Mungkin ini adalah tahun terakhir anda bergelar lelaki bujang, tidak salah untuk anda mengenali bakal mertua anda dengan lebih dekat. Jangan takut ok, buat biasa sahaja.
Steady
Anda tak perlu rasa cuak untuk pergi beraya rumah dia. Buat rilek je. Anggap macam tak ada apa-apa yang berlaku. Lagi pun anda pergi untuk beraya, bukannya anda pergi nak buat benda jahat pun. So tak perlu anda rasa takut-takut nak datang beraya rumah bakal mertua anda tu. Mereka tak makan orang lah. Mereka makan kuih raya.
Kemas
Pakaian yang anda pakai tu mestilah kemas. Kalau boleh, pakai baju kemeja yang elok sikit. Jangan pakai baju tshirt lusuh, koyak sana sini, siap ada lambang tengkorak lagi. Sangat-sangatlah tak sesuai untuk datang beraya rumah orang. Kalau saya tengok pun akan pandang dua tiga kali siap cakap lagi, “Dia ni nak datang tengok konsert ke, atau nak datang beraya?”
Rapi
Pastikan juga rambut anda disikat rapi. Lebih elok kalau rambut tu pendek. Barulah nampak kemas. Biar bakal mertua anda tu tengok anda ni nampak segak, tampan dan bergaya. Tak selekeh. Kalau adik-beradik dia tengok pun rasa kagum sebab anda kelihatan hensem.
Buah tangan
Ads
Jangan datang dengan tangan kosong. Walaupun anda datang untuk beraya, tetapi bawa la sikit buah tangan apabila anda datang beraya rumah si dia nanti. Kalau anda rasa tak tahu nak bawa apa, belilah buah epal ke, buah anggur ke, atau pun buah limau yang boleh anda beli dekat shopping complex.
Masa
Pastikan anda menjaga masa anda. Kalau anda beritahu si dia yang anda akan datang pukul 2 petang, pastikan yang anda sampai tepat pukul 2 petang. Kalau nak sampai awal pun boleh, dalam 5-15 minit. Tetapi jangan sampai awal sangat sebab takut family dia tak ready lagi. Paling penting sekali, jangan sampai lewat. Kalau lewat, anda gagal.
Saudara-mara
Sebab selalunya masa beraya ni ramai saudara-mara atau kawan-kawan family dia datang rumah untuk beraya. Jadi lebih baik anda deal awal-awal dengan pasangan anda yang anda akan datang pada sekian-sekian waktu. Sebab tak nak la nanti bila anda datang ke rumah dia, sekali tengok-tengok ramai pula saudara-mara dia ada dekat rumah tu. Anda yang tadi mula-mula okey, terus jadi segan pula nanti menjawab soalan-soalan killer dari makcik-makcik dia.
Ads
Teman
Kalau anda rasa tak berani untuk pergi sorang-sorang, bawalah teman (wingman). Mungkin anda boleh ajak kawan baik anda ke, atau pun adik-beradik anda ke, untuk pergi teman beraya rumah si dia. Sekurang-kurangnya tak adalah anda rasa kekok bila tiba-tiba anda tak tahu nak berbual apa dengan parents dia nanti. Sebab bila kita duduk sorang-sorang ni, kita mudah mati akal bila dah habis point untuk berborak. Jadi bila ada teman tu, ok lah sikit.
Hormat
Ketika sampai rumah dia nanti, pastikan yang anda hormat bakal mertua anda dan adik-beradik dia. Jangan hanya hormat pada ibubapa dia saja sebab adik-beradik dia pun mainkan peranan juga nanti. Sebab kebiasaannya, ibubapa akan tanya pendapat adik-beradik yang lain tentang diri anda. Jika anda hanya mengambil hati bakal mertua anda saja dan mengenepikan adik-beradik dia yang lain, anda silap. Anda gagal lagi sekali.
Ads
Duit Raya
Kalau anda sudah bekerja, pastikan anda bagi duit raya untuk adik-beradik dia. Tetapi berikan kepada mereka yang masih bersekolah saja. Yang sudah bekerja tu, tak perlu la bagi. Untuk bakal mertua anda pula, tak perlulah bagi duit raya. Mereka bukannya perlukan pun. Oh ya, kalau anda nak naikkan saham anda, bagi la duit raya tu depan parents dia. Bagi ketika anda sudah nak balik.
Tenang
Ketika duduk makan bersama dengan family dia nanti, anda perlu tenangkan diri. Jangan kelam kabut. Apabila berborak dengan family dia pun, berborak pada topik yang anda tahu saja. Jangan cerita topik yang berat-berat yang sampai buat orang lain pun rasa meluat. Cari topik yang santai-santai yang semua orang faham. Lagi bagus kalau anda boleh borak topik yang berkaitan dengan minat family pasangan anda.
Salam
Ramai yang terlupa part ni. Sebab dah seronok pergi beraya rumah si dia, terus lupa beri salam bila dah nak balik. Masa datang, pandai pula berikan salam. Tetapi bila balik, cakap terima kasih dan terus balik je tanpa berikan “Assalammualaikum” dekat kedua ibubapa dan family pasangan mereka. Jadi, ingat. Semasa anda nak balik tu, berikan salam. Tunjukkan yang anda ini cukup budi bahasa dan agamanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berbanding wanita, lelaki dikatakan golongan yang kurang berminat pergi ke klinik untuk mengetahui tahap kesihatan secara keseluruhan. Jangan cemburu apabila ada statistik menunjukkan wanita sepuluh tahun hidup lebih lama kerana peka dengan tahap kesihatan. Jika anda baru saja terfikir untuk memelihara kesihatan, lima senarai ujian kesihatan ini mungkin boleh membantu.
Kemurungan
Masalah kegemukan atau masalah stres boleh menyebabkan anda gagal menguruskan kehidupan anda. Masalah kemurungan agak sukar untuk dikesan dari segi luaran melainkan anda perlu bertemu doktor kerana perubahan ketara dari segi tenaga, emosi, keletihan melampau dan hilang pertimbangan apabila berdepan dengan masalah kecil. Meskipun masalah kemurungan merupakan penyakit mental, jangan ambil mudah penyakit ini sebaliknya masih ada rawatan untuk sakit murung.
Barah kolorektum
Walaupun jumlah pengidap barah kolorektum jarang diketengahkan tetapi ia jumlah yang semakin meningkat saban tahun. Jika anda lelaki yang berusia lebih daripada 50 tahun, sudah tiba masanya untuk anda bertemu dengan doktor untuk mengesan penyakit barah ini. Sekiranya anda mempunyai keturunan atau sejarah keluarga yang menghidap kanser atau ketumbuhan di dalam kolon, jangan segan mengaku depan doktor anda.
Tekanan darah
Berapa tinggi tekanan darah anda hari ini? Bacaan seperti 140/90 atau lebih sudah dikira tinggi. Stres di tempat kerja atau keadaan sekeliling boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat tanpa disedari. Apabila anda menghidap tekanan darah tinggi, anda telah terdedah dengan serangan jantung, mata rabun, strok, kerosakan otak, kegagalan fungsi jantung dan kerosakan salur darah.
Kolesterol
Kolesterol baik dianggap HDL yang membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok manakala kolesterol jahat yang dianggap LDL merupakan penyumbang kepada sakit jantung. Gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan sihat dan senaman setiap hari boleh membantu anda mengepam HDL dan menurunkan LDL. Bagaimana untuk mengetahui tahap kolesterol anda? Sila lakukan ujian kolesterol sekarang.
Lakukan BMI dan ukuran pinggang
Tekanan darah tinggi merupakan satu petunjuk di mana anda perlu melakukan ujian kencing manis. Mengekalkan berat badan yang sihat merupakan penyelamat utama hidup anda. Jika anda berjaya mengekalkan berat badan, anda mampu mengelakkan serangan sakit jantung, kanser dan strok. Anda pasti tertanya-tanya bagaimana mahu mengekalkan berat badan, bukan? Lakukan pengiraan BMI (body mass index) dan ukuran pinggang. Menerusi BMI, anda boleh tahu sama ada anda kurang berat, normal, terlebih berat atau obesiti. Elak terlalu yakin mengatakan anda sihat kerana kemunculan awal penyakit tidak boleh dilihat dengan mudah sehinggalah anda mula rasa perubahan diri yang semakin hari semakin teruk.
Maka, sudah bersedia bertemu doktor untuk melakukan pemeriksaan hari ini?
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Zaman sekarang macam-macam perangai manusia ada. Teknologi yang semakin canggih membuatkan manusia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perkara terkutuk tanpa anda sedari. Tak kira lelaki atau perempuan, anda mungkin menjadi sasaran untuk diintip secara sembunyi-sembunyi.
Seorang lelaki dengan nama SopieAhmd membongkar kegiatan spycam di akaun Twitternya. Perkara ini berlaku kepada kawan isterinya yang menjumpai spycam mirip lighter di dalam bilik mandi. Jadi, berhati-hatilah kerana anda mungkin menjadi sasaran penjenayah ini!
Paling mengejutkan, spycam ini turut dijual secara terbuka di online dengan harga murah antara RM49.92 hingga RM153.96 dalam pelbagai bentuk.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti semua sedia maklum kisah penahanan Datuk Farid Kamil berkaitan isu dadah, Datuk Farid Kamil telah membuat satu laporan polis mendakwa tiga orang lelaki telah memasukkan dadah ke dalam minumannya.
Antara yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Taj Innuendo atau Taj Addin, penyanyi kumpulan Innuendo yang popular dengan lagu Belaian Jiwa sekitar pertengahan 90-an.
Taj menulis di Facebooknya:
Memang pedas juga kata-kata Taj ini, tetapi kalau kita tak semena-mena dilibatkan dalam kes jenayah yang tidak kita lakukan, kita pun pasti akan merasa marah, bukan?
Diharap Taj bersabar, yang penting kini masyarakat tahu Taj tidak bersalah.
Farid telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan membuat laporan polis palsu beberapa hari lepas. Sebelum ini, pada 16 Januari, Farid didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.
Beliau turut dituduh di mahkamah sama atas penggunaan dadah jenis THC iaitu ’11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid, yang juga dadah terdapat pada ganja.
Farid mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan tersebut.