
Tidak semua orang mampu memiliki rambut panjang. Bagi anda yang jenis rambut lebat, memang beruntung. Nak simpan rambut panjang hanya ambil masa beberapa bulan sahaja. Bagi yang jenis rambut nipis memang agak sukar. Kalau panjang pun nampak tidak berapa cantik.
Namun sebenarnya ada beberapa langkah serta tip penjagaan yang boleh anda lakukan untuk memastikan rambut panjang sentiasa kelihatan sihat, bersinar dan nampak sihat.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi cara terbaik bagaimana nak jaga rambut yang panjang.
Cuci Cara Betul
Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam.
Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup.
Guna Sikat Yang Betul
Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang. Mula menyisir pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.
Produk Sesuai
Kalau nak berambut panjang pastinya anda harus bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.
Kurangkan Guna Curling Iron & Dryer
Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.
Minyak Kelapa
Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya. Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.
Diet Seimbang & Minum Air Cukup
Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Semoga tip ini mampu membantu anda tampil dengan gaya rambut panjang yang segak dan tampan! Jangan lupa untuk subscribe YouTube dan Telegram MASKULIN ya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Nak Muka Bersih & Kacak? Lelaki Boleh Beli Serta Guna 7 Produk Ini!

Tak kira sama ada lelaki atau wanita, kebersihan muka harus dijaga untuk kelihatan lebih kacak dan beryakinan tinggi.
Tak susah mana pun sebenarnya. Jika malas menggunakan kaedah tradisional, anda boleh juga membeli produk pembersihan yang ada dijual di pasaran.
Berikut adalah 7 jenis produk lelaki yang boleh dicuba keberkesanannya :
1. Nivea Men Whitening Oil Control Foam 150 gm
Nivea Men memberikan anda pengalaman mencuci muka yang menakjubkan seperti menjadikan kulit anda kelihatan lebih bermaya dan berseri sepanjang hari. Tekstur buih yang terkandung di dalamnya turut memberikan pembersihan yang mendalam pada kulit wajah anda selain menjadikan kulit muka bebas minyak. Pencuci muka ini mempunyai 10 kali ganda efek yang mampu mencerahkan kulit muka anda. Harga di pasaran sekitar RM14.70.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit biasa
2. Garnier Men Turbolight White & Oil Control Icy Duo Foam 100ml
Pencuci muka ini mempunyai buih mencuci dengan kesan tindakan sebanyak dua kali. Produk ini mampu membersihkan liang pori dengan baik kerana di dalamnya terkandung bahan seperti tanah liat putih. Selain boleh menjadikan kulit muka anda bebas minyak dan kotoran hanya dengan sekali cucian, ia turut mampu menjadikan kulit muka anda lebih cerah berseri dengan adanya icy mineralite complex. Harga di pasaran sekitar RM16.93.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit berminyak
3. Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera Foam Cleanser 150ml
Pencuci muka ini mempunyai ekstrak Aloe Vera sebagai komponen utamanya. Kandungan ini merupakan bahan semulajadi antibakteria dan anti-radang yang mampu melegakan kulit sensitif. Bukan sahaja dapat membersihkan kulit muka tetapi ia juga merawat kulit muka yang bermasalah. Pembersihannya yang mendalam mampu membersihkan segala kotoran yang tersumbat pada liang pori muka dan juga mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Pencuci muka ini sesuai digunakan untuk kaum wanita dan juga lelaki yang mempunyai masalah kulit sensitif dan juga mengekalkan keremajaan pada kulit wajah. Harga di pasaran sekitar RM17.50.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit penuaan
4. L’Oreal Men Expert White Activ Cleansing Foam 100ml
Pencuci muka ini diperkaya dengan Pro Exfoliatine iaitu agen mengupas yang dapat membuang kotoran pada permukaan kulit untuk memastikan proses pembersihan dapat dilakukan dengan teliti sekali gus memberikan seri pada kulit wajah agar kekal berkeyakinan sepanjang hari. Produk ini direka khas untuk lelaki yang mempunyai jenis kulit kering yang melampau selain mampu memberikan kulit yang cerah secara semulajadi. Pencuci muka ini bukan sahaja untuk kulit kering, tetapi ia juga untuk kulit yang normal bagi memberikan perlindungan yang berpanjangan kepada para lelaki yang sering terdedah di bawah sinaran matahari. Harganya di pasaran adalah sekitar RM23.00.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit kombinasi
5. Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash 150ML
Pencuci muka yang dirumus khas untuk memberikan anda kulit yang licin dan bebas dari masalah kulit. Pencuci muka yang menggunakan bahan bebas sabun yang membersihkan kulit anda dengan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit muka. Neem terkenal dengan ciri-ciri penulenan dan antibakterianya. Neem mampu membunuh bakteria yang menyebabkan masalah pada kulit dan dengan digabungkan bersama kunyit, ia membantu mengawal jerawat dan menjadikan kulit anda lembut, bersih, segar dan bebas dari masalah. Harga di pasaran sekitar RM28.24.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit berminyak
6. Hada Labo – AHA/BHA Foaming Wash160ml
Pencuci ini sememangnya jenama yang terkenal di negara Jepun. Tekstur buih ringan dan pengunaan 2 kali dalam sehari mampu membersihkan kotoron pada kulit wajah. Selain memberikan muka nampak licin dan cerah dan membantu menanggalkan sel kulit mati, anda tidak perlu bimbang kerana pencuci muka ini bebas dari bahan pewangi, minyak mineral, alkohol dan pewarna. Pencuci muka ini juga menyeimbangkan pH kulit sekali gus mengurangkan kerengsaan pada kulit wajah. Pencuci muka ini sesuai digunakan oleh kaum wanita dan juga lelaki. Harga di pasaran RM35.40.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit kering
7. Physiogel Daily Defence Cleansing Gel Cream 200ml
Pencuci muka ini sesuai untuk yang berkulit alergik, ia telah diuji oleh para dermatologis. Ia mencuci segala kotoran pada muka tanpa mengeringkan kulit muka anda. Memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit dan kelembutan yang bak sutera. Kelebihan produk ini adalah, ia bebas dari bahan pewangi, preservatif dan pewarna. Pencuci muka yang sangat sesuai untuk yang berkulit kering dan sensitif. Harga di pasaran sekitar RM41.50.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit sensitif
Produk-produk di atas adalah pilihan kebanyakan lelaki dan jika anda mahu gunakan produk yang dinyatakan, sila dapatkan rujukan pakar untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kulit Menggelupas Teruk, Antara Kesan Sampingan Cuci Muka Dengan Sabun Mandi

Percaya atau tidak masih ramai yang menggunakan sabun mandi sebagai bahan untuk cuci muka. Sambil mandi gosok badan dengan sabun diikuti dengan wajah sekali. Sudah jadi tabiat setiap kali mandi.
Walhal di pasaran sebenarnya sudah banyak pencuci muka yang dikeluarkan khas untuk cucian wajah. Sama ada untuk lelaki atau wanita, pelbagai jenis produk dijual dengan harga yang sangat berpatutan.
Sebenarnya sabun mandisangat tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bahan untuk mencuci muka. Pencuci muka dicipta dengan hasil formulasi khas untuk kulit wajah yang lebih sensitif.
Sabun mandi kebiasannya mengandungi surfactant, kandungan yang digunakan untuk menghilanhkan sebun (minyak) dan kotoran yang melekat di badan. Dan ia tidak sesuai digunakan di wajah kerana mampu merosakkan tahap kelembapan wajah.
Lalu boleh membuatkan wajah menjadi kering dan sekali gus menggelupas. Terdapat beberapa lagi keburukan menggunakan sabun mandi untuk mencuci muka.
KEROSAKAN KULIT
Antara kesan sampingan mencuci muka dengan menggunakan sabun mandi ialah meningkatkan risiko kerosakan kulit wajah. Ini kerana sabun mandi diprbuat daripada bahan kimia yang dapat membahayakan kulit wajah. Penggunaan sabun mandi pada wajah juga menyebabkan kulit wajah menjadi tampil kering dan kusam.
JADI TERLALU KERING
Penggunaan sabun mandi untuk cuci muka juga meningkatkan risiko kulit wajah menjadi sangat kering. Hal ini tidak terlepas dari kandungan natrium hidroksida yang dapat menghilangkan minyak semula jadi dikeluarkan oleh kulit wajah. Lalau ia menyebabkan kulit nampak semakin menipis dan mulai menggelupas. Bahkan jika lebih teruk kulit jadi merekah.

PENGARUHI KESIHATAN KULIT
Penggunaan sabun mandi untuk cuci muka secara berterusan boleh menyebabkan kulit wajah kehilangan lipid semula jadi pada kulit. Kewujudan lipid sangat penting kerana ia berfungsi untuk melindungi kulit dari sebarang jangkitan. Jika kandungannya berkurangan, maka anda berdepan risiko serangan bakteri pada kulit.
GANGGU KESIMBANGAN pH PADA KULIT
Dengan kadar pH yang seimbang pada kulit, wajah akan jadi sihat. Ini karena pH akan membantu mencegah bakteria dan segala jenis jangkitan yang boleh menyerang kulit wajah. Selain itu, pH pada kulit sendiri dapat membantu mencegah kulit kering dan bersisik.
PORI-PORI TERSUMBAT
Di antara kesan sampingan yang lain ialah pori-pori menjadi tersumbat. Sabun mandi mengandugi bahan yang mampu membuatkan pori-pori tersumbat. Dan jika ini berlaku perlbagai masalah kulit akan muncul pada masa akan datang seperti jerawat dan juga kangkitan kulit.
MEROSAKKAN MIKROORGANISMA BAIK
Berbagai jenis mikroorganisme baik wujud di kulit wajah. Ia merupakan mikroorganisme yang akan membantu melawan berbagai jangkitan ketika ia menyerang kulit. Kehilangan mikroorganisme baik ini boleh membawa masalah kulit lainnya, seperti jerawat dan kulit menjadi gatal serta kemerahan.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini Jangan lupa ikuti Instagram MASKULIN boleh memberikan manfaat kepada anda. Ingat ya, jangan kedekut untuk berbelanja sedikit mendapatkan pencuci wajah dan jangan gunakan sabun mandi untuk cuci muka!
Jangan lupa follow IG Maskulin untuk update gaya hidup lelaki terkini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Berkesan Hapus Kelemumur

Adakah anda pernah terfikir, apakah benda putih yang terdapat diatas kepala anda? Ia adalah kelemumur ataupun dandruff.
Perkara ini sangat biasa berlaku kepada sesiapa sahaja dan dengan cara yang tepat, anda boleh menghilangkannya dengan cepat lantas mencegahnya.
Salah satu faktor berlakunya kelemumur adalah penjagaan kulit kepala/rambut yang tidak sempurna disamping keadaan cuaca dan tekanan diri (stress). Tapi jangan risau kerana terdapat banyak rawatan dan petua yang anda boleh amalkan.
Masalah kelemumur boleh menyebabkan keguguran rambut dan mungkin boleh menyebabkan kepala anda botak!
Oleh itu, untuk mengelak daripada masalah tersebut, berikut adalah 21 cara-cara menghilangkan kelemumur (kebanyakannya tidak mendapat sokongan saintifik) dan 4 cara mencegahnya dengan berkesan!
Dalam entri ini, anda akan ketahui:
- 21 Cara Menghilangkan Kelemumur
- 4 Langkah-Langkah Penjagaan Kulit Kepala yang Betul
- 5 Tips Tambahan
- 6 Amaran
- 4 Tips Mencegah Masalah Kelemumur
- Produk-Produk Terbaik Untuk Kelemumur
- Kesimpulan
Entri ini agak panjang, jadi anda digalakkan untuk bookmark laman ini untuk rujukan masa hadapan. Sekiranya anda sudah bersedia, jom selamatkan kepala daripada jajahan kelemumur!
4 Langkah-Langkah Penjagaan Kulit Kepala yang Betul
Sebelum kita ketahui cara-cara tersebut, anda perlu tahu bagaimana penjagaan kulit kepala yang betul. Berikut adalah 4 langkah yang anda perlu tahu:
1. Kerapkan Syampu Kepala
Kelemumur berlaku kerana terdapat sel mati pada kulit kepala. Ia bukannya disebabkan oleh rambut, namun kulit itu sendiri.
Mayo Clinic mencadangkan kita menggunakan syampu anti-kelemumur setiap hari sehinggalah sisa-sisa sel kulit mati itu berkurangan/tiada. Kemudian jarakkan penggunaan syampu tersebut kepada 3 kali seminggu.
Amaran: Jangan menggunakan syampu secara keterlaluan kerana bahan kimia seperti lauryl sulfate yang terdapat di dalam syampu tersebut boleh mengeringkan kulit kepala dan menyebabkan banyak lagi kelemumur terhasil.
2. Berikan Masa Untuk Syampu Memberikan Kesan
Jika anda menggunakan syampu kelemumur, pastikan anda membiarkan syampu tersebut seketika (lebih kurang 5 minit) di atas kulit kepala anda sebelum membilasnya. Ini boleh memberikan masa yang secukupnya untuk bahan kimia syampu tersebut bertindak balas.
3. Sikat Rambut Selepas Mandi/Syampu
Amalan menyikat rambut boleh meratakan kesan minyak (yang terhasil secara semulajadi di atas kulit kepala) ke atas semua permulaan kepala.
4. Elakkan Stress (Tekanan Diri)
Masalah tekanan diri ataupun stress boleh menyebabkan penghasilan kelemumur, oleh itu anda digalakkan untuk mengatasi masalah stress anda dengan efektif. Anda boleh mendapatkan langkah-langkah berkesan dalam menghadapi masalah stress di sini.
Selain itu, pengamalan diet yang sihat dan seimbang juga memainkan peranan yang penting ke atas kesihatan kulit kepala. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil diet yang tinggi khasiat zink dan vitamin B6.
21 Cara Menghilangkan Kelemumur
Berikut adalah senarai kaedah yang anda boleh guna untuk menghilangkan masalah kelemumur anda selama-lamanya. Walaupun begitu, senarai ini adalah dikumpul daripada pelbagai sumber dan kebanyakannya adalah kaedah rawatan tradisional.
Oleh itu, pastikan bahawa anda menggunakan cara-cara yang dinyatakan di bawah dengan harapan yang sejajar dengan apa yang anda lakukan. Bersedia?
Cara #1: Menggunakan Syampu Yang Sesuai
Bukan semua syampu rambut direka dan diproses untuk tujuan yang sama, terdapat pelbagai kenis syampu diluar sana yang berteraskan untuk menguatkan akar rambut, menghitamkan rambut, menjaga kulit kepala dan lain-lain.
Oleh itu, anda dikehendaki untuk memilih syampu untuk kelemumur ataupun syampu anti- kelemumur untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Antara syampu yang anda boleh mencuba adalah Clear, Head and Shoulders dan lain-lain.
Cara #2: Yogurt
Penggunaan bahan adalah salah satu yang paling senang untuk menghilangkan kelemumur. Langkah-langkahnya adalah:
1. Gunakan yogurt anda untuk menghilangkan kelemumur. Cuma bilas rambut dengan air kemudian sapukan yogurt keatas kulit kepala dan biarkan untuk 10-15 minit.
2. Bilas dengan air yang bersih, guna syampu dengan kadar yang sedikit sekiranya perlu.
Cara #3: Aspirin
Selain kelemumur, aspirin juga digunakan untuk menghilangkan jewarat secara remedi. Namun, kali ini adalah untuk kelemumur. Cara-caranya adalah:
1. Pecahkan 2 tablet aspirin sehingga lumat.
2. Masukkannya ke dalam syampu rambut anda, dan sapu/guna seperti biasa.
3. Biarkan syampu pada kepala anda untuk seketika (2-5 minit), kemudian bilas seperti biasa.
Cara #4: Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)
Sekiranya anda ikuti PanduanSaya, anda akan perasan bahawa cuka epal ataupun apple cider vinegar ini mempunyai banyak kegunaan selain dalam masakan. Kali ini untuk menghilangkan kelemumur pula. Ikuti langkah mudah ini:
1. Ambil satu bahagian cuka epal dan campurkannya dengan satu bahagian air bersih.
2. Basahkan rambut anda seperti biasa dan kemudian tuangkan campuran cuka tadi dengan berlahan-lahan ke atas permukaan kulit kepala anda.
3. Biarkan untuk 10-15 minit, kemudian bilas dengan air.
4. Kesan cuka akan hilang setelah kulit kepala anda kering.
5. Ulang langkah di atas setiap hari untuk seminggu dan lihat kesannya.
Cara #5: Pisang dan Cuka
Percaya atau tidak, gabungan pisang dan cuka boleh merawat kelemumur. Cara-cara penyediaan dan aplikasinya adalah:
1. Kupas satu ulas pisang.
2. Campurkannya dengn 2 cawan cuka dan lumatkan sehingga ia menjadi paste
3. Kemudian sapukannya keatas rambut dan kulit kepala.
4. Ratakan campuran tersebut keseluruh permukaan kepala anda
5. Biarkan selama 20 minit sehingga 1 jam, dan kemudian bilas dengan sempurna.
6. Ulang langkah setiap hari selama 1 minggu.
Cara #6: Baking Soda
Gantikan syampu rambut anda dengan baking soda. Baking soda digunakan dalam perbagai situasi dan termasuklah dalam menghilangkan kelemumur.
Cara-caranya adalah mudah, anda cuma perlu menggosok sedikit baking soda pada rambut dan kulit kepala anda. Kemudian bilas selepas 1 minit.
Ulangi langkah di atas setiap hari untuk 2 minggu. Anda akan terkejut dengan hasilnya!
Cara #7: Baking Soda dan Cuka
Selain dijadikan bahan masakan, baking soda boleh memainkan peranan yang besar kepada kulit kita, PanduanSaya pernah mengutarakan penggunaan baking soda untuk mengatasi masalah jerawat, kali ini menghilangkan kelemumur. Langkah-langkahnya adalah:
1. Bilas rambut anda dengan air sejuk.
2. Campurkan cuka dengan air dengan ratio yang sama, buat lebih kurang 70-100ml.
3. Ratakan campuran ini pada permukaan kulit kepala anda dan biarkannya untuk 5-10 minit.
4. Bilas dengan air sejuk dengan sempurna dan cepat-cepat bersihkan kulit kepala anda.
5. Dapatkan satu sudu teh baking powder. Campurkannya dengan 30-40ml.
6. Sapukan campuran baking powder tersebut pada kulit kepala anda dengan rata. Biarkannya selama 3-5 minit.
7. Bilas dengan air yang bersih dengan sempurna.
8. Keringkan rambut anda dengan tuala ataupun tunggu ia kering dengan sendiri. Setelah kering dengan sempurna, keluarkan lebihan flakes di atas kepala anda dengan menggaru kulit kepala.
9. Tahniah! Anda sudah bebas kelemumur.
Cara #8: Baking Soda dan Limau Nipis/Purut
Penggunaan limau nipis ataupun limau purut dalam menghilangkan kelemumur sudah diamalkan turun-temurun lagi. Langkah-langkahnya adalah:
1. Campurkan air perahan limau nipis ataupun limau purut dengan baking soda.
2. Sapu pada permukaan kulit kepala dan biarkannya selama beberapa minit.
3. Apabila kulit kepala terasa gatal, mula membersihkannya.
4. Bilas rambut dengan air yang bersih.
5. Ulangi langkah ini setiap hari.
Cara #9: Minyak Bayi (Baby Oil)
Minyak bayi mengandungi beberapa bahan yang sangat baik kepada permukan kulit. Ia bukan sahaja sesuai kepada bayi sahaja, malah kepada orang dewasa juga. Termasuklah dalam penjagaan kulit kepala. Langkah-langkahnya adalah:
1. Sapukan baby oil pada permukaan kulit kepala. Ratakan dan urut sedikit.
2. Tudung kepala anda dengan tuala dan biarkannya untuk semalaman.
3. Basuh dengan syampu anti-kelemumur yang berkualiti. Minyak dari baby oil sepatutnya melembutkan kult kepala anda semasa anda sedang tidur dan memudahkan kelemumur tersebut tertanggal.
4. Amalkan sebelum anda masuk tidur.
Cara #10: Egg oil (Eyova)
Minyak telur ataupun egg oil mengandungi omega 3 seperti Docosahexaenoic Acid (DHA) yang mana boleh menggiatkan semula sel folikel pada kulit. Ini boleh menghilangkan kelemumur pada permukaan kulit kepala.
Langkah-langkah untuk ikut petua ini adalah:
1. Sapu dan urut minyak telur (egg oil) ke atas kulit kepala selama 5-10 minit dan biarkannya untuk semalaman.
2. Syampu pada pagi harinya.
Cara #11: Minyak Kelapa (Coconut oil)
Kelapa mempunyai banyak kegunaan dan salah satu daripadanya adalah menghilangkan kelemumur. Ikut langkah yang mudah ini:
1. Basahkan rambut anda dan keringkannya (untuk hilangkan semua kotoran yang mungkin ada).
2. Sapukan minyak kelapa pada permukaan kulit kepala anda dan biarkan untuk beberapa minit.
3. Basuh/bilas dengan air yang bersih. Pastikan anda bilas sehingga tiada kesan minyak tersebut.
4. Ulangi langkah-langkah tersebut sekali seminggu sehinggalah kelemumur tersebut tiada lagi.
Cara #12: Kelapa dan Madu
Kelapa dan madu menjadi satu gandingan yang sangat sesuai dalam mengatasi masalah berkaitan kulit. Hal ini kerana kedua-duanya mengandungi khasiat yang banyak kepada kulit. Langkah-langkahnya adalah:
1. Campurkan minyak kelapa, minyak zaitun, yogurt (optional) dan madu ke dalam satu bekas. Gunakan ratio 2:2:3:2 agar ia membentuk satu paste yang sesuai.
2. Sapukan paste tersebut ke kulit kepala anda dengan rata. Biarkan selama 10 minit. Ini boleh membantu peredaran darah di kepala anda.
3. Bilas dengan menggunakan syampu sehingga semua bekas paste tertanggal.
4. Optional – Guna conditioner ataupun pengering rambut setelah anda menggunakannya
5. Cara lain adalah anda sapukan minyak kelapa secara terus ke atas kulit kepala anda tanpa sebarang campuran
sumber: panduansaya.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI