Inspirasi

Guru Dari Sabah Terima Anugerah Berprestij (ISTE), Level Pendidik Antarabangsa

Share

Kerjaya guru sangat mulia, tugas mereka mendidik anak bangsa hingga ada yang berjaya dan memperoleh pangkat dan gaji besar. 

Terbaru, seorang guru Bahasa Inggeris dari Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah, Dr Sirhajwan Idek telah dinobatkan sebagai salah seorang pemenang Anugerah 20 to Watch oleh International Society for Technology in Education (ISTE).

Sumbangan Merintis Program Pendidikan Maya

Anugerah tersebut diberikan sempena sumbangan beliau yang merintis program pendidikan maya yang membolehkan para pelajar dan guru di negara ini menyertai sesi latihan dan pembelajaran secara langsung menggunakan aplikasi Google Meet atau Zoom.

sebaris pendidik antarabangsa

Program pendidikan maya yang dikenali sebagai Virtual, Remote, Live (VRL) telah diiktiraf sebagai salah satu amalan terbaik pendidikan oleh SEAMEO VOCTECH, sebuah cabang badan pendidikan di Brunei yang menerajui pendidikan vokasional dan teknikal di rantau Asia Tenggara.

Melalui projek itu, Cikgu Sirhajwan berjaya menghubungkan lebih daripada 2,000 pelajar dan guru di Malaysia dengan golongan ilmuwan dari negara-negara lain yang membantu mereka mempelajari pelbagai topik dan kemahiran asas serta mempertengahkan hasil kerja mereka dengan sebaiknya.

Sirhajwan Idek mengajar di KV Keningau

Pengarah KV Keningau, Nordin Akup telah mengucapkan tahniah kepada Cikgu Sirhajwan atas usaha gigihnya memberikan peluang pembelajaran kepada pelajar dan pendidik dengan meneroka pelbagai kaedah.

“Saya berharap agar para guru di kolej ini akan terus bersemangat dan berusaha memberikan yang terbaik dalam mendidik generasi muda negara,” ujar beliau.

Terima Plak Anugerah

Sebagai penerima anugerah, Cikgu Sirhajwan akan menerima plak anugerah, keahlian premium persatuan selama setahun, jemputan ke persidangan, serta peluang menyumbang terhadap pendidikan berasaskan teknologi melalui penulisan artikel dan sesi perkongsian.

Untuk rekod, ISTE adalah sebuah organisasi global yang berpusat di Amerika Syarikat yang memfokuskan kepada memangkin penggunaan teknologi dalam kalangan pendidik melalui pendekatan latihan yang komprehensif.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube
dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Published by
Nana