Peminat siri Netflix berjudul Physical: 100 pasti kenal dengan figura bertubuh sasa berketurunan Korea, Choo Sung- Hoon atau lebih dikenali dengan gelaran Sexyama. Dia sememangnya berkebolehan dan terlatih dalam seni mempertahankan diri seperti judo, karate, tinju tendang, gusti dan telah berlatih salah satu darinya seawal usia tiga tahun lagi. Dengan berlatih secara konsisten sehingga usianya mencecah 46 tahun kini, tidak hairanlah Choo mampu bersaing hingga ke peringat akhir di dalam siri program realiti berkenaan.
Maskulin sempat menemubual Choo ketika ketika majlis Kelab Kereta di Asia Tenggara yang berlangsung di Sentul Depot, Kuala Lumpur minggu lalu, di mana dia hadir selaku duta jenama PUMA SEA Motorsport.
Mengapa anda masih kekal aktif bersenam di usia ini?
“Ketika saya masih muda, saya sentiasa ada stamina dan fizikal yang ingin saya bina. Semakin waktu berlalu dan semakin dimamah usia, saya akui pembinaan otot juga semakin sukar. Tetapi selagi saya bekerja keras, saya masih mahu kelihatan kuat dan seksi. Sebab itulah saya sentiasa bersenam dengan matlamat. Maka kerja keras akan membawa saya kepada matlamat untuk mempunyai fizikal yang mantap.”
Ads
Bagaimana anda memotivasikan diri untuk terus konsisten?
“Bersenam merupakan perkara yang sukar, setiap masa. Bahkan ketika saya bersenam pagi tadi, ia juga sangat sukar. Tapi apabila menyentuh perkara yang sukar, saya mencari keseronokan di dalamnya. Jadi menempuhi kesukaran itu, saya tahu hasilnya adalah badan saya akan bertambah baik. Itu semua kerana saya tahu yang saya teruskan senaman saya setiap hari.”
Rancangan seperti Physical: 100 memberi inspirasi kepada anak muda untuk membina tubuh yang lebih baik. Namun, adakalanya ada segelintir yang terlalu menekan diri sehingga terpengaruh dengan pengambilan bahan terlarang. Apa komen anda?
“Setiap individu itu berbeza. Bukanlah tempat saya untuk menentukan apa yang baik dan buruk bagi orang lain. Saya percaya yang pendapat juga berbeza-beza di dalam industri (kecergasan) ini. Bagi golongan muda, seperti yang telah mula seawal 12 tahun, saya percaya yang kalian perlu percaya pada tubuh sendiri. Pengambilan bahan terlarang tidak akan membantu tubuh anda. Apa yang benar-benar perlu kalian lakukan ialah usaha dan tumpukan pada diri anda, cari dan percaya kebolehan diri. Dari situ kalian boleh membina badan idaman kalian.”
Ads
Apa nasihat anda kepada golongan seusia anda untuk mula bersenam?
“Saya akui memang sukar untuk mula bersenam apabila kita mencapai usia pertengahan, dan ia akan memakan masa yang lama. Tetapi senaman tidak pernah menipu, tidak pernah mengecewakan. Anda perlu tahu yang kesannya akan terbukti pada diri anda sepanjang masa. Di penghujung hari, hasilnya ialah anda akan kelihatan hebat.”
Boleh kongsikan apakah tips anda untuk bersenam ketika mengembara seperti sekarang?
“Apabila mengembara, perkara pertama ialah mengkaji tentang negara yang dituju. Kemudian, cari tahu tentang kemudahan di hotel, terutamanya gim. Hotel yang mahal tidak semestinya mempunyai gim yang lengkap. Kalau saya menginap di hotel yang tidak mempunyai gim yang lengkap, saya akan menukar lokasi penginapan saya. Dari segi senaman pula, saya akan bersenam sekali sehari. Hanya selepas itu barulah saya pergi membeli-belah, ke pantai dan aktiviti seumpamanya. Jadi kemudahan gim yang lengkap adalah sangat penting bagi saya.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
4 jenis makanan yang membuatkan anda mudah menjadi gemuk. Bukanlah bermaksud segala makanan ini tidak boleh dimakan langsung, tetapi pastikan anda mengambilnya dalam kuantiti yang memadai dan kenalpasti jumlah kalori yang anda perlu bakar selepas itu.
1. Roti Putih
Roti boleh disifatkan sebagai makanan lazim dalam kalangan rakyat Malaysia. Hakikatnya, roti putih tidaklah mengandungi khasiat nutrisi yang banyak pun. Roti putih juga mempunyai banyak gula dan tidak mengenyangkan, sebab itulah mereka yang makan roti akan berasa cepat lapar dan mula mengunyah makanan lain beberapa jam kemudian.
Sebaiknya, anda kurangkan makan roti putih dan mula mengambil ‘whole wheat bread’ ataupun ‘whole grain’ kerana kedua-dua roti ini adalah baik untuk kesihatan tubuh badan. Seperti contoh, roti whole bread mempunyai banyak sumber gamma-oryzanol yang dapat mengurangkan tahap kolestrol apabila diambil dengan kerap.
2. Makanan Bergoreng
Kita semua tahu bahawa makanan yang bergoreng adalah tidak sihat dan perlu dielakkan. Selain mudah menggemukkan, makan bergoreng juga mengandungi kandungan nutrisi yang sedikit. Lazimnya, makanan bergoreng mengakibatkan masalah kesihatan serius seperti darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan strok.
Sangat dicadangkan kepada anda supaya menggunakan alternatif lain selain menggoreng lauk yang ingin dimakan. Anda boleh menyediakannya dalam bentuk hidangan sup, secara kukus ataupun memanggangnya di dalam ketuhar.
3. Minuman Ringan
Sebarang minuman ringan ataupun minuman berkarbonat perlulah dijauhi kerana mengandungi jumlah gula yang tersangat banyak dan perisa tiruan daripada bahan kimia.
Perisa tiruan sebenarnya sangat berbahaya kerana boleh menjurus kepada pertambahan berat badan dan juga sakit sendi, masalah penghadaman, kemurungan, sakit kepala, kanser, penyakit otak dan bermacam-macam lagi.
Minuman yang terbaik bagi tubuh anda tidak lain tidak bukan adalah air masak. Pastikan anda minum air masak dengan kerap setiap hari.
4. Nasi Putih
Mesti ramai yang tidak percaya bahawa nasi putih adalah salah satu jenis makanan membuatkan anda menjadi mudah gemuk. Ya, nampak pelik tetapi itulah realitinya. Nasi sudah menjadi makanan ruji bagi penduduk Asia, terutamanya di Malaysia.
Bila menyebut tentang nasi, ramai yang salah faham dengan konsep pengambilan nasi. Nasi sebagai karbohidrat membekalkan sumber tenaga yang banyak kepada badan. Akan tetapi, tenaga yang tidak digunakan akan menjadi lemak lalu menyukarkan anda untuk menurunkan berat badan.
Sebab itulah jika anda rujuk kepada pakar-pakar nutrisi, mereka sangat menyarakan anda supaya mengambil nasi lebih kurang sesenduk sahaja (satu pertiga pinggan). Dua pertiga pinggan lagi dipenuhkan dengan sayur dan juga sumber protein (ikan, telur, ayam, daging, etc).
Antara contoh kuantiti nasi dan lauk yang ideal.
Tetapi orang kita makan nasi macam lupa dunia. Kadang kala ambil nasi sampai separuh pinggan. Lagi parah, selepas makan, mereka langsung tidak bersenam dan bakar kalori.
Sumber : Life In Backyard
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun filem ‘Barbie’ bukanlah pilihan kita semua untuk menjadi bahan tontonan di pawagam namun tidak dinafikan filem tersebut menjadi fenomena yang cukup hebat auranya.
Dengan sambutan yang hebat di pawagam secara tidak langsung turut mengheret lelaki untuk menyaksikannya – terutama buat mereka yang harus menemani pasangannya yang ingin menonton filem lakonan Margot Robbie, Ryan Gosling, Will Ferrell dan ramai lagi.
Selain kejelitaan Margot Robbie sebagai Barbie yang menjadi tumpuan kemunculan aktor, Ryan Gosling sebagai Ken juga tidak kurang hebatnya. Apa tidaknya lihatlah bentuk badan Ryan Gosling yang lengkap dengan six-pack!
Mungkin anda sendiri terntanya-tanya bagaimanakah Ryan Gosling mendapatkan bentuk badan mantap seperti itu.
Perkara ini dikongsikan oleh jurulatih perbadi terkenal di kalangan selebriti, David Higgins yang bertanggungjawab memberi latihan dan senaman kepada barisan pelakon lelaki ‘Barbie’.
Berikut merupakan 5 senaman utama yang dilakukan oleh mereka.
ROLL BACK
Duduk tegak dengan lutut bengkok dimasukkan ke dalam dada anda dan tangan pada tulang kering anda.
Kemudian gulung ke belakang, jadi bahagian atas belakang anda berada di atas tikar, pastikan lutut anda terselit. Ulang, kembali ke kedudukan tegak sebelum melabuhkan badan semula.
LEG LIFT
Baring terlentang dengan kaki kiri disilang ke kanan. Angkat kaki dan kaki anda lurus ke atas.
Pada ketinggian itu, masukkan pusingan perlahan ke kiri kemudian kanan, kemudian perlahan-lahan turun ke tanah. Lakukan ini selama satu minit kemudian tukar kaki kanan anda di atas dan pergi lagi.
TWO STEP CRUNCH
Lakukan crunch seperti biasa, jeda separuh ke atas sebelum meneruskan, kemudian jeda lagi di bahagian atas untuk menambah lebih banyak masa di bawah ketegangan.
CROSSBODY CRUNCH
Crunch up! Silangkan siku anda ke lutut bertentangan anda, sebelum membuka semula apabila menurun. Lakukan seminit setiap sisi.
WINDSCREEN WIPER
Duduk dalam keadaan duduk dengan lutut dibengkokkan. Bersandar ke belakang untuk merasakan ketegangan dalam perut anda.
Angkat buku lali anda, dan goyang kaki anda ke kiri ke kanan, sejauh yang anda boleh ke mana-mana arah. Jika anda benar-benar ingin merasakan kesakitan, tambahkan lutut ke dada di tengah-tengah setiap pergerakan.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.