Penggunaan aplikasi peta seperti Waze atau Google Map kini menjadi salah satu perkara rutin buat pemandu kereta bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Selain mampu membantu pemanduan menjadi lancar ia juga boleh memberikan pilihan laluan atau route yang mungkin lebih singkat atau mengelakkan dari kesesakan jalan raya.
Namun pernahkah anda tertanya-tanya adakah penggunaan telefon pintar untuk tujuan ini menyalahi undang-undang atau tidak.
Memetik laporan terbaru The Star, selagi pengguna kenderaan terutamanya pemandu kereta menggunakan peranti dengan sokongan alat bebas tangan atau phone holder, mereka tidak menyalahi undang-undang sekiranya melakukan leretan atau menyentuh skrin untuk membuat atau menerima panggilan.
Menurut Peraturan 17A Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959, menggunakan telefon pintar atau bimbit ketika memandu adalah satu kesalahan melainkan ia menggunakan hands-free kit atau pemegang telefon.
Jelas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Komisionaer Datuk Seri Kasim Karim berkata undang-undang tentang perkara ini cukup kelas berkenaan pemandu tidak boleh memegang telefon bimgit ketika kereta sedang dalam perjalanan mahupun terhenti di dalam kesesakan lalu lintas atau di lamput isyarat.
Ini kerana pemandu masih lagi dianggap dalam mod pemanduan aktif. Pengecualian menggunakannya bagaimana pun boleh dilakukan jika menggunakan alat hands-free atau pemegang telefon yang dilekatkan pada papan pemuka atau lokasi selamat untuk dilihat.
“Menggunakan telefon bimbit tanpa pemegang semasa situasi sedemikian bermakna mengalihkan perhatian mereka daripada jalan raya.
“Ini boleh mendatangkan bahaya dan ketidakselesaan apabila pemandu dikehendaki menyambung semula pemanduan apabila trafik mula bergerak semula,” tambahnya lagi dalam temu bual bersama The Star.
Beliau juga mengingatkan pemandu agar pengguna untuk hanya menggunakan telefon pintar apabila sudah tiba di tempat letak kereta.
Selain itu, beliau juga menasihati pengguna agar tidak menyalahgunakan lorong kecemasan untuk tujuan yang tidak kukuh kerana ia adalah satu kesalahan.
Manakala penggunaan jam pintar pula dibenarkan kerana tidak dianggap sebagai peranti hand-held.
Pada 2020, polis mengumumkan bahawa menggunakan telefon bimbit semasa memandu tanpa bantuan pemegang atau kit bebas tangan bukan lagi satu kesalahan yang boleh dikompaun semata-mata.
Mereka yang dikeluarkan dengan saman atas kesalahan itu akan diheret ke mahkamah dan berdepan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga tiga bulan. Penalti digandakan untuk pesalah berulang.
Smeoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.
Kredit: The Star
@maskulinmy Muka handsome tapi rambut berbau! Aduhai jangan macam tu bro, malu nanti. Ini 5 tip dari MASKULIN untuk anda atasi masalah seperti ini. #maskulin #majalahmaskulin #maskulinkesihatan #grooming #fesyen #fyp #fypMalaysia ♬ Going Home – Yider(伊德尔)