Penah dengar tak pepatah ‘tua-tua keladi, makin tua makin jadi’. Ha pepatah ini kena sangat dengan lelaki berusia 67 tahun ini. Walaupun sudah berusia namun dia tetap menjaga badan dan bentuk fizikal tubuhnya.
Seorang lelaki yang boleh digelar datuk yang sudah pencen, Bill Hendricks, 67, menjadi sensasi internet selepas gambar otot sasanya berlegar di media sosial.
Tidak lokek dalam berkongsi rutin senaman, kini Bill mempunyai ribuan pengikut yang setia mengikuti setiap tips untuk gaya hidup sihat yang diamalnya.
Menurut bekas marin, untuk mendapatkan badan sebegini, dia akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua jam sehari di gim. Bagi diet harian pula, Bill seorang yang sangat berdisiplin di mana dia hanya makan makanan yang sama setiap hari – gandum, omelet, ayam dan salad dan dia sama sekali tidak minum alkohol.
“Saya mengambil dua kali sarapan dan salad ayam, sekitar tengah hari saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua jam, kadang-kadang tiga,” jelas Bill.
Bayangkan lelaki usia sebegini miliki badan sasa, lelaki muda tengok pun malu okay…
Sumber : wanista