“Pastinya saya mengharapkan keadaan litar basah untuk perlumbaan esok kerana kelebihan buat saya berdasarkan beberapa perlumbaan ini,” jelas pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menjelang perlumbaan Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), esok.
Berada dikedudukan 12 terpantas pada ujian masa semalam dengan catatan 2 minit 07.970 saat, pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia akan berada dibaris keempat perlumbaan hari ini selepas mencatatkan masa 2’07.137 saat untuk berada dipetak ke 11.
Baginya, seisi kelayakan masa hari ini begitu mencabar khususnya dengan keadaan cuaca panas dan saingan dari pelumba-pelumba lain.
“Secara umumnya saya mengharapkan litar basah untuk perlumbaan esok , memandangkan itulah kelebihan yang dimiliki berbanding litar kering.
“Berada dibaris keempat untuk memulakan perlumbaan dalam keadaan litar kering sedikit sukar kerana pelumba hadapan pastinya akan memecut, namun dalam keadaan litar basah sebaliknya pula berlaku.
“Keseluruhannya saya berpuas hati dengan pencapaian pada hari ini dan mengharapkan doa dari penyokong untuk memastikan keputusan cemerlang dilaman sendiri,” katanya.
Hafizh yang turut dikenali dengan gelaran Pescao sememangnya menakjubkan apabila beraksi dilitar basah dengan dua kejayaan menaiki podium berjaya dicapai pada perlumbaan di Grand Prix San Marino di tangga ketiga (September) dan Grand Prix Motosikal Jepun juga ditempat ketiga (Oktober).
Ads
Mengulas jentera Kalex yang ditunggangnya, pelumba kelahiran Ampang, Selangor ini memaklumkan semuanya berjalan dengan lancar dan bersedia untuk perlumbaan hari ini.
“Jentera cukup sempurna kali ini, tumpuan pastinya untuk perlumbaan dan saya perlu segera merapatkan kedudukan dengan kelompok dihadapan untuk memastikan tidak ketinggalan,” jelasnya yang kini telah mengutip 86 mata dan kini menduduki rangking ke 11 dunia.
Sementara itu dalam kategori MotoGP pula, pelumba dari pasukan Repsol Honda Team, Dani Pedrosa bakal memulakan perlumbaan dipetak pertama selepas mencatatkan masa 1’59.212 saat manakala pelumba dari pasukan Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco, petak kedua (1’519.229 saat) dan pemenang musim lalu di Sepang, Andrea Dovizioso dari pasukan Ducati tempat ketiga (1’59.236 saat)
Jelas Pedrosa, peringkat awal seisi kelayakan masa perbezaan sangat dekat dengan pelumba lain juga memberikan saingan sengit.
Ads
“Untuk ujian kelayakan peringkat kedua, saya cuba tingkatkan jentera dan sangat bertuah kerana litar begitu memuaskan. Saya fikir hari ini semakin baik dan saya cuba beberapa jenis tayar.
“Perlumbaan hari ini adalah penting dan aksi di Sepang sentiasa sukar, pastinya pelumba lain akan menampilkan aksi terbaik,” jelasnya pada sidang media.
–tamat—
Catatan Seisi Kelayakan Masa Terpantas Moto2
Ads
Franco Morbidelli ( EGO,O Marc VDS / 2’06.406 saat)
Miquel Oliveira ( Red Bull KTM Ajo / 2’06.432 saat)
Fabio Quartararo ( Pons HP40 / 2’06.478 saat)
Catatan Seisi Kelayakan Masa Terpantas MotoGP
Dani Pedrosa (Honda Repsol Team / 1’59.212 saat)
Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3 / 1’59.229 saat)
Tidak kira apa bentuk pengangkutan awam, kalau sudah tidak pandai menjaga adab di mana-mana pun sama sahaja. Naik pengangkutan awam tidak boleh sesuka hati seperti naik kenderaan sendiri. Setiap orang pastinya pernah menggunakan kenderaan awam tetapi sayangnya masih ramai penumpang yang mengabaikan etika sebagai penumpang sehingga mengganggu penumpang lain.
TOLONG ELAK!
1)Asyik berkepit dengan gajet
Bayangkan sebelah tangan bergayut dengan telefon, sebelah tangan lagi mencari-cari syiling dalam poket untuk tambang. Sudahnya wang berterabur menyebabkan anda sendiri kalut. Sama juga keadaannya sebelum masuk ke dalam perut kapal terbang pun, kita telah diingatkan supaya mematikan semua gajet yang menggunakan signal seperti telefon, selular ataupun radio kerana ini bukan sahaja menganggu ketenteraman malah membahayakan nyawa penumpang.
2)Kontrol sikit makan tu bro…
“ Saya tidak sempat bersarapan. Jadi apa salahnya saya makan bekalan yang saya bawa.” Perghhh.. sekali buka baunya terus menyengat. Bayangkan kenderaan yang tertutup rapat dengan tiada udara yang keluar menyebabkan timbulnya bau yang kurang enak kepada penumpang lain.
Kalau boleh makanan berbau seperti durian dan burger memang patut dielakkan supaya tidak mengeluarkan bau yang boleh mengganggu penumpang lain. Cara makan juga perlu dikawal, jangan sampai mengambil ruang orang sebelah. Sebaik-baiknya tidak digalakkan makan di dalam pengangkutan awam.
3)Jaga sikit bau badan!
Apa perasaan anda setiap kali naik bas berhimpit-himpit dengan penumpang lain, tiba-tiba seorang penumpang masuk dan duduk di sebelah anda dengan badan berbau masam dan kurang menyenangkan? Tentu kembang kempis hidung dibuatnya.
Dalam bas atau komuter pun sama sahaja, keadaan yang bersesak dengan ramai orang akan menjadikan anda sendiri pening dengan berbagai-bagai ‘ perfume’ yang ada. Seeloknya sebelum balik kerja, sembur perfume atau setidak-tidaknya pakai deodoran dulu sebelum naik sebarang pengangkutan awam supaya tiada penumpang lain tutup hidung.
4) Jangan banyak cakap
Terlalu peramah atau banyak cerita susah juga kerana ia boleh ‘ membunuh’ suasana dalam sesebuah pengangkutan awam. Sebagai contoh, dalam kapal terbang suasananya lebih tenang kerana ramai yang memilih untuk membaca atau berehat.
Kadang-kadang ada penumpang yang begitu bersemangat bersembang sampaikan seluruh penumpang kapal terbang boleh mendengar setiap butiran perbualan. Kalau mahu bersembang pun, tengok sama ada orang itu sedang membaca ataupun sedang tidur. Jangan sampai ada yang menjeling.
5) Baca surat khabar pun tengok
Banyak orang menghabiskan masa dengan membaca untuk hilangkan kebosanan. Jika yang dibaca itu buku atau majalah masih boleh diterima, tetapi ada mereka yang membaca surat khabar berlembar-lembar sehingga lupa surat khabar yang dibaca dibentangnya sampai ke muka orang sebelah.
Aduh! Kalau hendak membaca pun, jangan sampai menyusahkan orang sebelah. Cara terbaik, ambil satu atau dua sisipan sahaja dan lipat dengan kemas agar mudah dibaca tanpa menganggu orang lain.
Struktur tubuhnya sangat konkrit untuk dilabelkan sempurna, begitu menjaga rutin pemakanan dan kecergasan sebagai tunjang utama, jejaka ini punya visi untuk memastikan penampilan dirinya kekal dan menjadi contoh dan inspirasi untuk semua lelaki di luar sana. Fizikal yang menarik melambangkan kesihatan dalaman kita.
Kenapa memilih bidang kecergasan? Saya memilih untuk serius di dalam bidang kecergasan ini adalah untuk memperoleh ilmu yang lebih mendalam untuk bidang kesihatan dan kecergasan di samping mendapatkan sijil sebagai jurulatih khusus dalam sains senaman. Ini penting bagi mendapatkan kepercayaan client terhadap keupayaan saya dalam membimbing demi mencapai target. Saya juga kerap membuat bacaan serta kajian di samping mencuba terlebih dahulu setiap gerakan sebelum diajar kepada client.
2.Latihan yang sering dilakukan?
Setiap latihan mengambil masa dari satu minggu ke setahun untuk belajar. Ia bergantung pada fizikal individual dari segi tinggi, berat, umur dan jantina. Latihan yang diamalkan adalah single muscle group or goal. Tetapkan satu matlamat dan kerjakan dalam satu sesi.
3.Diet yang diamalkan? Paleo diet untuk sepanjang tahun.
4.Bagaimana anda menguruskan client dan cabaran terbesar? Banyak meluangkan masa untuk kenali setiap individual, masalah yang dihadapi dan selalu sampaikan motivasi yang sangat tinggi. Paling sukar dalam kerjaya saya apabila client tidak sampaikan masalah yang dihadapi.
5.Kepentingan nutrisi dalam setiap latihan? Kualiti adalah kualiti. Kita sepatutnya makan demi kekuatan fizikal dan mental.
Tiga latihan yang anda cadangkan setiap hari?
Compound exercises, isolation exercises, core and cardiovascular.
7.Quotes You are what you eat.
8.Cara motivasi Progress dan results. Mengambil gambaran perubahan setiap sesi dan sentiasa mencatat record client untuk rujukan yang akan menambah motivasi mereka. Selain itu jangan asyik memberi alasan. Saya sebagai jurulatih atau idola, saya perlu sentiasa menunjukkan minat dan konsisten mengamalkan aktiviti bersenam.
9.Pencapaian terbaik anda One and only IFBB Amateur Men’s Physique Athlete dari Malaysia dan 6th place at Arnold Classic Africa Africa.
10.Goal Sentiasa dapat mengamalkan gaya hidup sihat sehingga akhir hayat.
11.Nasihat? Jangan menipu dalam dunia kesihatan. Tiada jalan pintas dan mempunyai minda yang positif because if you think you don’t have time, you don’t. Fitness adalah perjalanan yang sangat panjang, bukan hasil yang boleh dicapai dalam satu hari. Cipta badan demi kekuatan fizikal dan mental. Sentiasa memberi inspirasi dan motivasi antara satu sama lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah penyebab utama yang perlu diambil kira. Walau bagaimanapun sekiranya angin ini diikuti dengan gejala lain, anda mungkin perlu bertemu dengan doktor untuk rawatan segera. Walaupun kebanyakan kes kembung tidak merbahaya, ia boleh membawa kepada gejala ketidakhadaman makanan seperti gastroenteritis (cirit birit) atau irritable bowel syndrome (IBS) (cirit birit yang berterusan).
Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti sakit perut, najis berdarah, najis berwarna pucat dari kebiasaan dan susah untuk membuang air, sembelit dan/atau kehilangan berat badan, sila berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian dignosa yang lebih lanjut.
Dari segi perubatan, keadaan yang menyebabkan kembung perut adalah:
irritable bowel syndrome (IBS) “gastroenteritis”
diverticulosis atau diverticulitis
penyakit seliak (coeliac disease)
ketidakhadaman
Tanda-tanda kembung perut
Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas isi perut.
Perut meragam – berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat , menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.
Kembung – perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan
Sendawa – Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.
Kesan kembung perut
Malu untuk bersosial
Terlalu merendah diri
Rawatan untuk kembung perut
Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga juga membantu.
Ubat tanpa preskripsi doktor( boleh dibeli di kedai-kedai ubat). Sesetengah ubat seperti di bawah dapat membantu.
Suplemen Laktosa: sekiranya anda mengalami masalah penghadaman laktosa, enzim laktosa boleh diambil untuk membantu mencernakan laktosa . Anda juga boleh mencuba produk tenusu tanpa laktosa yang terdapat di kebanyakan kedai dan pasaraya.
Simethicone : mencuba semithicone yang terdapat di kedai ubat dan farmasi dapat membantu memecahkan gelembung gas dan sendawa yang berterusan,
Activated charcoal : Pil charcoal juga boleh membantu, anda boleh mengambilnya sebelum dan selepas makan dan boleh didapati di kedai ubat dan sebagainya.
Langkah pencegahan kembung perut
Ukuran Pemakanan
Mengubah amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan oleh badan atau membantu mengeluarkan gas dengan lebih cepat melalui sistem anda.
Cuba kenalpasti dan galakkan makanan yang memberi kesan besar kepada anda. Kebanyakan orang tidak dapat menerima makanan seperti kacang, bawang, brokoli, bunga kobis, asparagus, buah pir, epal, buah pic, prun, gula gula tanpa gula, dan gula gula getah, roti gandum, bijiran bran, bir, soda dan minuman berkarbonat, susu, krim, aiskrim, dan susu ais.
Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung terhasil daripada makanan berlemak. Lemak melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan rasa perut yang penuh.
Mengurangkan pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah sementara waktu . Sekiranya anda mengambil suplemen serat, cuba kurangkan jumlah pengambilan dan ambil semula dengan keadaan beransur ansur. Pastikan suplemen serat diambil bersama sekurang kurangnya 8 auns air dan minum air lebih sepanjang hari.
Mengurangkan penggunaan produk tenusu harian anda. Cuba menggunakan produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt. selain susu. Mengambil susu dalam jumlah yang rendah pada satu satu masa atau mengambil susu dengan makanan lain juga memudahkan proses penghadaman. Ada sesetangah kes memerlukan anda untuk terus berhenti dari mengambil produk tenusu.
Cubalah secawan teh pudina. Minyak pudina mengandungi menthol, yang mempunyai antispasmodic. Anda akan dapati rasa panas secawan teh pudina akan memberikan penyembuhan daripada gas dan kesakitan berpunca dari gas. Dalam hal lain, pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati dan tindak balas asid.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.