Gaya Hidup

Habis Bayar Loan Rumah, Ini Yang Perlu Dilakukan Supaya Rumah Jadi Hak Milik Mutlak Kita

Share

Siapa yang tak teruja bila loan rumah atau pinjaman bank untuk kediaman yang memakan masa berbelas malah berpuluh tahun akhirnya selesai.

Tapi dalam keterujaan itu ramai juga yang terlupa atau ambil mudah untuk membuat perkara penting agar rumah yang dibeli menjadi hak milik mutlak kita sepenuhnya. Perkara ini dikongsi oleh Perundingan Kewangan Nadia Izzati.

Ikuti prosedur yang perlu dilakukan seterus selepas menyelesaikan pinjaman perumahan terutama berkait dengan dua urusan pelepasan gadaian.

Ramai yang terlepas pandang buat urusan pelepasan gadaian

Loan rumah dah habis bayar dengan bank. Tapi ramai yang terlepas pandang untuk buat urusan pelepasan gadaian.

Walaupun anda sudah habis bayar loan rumah dengan bank, tapi rumah tersebut tak secara automatik jadi hak milik mutlak anda sepenuhnya selagi anda belum daftarkan PELEPASAN GADAIAN di Pejabat Tanah. 

Pelepasan gadaian bank

Urusan Pelepasan Gadaian yang dilakukan oleh peguam dilantik

Ini  pun ramai orang tak tahu sebenarnya. Mereka ingat bila sudah habis bayar loan rumah dengan bank terus dapat geran rumah daripada bank. Lepas tu boleh simpan geran rumah.

Tidak begitu sebenarnya. Anda perlu buat urusan pelepasan gadaian terlebih dahulu. Kena batalkan dulu nama bank sebagai pemegang gadaian dalam geran. Kemudian barulah rumah jadi hakmilik mutlak anda sepenuhnya. .

INFO: Bagi memudahkan boleh lantik peguam untuk menguruskan semua urusan ini.

Semoga bermanfaat

Sumber Nadia Izzati

 

IKLAN