Mungkin dalam pemanduan, anda mungkin tak sedar yang tabiat biasa anda lakukan sebenarnya boleh merosakkan kereta.
Anda harus ingat, jika kotak gear, gear atau transmisi korang rosak memang boleh menelan belanja yang mahal untuk membaikinya.
Sebagai pemandu, tentunya anda ingin lakukan yang terbaik untuk melindungi bahagian kereta daripada rosak, sekali gus mengelakkan daripada mengeluarkan belanja yang mungkin jumlahnya boleh buat poket korang kering.
Jika anda tak mahu gear kereta auto korang rosak, elak lakukan 8 tabiat buruk ini
HIDUPKAN ENJIN DENGAN BETUL
Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam,
a) On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
b) Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
Ads
c) Setiap step perlu berhenti selama dua saat.
d) Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.
JAGA MINYAK HITAM
Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan (yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.
Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO dan bersihkannya. Elakkan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO. Ini kerana hendak mengelak adanya air dalam takung minyak AUTO, jika dibiarkan terlalu lama ia boleh memudaratkan kotak gear.
Ads
Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan tulen dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda. Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.
Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dengan step “2” atau step kedua selepas “N”.
Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”. Bila anda memulakan dengan 2 step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat. Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.
ELAK KONDISI JALAN TERUK
Elakkan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.
Ads
Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air serta boleh menyebabkan ‘clutch plate’ anda terbakar.
JAUHI BUKIT
Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland). Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”.
Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step D, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.
GEAR REVERSE
Elakkan guna gear reversed kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakannya seminimum yang boleh. Penggunaan gear ‘reversed’ yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.
USAH TERLALU AGRESIF & KASAR
Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.
Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada ‘timing belt’, Inilah salah satu punca ‘timing belt’ putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pejam celik, pejam celik program automotif paling gempak di saluran televisyen, ‘RODA PANAS’kini bakal memasuki episod yang terakhir iaitu episod yang ke-10.
Pelbagai ragam aksi selebriti serta tetamu jemputan telah ‘RODA PANAS’persembahkan menerusi sembilan episod sebelum ini. Dari superbike, muscle car, sport car, kapcai dan tidak terkecuali karavan telah ditnojolkan menjadikan program ini lain daripada yang lain.
Sokongan yang diterima oleh ‘RODA PANAS’pada setiap episod juga sangat memberangsangkan dengan jumlah tontonan yang sangat baik. Jadi untuk episod terakhir musim pertama ‘RODA PANAS’semestinya kami mahu menghidangkan yang terbaik buat anda semua.
Untuk episod istimewa ini ‘RODA PANAS’ menampilkan tetamu jemputan yang cukup hebat iaitu legenda dalam industri hiburan, Datuk Rosyam Nor. Pernah dianggap ‘hero Malaya’ paling versatil, Datuk Rosyam Nor yang kini turut bergelar sebagai penerbit drama dan filem serta usahawan yang sangat dikagumi tampil sebagai tetamu istimewa kali ini.
Khas untuk tontonan anda semua peminat ‘RODA PANAS’, Datuk Rosyam Nor membawakan dua jentera kesayangannya yang mempunyai nilai sentimental sangat tinggi untuknya iaitu BMW E36 dan Satria Neo R3 Lotus Racing.
Karakter versatil dalam industri lakonannya nampaknya turut terserlah pada dua kereta miliknya yang mempunyai gaya eksklusif yang tersendiri.
Kereta pertama diperkenalkan, BMW E36 berwarna merah yang dikeluarkan pada tahun 1995. Sebuah kereta yangh kini dianggap sangat berharga di kalangan peminat BMW.
“Saya suka beli kereta dan tak suka jual. Kereta ni saya beli dan anggap sebagai kereta sport saya. Paling menarik kereta ini boleh ‘terbang’,” selorohnya sambil menunjukkan spoiler belakang yang boleh diawal pergerakannya.
Modifikasi pada bahagian luarannya sahaja telah dilaburkan kira-kira RM50,000. Antaranya sistem brek Brembo yang berkualiti tinggi. Begitu juga dengan rim yang kini sukar didapati dipasaran.
Manakala kereta kedua yang dibawakan oleh Datuk Rosyam Nor adalah Proton Satria Neo Lotus Racing. Ia merupakan model edisi terhad yang mempunyai nilai cukup tinggi di pasaran. Walaupun sudah berusia lebih 10 tahun namun menurutnya kondisinya masih seperti baru.
Ini kerana Satria Neo istimewa ini cukup jarang dipandau olehnya.
“Kereta ni antara kereta yang dikeluarkan di bawah teknologi Lotus Racing Kalau ikut spesifikasi, ia merupakan kereta Proton paling mahal pernah dikeluarkan.
Lebih menarik, Datuk Rosyam Nor merupakan orang pertama yang memiliki kereta ini di dunia. Ia diterima ketika majlis pelancarannya yang dilakukan pada tahun 2010. Betul-betul gempak!
Jika anda ingin tahu dengan lanjut tentang minat mendalam Datuk Rosyam Nor serta modifikasi yang dilakukannya pada dua jentera ini, jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’. Episod 10 ‘RODA PANAS’ akan ditayangkan pada esok, 14 Jun 2021 jam 9:30 malam menerusi saluran Astro Naura dan strim hanya di Astro Go.
Terima kasih tidak terhingga untuk anda semua yang setia menonton ‘RODA PANAS’. Ingat roda gempak, ingat Roda Panas!
Suatu masa dahulu, perkhidmatan dron menghantar barangan dari pusat operasi ke halaman rumah cuma boleh dilihat dalam filem fiksyen sahaja.
Namun tahukah anda bahawa di Cyberjaya, perkhidmatan tersebut sudah menjalani proses pilot dan akan beroperasi sepenuhnya pada penghujung Jun 2019.
Maknanya, orang-orang di sana sudah boleh memesan makanan tanpa perlu keluar dari rumah atau membazir minyak kereta lagi.
Maju betul ya?
Memetik laporan Bernama, perkhidmatan itu diuruskan oleh syarikat Average Dron Sdn. Bhd. yang sudah berpengalaman dalam industri dron sejak tahun 2014.
Dalam masa sama, syarikat itu turut bekerjasama dengan syarikat di bawah pengurusan Cyberview iaitu Futurise.
Khidmat hantar makanan dalam masa singkat
Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Average Drone, Hamdee Hamdan, Futurise berkongsep menghantar makanan dalam masa singkat di kawasan berdekatan.
Perancangan percubaan itu melibatkan tempoh tiga bulan dan membabitkan penghantaran makanan di kawasan yang berada dalam lingkungan dua kilometer dari bangunan Futurise.
Dalam erti lain, dron boleh terbang dalam radius 2 kilometer atau jarak terbang dalam 15 minit selepas tempahan dibuat.
Caj cuma RM2.50 jer?
Antara menu yang ada ditawarkan setakat ini cuma melibatkan mee, nasi, burger, sandwich, kuih-muih serta buah-buahan.
Menariknya lagi, perkhidmatan yang menggunakan perkhidmatan dron ini cuma mengenakan cas tambahan sebanyak RM2.50 sahaja.
Selain itu, aplikasi mudah alih juga sedang dibangunkan pada peringkat akhir bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan makanan.
Dikenali sebagai Express Food
Dron yang memiliki 8 bilah itu dikenali sebagai Express Food dan ia mampu membawa makanan seberat 800 gram untuk setiap penerbangan.
Jika berjaya, jumlah berat yang boleh ditampung pada masa depan akan ditambah selain dron tersebut juga sedang menjalani ujian penerbangan dalam suasana hujan.
Selepas beberapa tahun menggunakan kenderaan, pastinya lampu hadapan dan belakang akan menjadi pudar. Jika ia masih berkeadaan baik, tidak perlu anda menukarnya yang baru. Sebaliknya anda boleh mengembalikan kilat agar cahaya lampu kenderaan anda itu lebih terang. Tip dari Maskulin ini boleh anda lakukan sendiri di rumah.
-Gunakan krim pengilat atau polishing compound kenderaan yang terdapat di pasaran. Ambil kain bersih dan gosokkan krim pengilat pada permukaan lampu. Pastikan ia rata dengan teknik gosokkan secara bulatan.
-Selepas ia kering iaitu dalam tempoh 2-3 minit, sekali lagi gosok permukaan lampu kenderaan anda itu dengan kain yang kering dan bersih. Hilangkan krim pengilat yang digosok tadi.
-Pastikan krim pengilat tersebut tidak terkena pada bahagian cat kenderaan kerana krim boleh menghakis cat kenderaan anda.
-Sekiranya kesan pudar pada lampu kenderaan anda tidak begitu teruk, gunakan ubat gigi untuk menggantikan krim pengilat.