
Sempena musim cuti tahun 2023, jenama mewah Coach tampil dengan koleksi pakaian dan beg tangan wanita demi memenuhi kehendak acara atau aktiviti yang mengisi musim cuti anda. Para jejaka mungkin boleh mempertimbangkan koleksi ini sebagai hadiah untuk pasangan atau wanita yang disayangi dalam hidup anda. Mana tahu, ia mampu menyerlahkan lagi nikmat percutian anda.
Wear Your Shine
Tampil berani dan bergaya dengan koleksi yang bersinar ini. Beg dan kasut dari koleksi ini pastinya sesuai digayakan ke majlis yang ekslusif.
Glimmering Sequin
Jika sinaran sahaja tidak mencukupi, mungkin sentuhan gemerlapan labuci mampu menyerlahkan lagi penampilan anda. Beg dan gaun dipenuhi labuci ini pasti bakal menarik perhatian mata untuk memandang.
Cosmic Collection
Untuk yang sukakan pengembaraan dan galaksi, koleksi ini mungkin sesuai untuk anda. Tampil ceria dengan beg dengan corak yang comel, ia pasti membuatkan sebarang urusan percutian anda lebih menyeronokkan.
All Black
Pamakaian warna hitam yang klasik tidak pernah gagal untuk membuatkan sesorang tampak berkelas tinggi. Ia juga warna yang paling selamat dan pastinya sesuai untuk kebanyakan acara.
Shearling
Jika anda merancang untuk ke kawasan bermusim sejuk, jangan lupa untuk mempertimbangkan koleksi ini. Bukan sahaja tampak bergaya, ia juga mampu memberi kehangatan serta melindungi anda dari suhu yang rendah agar anda sentiasa selesa melakukan aktiviti.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bentuk Badan Manakah Yang Sesuai Untuk Cepat Sado?

Okay…langkah pertama untuk mendapatkan susuk tubuh idaman ialah mengenal pasti jenis bentuk tubuh. Lelaki mana yang tak mahukan badan yang tegap dn mantap. Buat senaman tak tentu hala pun tak guna kalau kita tak tahu bentuk badan kita tergolong dalam kategori mana. Jom kenal jenis tubuh badan korang.
1. BENTUK SEGI TIGA
* Dada kecil berbanding pinggul
* Bawah badan lebih berat dari atas
* Garisan bahu jatuh
Lelaki dengan bentuk badan sebegini termasuk dalam kategori ectomorph yang selalunya nampak atletik dengan dada yang kecil. Tapi bila situasi berat badan bertambah-biasanya ‘berat’ itu pergi ke bahagian dada, wajah, abdomen hingga kadang-kadang menampakkan bentuk tubuh tak seimbang. Lelaki sebegini biasanya punyai kandungan lemak yang rendah dan mudah turunkan berat badan. Cuma kalau nak jadikan tubuh tu sasa payah sedikit kerana badan segi tiga agak sukar untuk membina lean muscle.
2. BENTUK BUJUR
* Lengan atas besar
* perut buncit
* kaki lebih kurus berbanding bahagian atas badan
Bentuk badan macam ni mempunyai bahu jatuh dan tulang pinggul yang lebih rendah, di samping belakang badan besar, punggung leper dan leher yang pendek. Lelaki macam ni aset dia terletak pada kaki yang kurus.
3. BENTUK SEGI TIGA TERBALIK
* Pinggang/Pinggul kecil-Atas badan yang lebar
* Binaan otot baik pada bahu, dada dan lengan
* Atas badan lebih besar dari bawah.
Untungnya pemilik badan begini ialah mereka mudah mengenakan apa sahaja stail pakaian klasik kerana dada yang bidang dan pinggang yang kecil.
4. BENTUK SEGI EMPAT SAMA
* Dada, pinggang dan pinggul sama saiz
* Bentuk Tubuh yang tegak
Lelaki yang miliki badan macam ni senang-Bahu, pinggang dan pinggul mereka selari macam pembaris. Nak gayakan apa saja jenis pakaian mudah asalkan bahagian bahu dijadikan titik fokus. Cuma, masalahnya pemilik bentuk badan macam ni kena berusaha lebih sedikit untuk dapatkan otot yang sasa.
5. BENTUK TRAPEZOID
*Bahagian atas badan lebih besar
*Dada dan bahu yang lebar
*Saiz pinggang dan pinggul yang sederhana kecil
*Perkadaran tubuh yang seimbang
Trapezoid boleh dikatakan ciri pada bentuk badan lelaki yang seimbang. Dada bidang, lengan yang berotot dan pinggul yang kecil. Untung lelaki kalau sudah semula jadi badan macam ni.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
6 Simptom Krisis Lelaki Pertengahan Usia, Salah Satunya ‘kemiangan’ Semakin Meningkat

Perangai Lelaki.“Life begins at 40”. Mesti anda pernah dengar ungkapan ini, bukan? Mengikut kajian dan banyak situasi, usia lelaki untuk berubah adalah sehingga umur 40 tahun.
Angka 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, dan juga semakin matang.Manakala bagi bagi wanita pula, usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif dan selalu dikatakan saham mula menurun.
Namun, untuk lelaki kononnya pada usia 40 inilah tahap ‘kemiangan’ lelaki dikatakan semakin meningkat! Adakah ini benar?
Simptom krisis pertengahan usia
- Berasa tidak bahagia dengan hidup atau gaya hidup.
- Bosan dengan mereka yang berada di sekelilingnya dan bidang yang dulu menarik minatnya.
- Mempersoalkan pilihan yang tidak dibuat dalam hidup dan mengapa mereka tidak memilih sebaliknya.
- Marah pada pasangan dan rasa terikat dengannya.
- Tidak berupaya membuat keputusan hala tuju hidup mereka.
- Keinginan menjalin perhubungan baru (Ramai lelaki usia ini menyalah tafsirkan keinginan ini dengan mula mencari alasan berkahwin dengan anak dara. Lebih parah jika memilih anak dara seusia anak sulungnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas).
Perubahan hormon
Keadaan ini diburukkan lagi dengan perubahan hormon yang mempengaruhi bukan saja fizikal tetapi keinginan seksual dan dihimpit permasalahan peribadi dengan pasangan. Hormon testosteron bukan saja mempengaruhi keinginan seksual, tetapi apabila parasnya menurun ia juga menjejaskan pemikiran dan tubuh badan.
Krisis pertengahan umur dalam kalangan lelaki juga boleh dilihat pada perubahan fisiologi. Menghampiri usia 40 tahun, hormon testosteron menyebabkan perubahan fizikal yang boleh dilihat. Antaranya jika dulu tegap tetapi sekarang sudah gemuk dan buncit.
Fungsi seksual juga berkurangan, sekali gus mempengaruhi sosiologi. Perubahan biologi dilalui oleh semua lelaki dan wanita tetapi perubahan itu tidak sama.
Tip
i. Seorang lelaki apabila mencecah umur 40 tahun, dia memang sedang macho.
Kalau diibaratkan kereta, ia bersedia untuk dipecut dengan laju kerana sempurna buatan dan selenggaraannya. Kalau diibaratkan rumah, ia adalah sebuah rumah yang telah sempurna dibina, enak dan selesa untuk didiami. Bermakna dia kacak luar dan dalam. Inilah saatnya seseorang lelaki itu ‘baligh kali kedua’. Maksud saya, pemikiran, sikap serta prestasinya berulang sebagaimana dia mula-mula baligh pada usia remaja dahulu. Oleh yang demikian, usah terlalu risau, insya-ALLAH apabila usianya melepasi 40-an nanti, dia akan kembali ‘perlahan’. Usia 40 memanglah sedang matang, malah ada ungkapan berbunyi, Life begin at 40.
ii. Bantu suami dengan memberikannya layanan A1.
Tentu dia ada sebab hingga mengahwini anda sedangkan dia sudah ada isteri. Bongkar kelebihan-kelebihan yang dikagumi ini dan pamerkan selalu, moga-moga dia perasan bahawa apa yang diperlukan itu ada pada diri anda, justeru, dia tidak perlu terlalu miang lagi. Kesilapan kebanyakan para isteri ialah mereka tidak lagi mempamerkan apa-apa yang dikagumi oleh suami terhadap diri mereka dahulu. Misalnya kerap kusam di rumah, comot, cincai dan tidak mahu menghias diri. Kerap letih pada waktu suami sangat-sangat memerlukannya. Tiada sebab seorang lelaki hendak bersusah payah mencari di luar jika dia mendapat kesemuanya di rumah.
iii. Bawakan suasana orang beriman di dalam rumah tangga.
Kerap membaca al-Quran, kerap bangun solat malam dan kerap membuka rancangan-rancangan agama di radio dan televisyen. Juga beli buku-buku motivasi keagamaan, saya cadangkan Komplikasi Jiwa Muslim. Letakkan sahaja buku-buku ini di atas meja di ruang tamu, jika dia tidak mahu membaca pun, tajuk-tajuk berkenaan cukup memberikan hentakan. Moga-moga usaha ini sedikit sebanyak membuatkannya segan kepada diri sendiri. Memang nafsu masih menggila tetapi apabila melihatkan anda yang semakin cenderung ke arah keagamaan, timbullah perasaan untuk membuat perubahan diri.
iv. Menjaga pemakanan dan mengawal berat badan dan berada dalam suasana persekitaran yang kondusif. Ada kala tekanan perasaan pada pekerjaan ditambah dengan masalah kesihatan akan menyebabkan lelaki hilang kawalan dalam hidupnya. Jika dikaitkan dengan masalah andropaus, perlu dirujuk kepada doktor. Mengambil terapi gantian hormon antara rawatan yang ditawarkan perubatan moden. Namun, keupayaan mengawal diri, bersenam dan menjaga kesihatan adalah antara langkah paling asas dan utama.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mengapa Lelaki Walaupun Ditimpa Masalah Masih Tenang Dan Masih Boleh Tersenyum

Panik sebenarnya bukan sesuatu yang berbahaya. Namun perubahan fisiologi dan metobolisma badan terhadap panik boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini. Panik sering terjadi kepada wanita, tetapi lelaki juga boleh mengalami serangan panik.
Ia sering berlaku kepada mereka berusia awal 20-an. Peringkat umur lain juga berisiko. Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan perasaan takut akibat serangan jantung, kehilangan sesuatu atau fobia. Antara punca utama panik adalah tekanan emosi terutamanya emosi antara manusia. Ia boleh berlaku akibat rentetan peristiwa yang tidak diingini seperti kematian dan sebagainya. Pengambilan dadah terlarang juga antara punca. Masalah kesihatan perubatan juga boleh menyebabkan berlakunya serangan panik.
Dalam keadaan panik, pernafasan pesakit menjadi laju dan tidak menentu. Ini menyebabkan pertukaran oksigen dalam udara dan karbon dioksida dalam badan menjadi tidak selaras. Ini mengakibatkan simptom lain seperti degupan jantung pantas, anggota badan menjadi kebas, pening, berpeluh, sakit dada dan adakalanya pengsan atau pitam.
Perkara pertama perlu dilakukan ketika melihat seseorang itu panik ialah memberi ruang dan juga sokongan agar pesakit tenteram. Pesakit hendaklah duduk serta mengawal pernafasan dengan baik. Ini untuk mengelakkan komplikasi kurang udara ke otak dan jantung yang boleh menyebabkan pengsan, sawan atau serangan jantung. Jika keadaan tidak dapat dikawal, pesakit perlu dibawa segera ke hospital. Ini penting untuk memastikan tiada sebab lain serangan panik terjadi.
Selain itu, berikan bantuan sesuai kepada pesakit jika perlu untuk memastikan keadaan pesakit stabil.Beberapa ujian darah dan pemeriksaan jantung atau elektrokardiogram (ECG) perlu dilakukan untuk memastikan serangan panik bukan disebabkan masalah kesihatan yang perlu dirawat segera. Dalam situasi panik, individu yang berada bersama pesakit memainkan peranan penting dalam memberikan rawatan awal, iaitu dengan memberi bantuan emosi. Jika tidak, komplikasi seperti pengsan, sawan dan juga serangan jantung boleh berlaku serta merta. Oleh itu, pesakit perlu ditenangkan agar komplikasi tidak diingini tidak berlaku.
BOLEH MENGGANGGU KADAR DEGUPAN JANTUNG
Degupan jantung kita dikawal perentak jantung semula jadi dinamakan nod sinus (SA) yang terletak pada atrium kanan di bahagian atas jantung. Nod sinus ini menghasilkan impuls elektrik yang mencetuskan setiap degupan. Impuls elektrik dari nod sinus bergerak merentasi atrium menyebabkan otot atrium menguncup dan mengepam darah ke dalam ventrikel.
Impuls eletrik itu kemudian tiba di kelompok sel dinamakan nod atrioventrikel (AV) yang juga laluan tunggal untuk isyarat bergerak dari atrium ke ventrikel di bahagian bawah jantung. Nod AV memperlahankan isyarat elektrik sebelum menghantarnya ke ventrikel, dan kelewatan itu membolehkan ventrikel diisi dengan darah. Otot ventrikel yang menerima impuls elektrik akan mengecut dan mengepam darah ke paru-paru dan bahagian lain tubuh.
Bagi individu dengan jantung sihat, proses berkenaan berjalan lancar dan menghasilkan kadar denyutan jantung normal antara 60 hingga 100 degupan seminit.
Rentak degupan jantung yang terlalu laju diukur apabila denyutan jantung lebih 100 degup seminit manakala rentak terlalu perlahan apabila denyutan jantung kurang 60 degup seminit. Kebanyakan gangguan rentak degupan jantung ini tidak berbahaya dan boleh berlaku kepada individu dengan jantung sihat. Ini kerana tidak semua masalah rentak degupan jantung berpunca daripada jantung yang tidak sihat. Degupan jantung boleh menjadi terlalu laju ketika seseorang melakukan senaman dan menjadi terlalu perlahan ketika tidur atau berehat. Namun, ia juga bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana rentak degupan jantung tidak sekata boleh mengganggu kehidupan dan mengancam nyawa.
Rentak degupan jantung tidak sekata berlaku disebabkan pelbagai faktor, selain serangan jantung seseorang juga boleh mendapat masalah degupan jantung akibat kadar garam galian atau elektrolit dalam tubuh tidak seimbang, arteri tersumbat, perubahan otot jantung, kecederaan tisu jantung (parut) akibat serangan jantung, penuaan atau tekanan darah tinggi. Punca lain boleh berlaku disebabkan menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Malah, tekanan perasaan, pengambilan ubatan, penyalahgunaan dadah, merokok, terkena kejutan elektrik, minum terlalu banyak alkohol atau kafein juga menyumbang kepada masalah ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI