perceraian pasangan bukan beragama Islam paling tinggi pula dicatatkan di negeri Selangor sebanyak 3,160 kes dan diikuti Kuala Lumpur (2,893) dan Perak (1,209).

BERI TEKANAN KEPADA PASANGAN

Perdana Menteri turut ambil maklum bahawa kesan pandemik dan juga Perintah Kawalan Pergerakan telah sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada pasangan yang sudah berkahwin serta institusi keluarga.

“Kehidupan di bawah norma baharu telah memberikan impak terhadap aspek kehidupan terutamanya isntitusi kekeluargaan,” jelas Datuk Ismail Sabri pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

House photo created by wavebreakmedia_micro – www.freepik.com

Berikutan pencerahan kondisi ini, beliau berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) teah menjalankan tinjauan bermula di antara 5 Mac lalu untuk mengkaji impak pandemik terhadap pasangan yang sudah berkahwin.

Tinjauan tersebut menyaksikan seramai 1,148 pasangan berkahwin yang mempunyai cahaya mata berusia di antara tujuh hingga 24 tahun.

Jelasnya, menerusi tinjauan tersebut mereka mendapat 80% ibu bapa tersebut berdepan dengan masalah ekonomi dan tekanan mental berikutan gelombang ketiga wabak ini pada awal tahun lalu. Manakala 28% lagi berdepan masalah ekonomi yang semakin teruk berbanding Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelumnya.

Manakala 63% daripada mereka juga mengakui berdepan masalah kemurungan. Masalah tekanan menyaksikan 20% daripada ibu bapa tersebut mengakui semakin sukar mengawal kemarahan mereka.

Ia dikuti dengan masalah sukar tidur, sakit kepala dan juga sakit perut. Namun terdapat perkara positif yang ditemui dengan mendapati kira-kira 96.1% ibu bapa bersetuju mendapatkan vaksinasi bersama keluarga masing-masing demi mendapatkan imuniti kelompok negara.

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa usaha berterusan akan diambol untuk membantu mana-mana pihak yang terkesan dengan inisiatf yang kompreshensif.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim