
Siapa tak pernah menghadapi masalah jari melecur, atau terjatuh dari tempat yang tinggi. Tentunya hasil daripada jatuh itu, anda pasti akan mengalami luka yang sangat parah, ataupun luka kecil namun memberi kesan parut sepanjang kehidupan anda. Jika kesan parut tersebut berada di kawasan terlindung okaylah, namun jika ia berada di kawasan terdedah seperti muka atau tangan, maka anda perlu melakukan sesuatu agar tidak menerima cacian masyarakat. Dan tentunya anda tidak konfiden untuk keluar dari rumah dengan wajah berparut kan?
Lemon
Buah lemon memang sangat baik untuk kulit anda. Walaupun ia masam, namun ia boleh dijadikan penawar untuk pelbagai penyakit. Selain daripada anda menggunakan ia sebagai detox, anda juga boleh perah buah lemon ke tempat parut anda dan gosokkan isi dan kulitnya pada parut anda. Lakukan ini selama beberapa minggu dan lihat hasilnya.
Kuib Ais
Untuk anda yang gemar minum air sejuk tu, apa kata kalau anda ambik kuib ais dan sapukan pada parut anda. Walaupun petua ini tidak begitu popular, namun ia masih berkesan untuk menghilangkan parut anda, tidak begitu banyak, sikit pun jadilah.
Lidah Buaya
Lidah buaya sememangnya fames buat anda yang inginkan kulit cantik dan bersinar. Anda boleh potong dan sapukan lendir pada daun tersebut ke bahagian parut anda. Bilas selepas 10 minit. Lakukan ini selama seminggu dan lihat perubahannya.
Madu
Ia tidaklah dikategorikan sebagai alat paling berkesan untuk mengelak parut, namun anda boleh cuba. Sapukan pada kawasan berparut dan bilas selepas 5 minit. Lihat hasil dalam masa seminggu.
Serbuk Sandalwood
Serbuk ini dipercayai sangat baik untuk membasmi parut. Anda perlu campurkan air mawar (rosewater) atau susu pada serbuk ini dan sapukan pada parut perlahan-lahan. Biarkan selama sejam dan bilas dengan air.
Minyak Zaitun
Titiskan minyak Zaitun ini pada kawasan berparut secara harian dan lihat hasilnya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Makanan Patut Ambil Ketika Diet, Baru La Berat Badan Cepat Turun

Apabila anda sedang berdiet, anda pasti akan makan makanan yang berkualiti dengan kuantiti yang diperlukan untuk makanan harian anda kan? Adakalanya anda akan makan sedikit berikutan daripada mindset makan sikit, cepat kurus.
Tetapi menurut kajian baru dari Penn State University, mereka yang makan makanan sihat dengan banyak akan lebih berjaya menurunkan berat badan berbanding mereka yang makan sikit. Ini kami kongsikan beberapa tips menghilangkan berat badan anda itu dengan 10 bahan yang pasti berat badan kurang 100%.
1. Ikan
Ikan adalah satu lagi sumber protein yang sangat berkesan. Kebanyakan jenis ikan putih seperti salmon mengandungi omega-3 yang sihat. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa protein ikan mungkin lebih memuaskan daripada protein daging lembu. Tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk menjelaskan fakta ini lagi dan salah satu penjelasannya ialah ikan secara semula jadinya, mempunyai kandungan asid amino L-glutamat yang tinggi. Kandungan asid inilah yang dikatakan memberikan rasa umami (ala rasa manis-manis gitu) isi ikan.
2. Cili
Menambahkan cili dalam masakan akan membantu mempercepatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Cili turut mengandungi elemen antioksida dan Vitamin C serta beta-karoten yang mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita.
3. Kobis Bunga
Seperti sayur-sayuran yang lain, kobis bunga penuh dengan fitonutrien yang menghalang pertumbuhan sel-sel kanser dan merupakan sumber vitamin C yang hebat. Bagi memaksimumkan lagi kandungan antioksida dalam kobis bunga, makanlah mentah-mentah atau jika anda tak lalu nak makan sayur mentah, stimlah kubis tersebut.
4. Limau Gedang
Limau gedang merupakan salah satu buah yang amat bagus untuk kesihatan jantung anda. Limau gedang mengandungi vitamin C, asid folik, kalium, pektin dan serat larut yang mungkin sekutu kuat terhadap aterosklerosis. Limau gedang yang berwarna merah jambu dan merah juga mempunyai vitamin A dan lycopene, iaitu fitokimia yang melindungi dinding arteri daripada kerosakan oksida. Tip untuk memilih buah yang mmpunyai isi yang berjus: belilah buah yang berat kerana buah yang berat mempunyai kandungan air yang tinggi. Tak percaya, cubalah! Jangan pula guna tip ini untuk beli durian. Mestilah tak jadi…
5. Lobak
Sayuran-sayuran berwarna terang ini dipenuhi dengan kalium, asid folik, antioksidan, dan sebatian sulfur yang membantu pencernaan. Jangan lupa bahawa akar yang berwarna hijau mengandungi 6 kali vitamin C dan kalsium berbanding sayuran yang tidak mempunyai akar hijau. Potong nipis-nipis dan masukkan dalam salad hijau segar atau tak tahan tak ada rasa lemak, masukkan sedikit mayonis. Sikit tak apa, jangan satu balang!
6. Bayam
Sayuran yang berwana hijau ini kaya dengan elemen besi, asid folat, dan vitamin K. Bayam juga mengandungi beta-karotena, antioksidan dan vitamin C yang membantu dalam melawan penyakit serta lutein fitokimia yang melindungi mata daripada pengecutan makula mata yang berlaku akibat peningkatan usia.
7. Saderi
Anda mungkin pernah dengar bahawa saderi mempunyai kalori negatif. Walaupun fakta itu tidak begitu tepat tetapi ada kebenarannya juga. Oleh sebab kebanyakan saderi mempunyai kandungan air yang tinggi, setiap batang saderi hanya mengandungi 6 kalori sahaja! Walaupun kiraan kalori sayur ini rendah tetapi saderi mampu membuatkan anda berasa kenyang. Di samping itu, saderi juga mengandungi folat dan vitamin A, C, serta K. Jadi, jikalau anda memerlukan makanan ringan atau makanan tambahan, saderi merupakan superfood yang penting dalam kembara berat badan kurang anda.
8. Kacang
Kacang Garbanzo, kacang buah ginjal, kacang hitam dan segala macam kacang bukan sahaja mempunyai protein malah mempunyai serat juga! Kacang murah, rendah kalori, dan anda boleh menambah segala macam herba atau rempah-ratus untuk mewujudkan kombinasi rasa yang berbeza. Penyelidikan Journal of the American College of Nutrition mendapati bahawa pemakan kacang mempunyai 22% risiko menjadi gemuk. Jika anda seorang yang bersifat optimistik, statistik ini sudah cukup untuk meyakinkan anda untuk makan kacang.
Bagi yang agak pesimistik, menurut Kajian Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan, penggunaan kacang dikaitkan dengan pengambilan nutrien yang lebih besar, mengurangkan tekanan darah sistolik, berat badan yang lebih rendah dan pinggang yang lebih kecil. Fakta di atas lebih meyakinkan anda, bukan?
9. Ubi keledek
Ubi keledek mempunyai banyak manfaat kesihatan yang hebat. Mereka mengandungi kira-kira 377% vitamin A yang disyorkan untuk anda perlu sehari-harian, 15% vitamin B6 dan kaya dengan kalium serta serat. Ubi keledek juga mengandungi vitamin C, manganes, kuprum, asid pantotenik, niasin, vitamin B1, vitamin B2, dan jugafosforus. Bagaimanakah ubi keledek boleh membantu anda mengurangkan berat badan? Ubi keledek kaya dengan nutrisi yang dapat membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
10. Beras perang
Nasi ialah bahan ruji di kebanyakan negara Asia kerana sumber karbohidrat tersebut adalah sangat murah. Mentaliti diet anda mungkin mahu anda elakkan daripada makan karbohidrat tetapi percaya atau tidak, beras ini boleh buatkan berat badan anda kurang! Satu hidangan beras perang mengandungi 21% magnesium, 15% vitamin B6, 4% zat besi dan 3.5 gram serat sepertimana yang disyorkan dalam pengambilan makanan seharian anda. Beras perang ialah bahan yang hebat untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan dengan kadar segera.
Jadi ini lah makanan terbaik untuk mengurangkan berat badan anda.Jadi jangan tak makan kalau tengah berdiet tu. Pastikan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit dan makan makanan yang berkhasiat.
Selamat mencuba dan semoga anda semua berjaya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Fahami Tentang Rambut Gugur

Apakah pertumbuhan rambut yang normal?
Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa.
- Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 – 6 tahun
- Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari
- Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 – 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya
Jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun.
Berapa banyak rambut harus gugur setiap hari?
Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat.
Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari.
Apa yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?
Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku:
- Selepas melalui keadaan yang tertekan/stres seperti:
- Sakit yang serius
- Pembedahan besar
- Selepas bersalin
Ia berlaku di antara 3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat. Ini dipanggil Teloger Effluvium.
Rambut gugur
- Masalah hormon
- Penyakit kelenjar tiroid
- Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus
- Kesan sampingan ubatan seperti
- Ubat Antikogulasi (warfarin)
- Ubat merawat kanser (kemoterapi)
- Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral)
- Ubat anti-kemurungan
- Alopecia Androgenik
- Botak mengikut corak lelaki adalah:
- Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan
- Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan
- Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala
- Botak mengikut corak wanita:
- Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan genetik/keturunan
- Rambut menjadi semakin nipis di seluruh kepala terutamanya di bahagian atas kepala
- Botak mengikut corak lelaki adalah:
- Penyebab lain keguguran rambut yang teruk ialah:
- Jangkitan – jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak
- Keguguran rambut berlaku tidak sekata
- Jangkitan – jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak
- Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri
- Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak
- Ia boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis)
- Ia boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis)
- Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik rambut mereka
- “Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki
- Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan
Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?
Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.
- Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia hanya sementara dan rambut akan tumbuh semula
- Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE perlu dilakukan untuk rawatan
- Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat
- Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi
- Contohnya, minoxidil dalam bentuk topikal 2% dan 5% dapat memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau wanita
- Tablet finasteride dapat membantu masalah botak pada lelaki
- Terapi psiko logikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
9 Makanan Ini Selamat Dimakan Walau Dah Tamat Tempoh

Ramai di antara kita akan mengalami masalah makanan tamat tempoh atau expired, lebih-lebih lagi golongan remaja yang masih bujang kan? Tahukah anda bahawa tidak semua makanan yang telah luput tarikh itu perlu dibuang dan tidak boleh dimakan.
Menurut pakar Paul VanLandingham dari Center for Food and Beverage Management of Johnson & Wales University kita masih boleh memakan sesuatu makanan yang sudah tamat tarikh luput, maka kita akan membuangnya.
1. Pasta Kering
Tahukah kamu pasta kering boleh disimpan satu hingga dua tahun daripada tarikh yang dicetak.
2. Bijirin
Apabila tidak dibuka, bijirin sarapan boleh disimpan selama enam hingga lapan bulan selepas tarikh tamat. Jika dibuka, bijirin akan kekal segar antara empat dan enam bulan.
3. Daging Mentah
Walaupun daging mentah dan ayam hanya akan disimpan selama beberapa hari dalam peti sejuk, tetapi barang-barang ini dapat disimpan melewati tarikh jualan mereka jika anda membekukan mereka. Daging akan bertahan tiga hingga empat bulan, sementara ayam atau ayam belanda boleh dibekukan selama setahun.
4. Ikan Mentah
Seperti daging mentah dan ayam, ikan mentah boleh bertahan lebih lama – antara enam dan sembilan bulan dari tarikh jika anda membekukannya.
5. Keju
Secara umumnya, keju selamat dimakan walaupun melebihi tarikh luputnya. Seperti banyak barangan makanan, rupa dan bau akan memberitahu anda lebih lanjut sama ada keju selamat untuk dimakan atau tidak.
6. Sayur Dan Buah Sejuk Beku
Eat By Date memberitahu bahawa sayur dan buah sejuk beku yang tidak dibuka boleh disimpan selama lapan hingga 10 bulan selepas tarikh luput.
7. Susu
Susu boleh bertahan lima hari atau lebih lewat dari tarikh luput. Berapa lama ia bergantung kepada kandungan lemaknya. Walaupun susu tanpa lemak boleh bertahan antara tujuh dan 10 hari, anda boleh menyimpan susu lima hingga tujuh dari tarih luput. Jika susu rosak, ia akan kelihatan berwarna dengan tekstur yang kental dan berbau masam.
8. Makanan Dalam Tin
Walaupun tidak semua makanan dalam tin boleh bertahan lama, tetapi kebanyakan masih boleh dimakan walaupun melepasi tarikh luput dan ianya telah terbukti oleh sains.
9. Roti
Sama seperti keju, roti juga boleh dimakan walaupun selepas tamat tarikh luput. Semuanya bergantung kepada rupa dan bau roti tersebut, jika sudah naik cendawan maka buang sahaja. Roti yang dibungkus boleh disimpan selama lima hingga tujuh hari pada suhu bilik jika disimpan dengan betul. Setelah didinginkan, ia akan mengekalkan kesegarannya selama tiga hingga empat hari sebelum menjadi basi. Jika anda ingin melanjutkan hayatnya, roti yang dibungkus akan tetap segar sekurang-kurangnya tiga bulan dalam peti sejuk.
Fakta: Semua produk makanan yang mempunyai tempoh luput kurang dua tahun kena diletakkan tarikh tamat tempoh pada bungkusannya. Tetapi apakah bezanya ‘baik sebelum’ dengan ‘gunakan sebelum’? Dan apa akan terjadi jika kamu termakan produk yang sudah terlepas tarikh luput? Boleh bawa mautkah? Okey, di sini ada panduan untuk kamu tahu sebelum masukkan kerepek berusia setahun yang kamu beli di kedai runcit itu ke dalam mulut!
Baik Sebelum vs Gunakan Sebelum
Rupa-rupanya ada perbezaan! Dalam ayat mudah, ‘baik sebelum’ ada kaitan dengan kualiti makanan, sementara ‘gunakan sebelum’ berkaitan dengan keselamatan produk. Makanan dalam tin, makanan beku dan coklat menggunakan ‘baik sebelum’ dan bukannya ‘guna sebelum’ – bermakna ia secara umumnya selamat dimakan selepas tarikh tertera – selagi ia tak berbau pelik atau nampak semacam (gunakan judgement sendiri juga ya). Ia mungkin tak lagi rasa enak, tapi kamu boleh buat keputusan untuk memakannya atau tidak. ‘Guna sebelum’ pula berkaitan dengan keselamatan makanan dan biasanya dilihat pada daging dan produk tenusu. Makanan sebegini memang perlu dibuang pada tarikh itu kerana ia berbahaya untuk dimakan.
Selamat beramal!
Sumber : Insider
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI