
Menggunakan pemberat boleh memberikan hasil yang lebih cepat kepada tubuh badan untuk dibentuk mengikut selera masing-masing. Ini kerana pemberat menggunakan banyak tenaga serta otot, justeru ia sangat membantu kenaikan otot di badan anda.
Dalam erti kata lain, ia memerlukan tenaga dan kekuatan dua kali ganda untuk memastikan rutin ini berjaya.
Namun diingatkan, sebaik sahaja mendapat tubuh yang ideal menerusi latihan bersama pemberat, anda tidak digalakkan untuk meninggalkan latihan.
BACA: Pucuk Ubi Memang Pahit, Namun Terdapat 8 Khasiat Yang Baik Untuk Tubuh Badan Kita!
Ini kerana badan anda boleh ‘jatuh’ dan sukar untuk naik semula nanti. Apa-apa pun, jom layan entri ini untuk ketahui apakah gerakan yang dimaksudkan MASKULIN :
1. Barbell squat
2. Dumbbel lunges
3. Barbell deadlift
4. Seated barbell military press
5. Dips-chest version
6. Close-grip barbell bench press
7. Pullups
8. Barbell bench press medium grip
BACA: Untuk Naikkan Otot Tubuh Dengan Cepat & Bakar Lemak, Lakukan 3 Jenis Senaman Ini
9. Pushups
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bakar Kalori Dengan Kerap Menderma Darah

PERASAAN GEMBIRA DAPAT SELAMATKAN NYAWA
Satu perasaan yang sangat menggembirakan apabila kita berjaya tolong para doktor selamatkan nyawa orang lain. Darah yang anda derma akan dibahagikan kepada pelbagai komponen berdasarkan kepada keperluan pesakit. Setiap komponen boleh digunakan oleh penerima yang berbeza untuk pelbagai tujuan. Setiap kali anda menderma darah, anda dapat membantu dari 3 ke 4 penerima setiap seorang.
MENDERMA DARAH BOLEH KURANGKAN RISIKO KANSER
Derma darah secara konsisten dikaitkan dengan dapat kurangkan risiko kancer termasuk kanser hati, paru-paru, colon, perut dan tekak. Siapa yang tak nak kurangkan risiko kanser kalau dah diberi peluang kan?
BAGUS UNTUK KESIHATAN
Ia dapat kurangkan jumlah iron (zat besi yang berlebihan) di dalam badan dan mengurangkan risiko sakit jantung. Berdasarkan kepada kajian yang telah dicetak dalam American Journal of Epidemiology, blood donors are 88% less likely to suffer a heart attack. Ini kerana setiap kali penderma menderma darah, zat besi akan dikeluarkan dari sistem, dan secara tidak langsung dapat menghindarkan dari risiko sakit jantung.
PEMERIKSAAN (CHECK-UP) KESIHATAN
Anda hanya boleh menderma jika anda sihat secara keseluruhan. Sebelum setiap proses menderma darah bermula, anda akan melalui beberapa pemeriksaan kesihatan dan ianya percuma untuk para penderma. Itulah kelebihan yang anda akan terima. Contohnya, anda akan mengetahui jika tekanan darah anda tidak normal dan ianya dapat membantu mereka mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teru
Selepas darah didermakan, darah dan produk darah yang diperolehi akan diperiksa untuk mengetahui jika terdapat sebarang jangkitan. Anda boleh memilih untuk diberitahu jika mereka mendapati apa-apa yang tidak normal dalam ujian saringan tersebut. Derma darah yang kerap adalah bagus untuk kesihatan tambahan pula anda dapat percuma pemeriksaan yang akan membantu anda kekal sihat.
MENGETAHUI JENIS DARAH
Bersama-sama dengan pemeriksaan kesihatan, para penderma akan menerima analisis darah secara percuma dan bagi penderma yang pertama kali, anda akan mengetahui jenis darah anda. Kalau sendiri pergi ke klinik atau hospital untuk mengetahui jenis darah atau analisis darah, sudah tentu kena bayar. Walaubagaimanapun, sebagai penderma darah, anda akan dapat percuma.
Darah yang diderma akan diperiksa untuk beberapa faktor kesihatan bagi memastikan ia boleh digunakan untuk penerima. Antara faktor ianya perlu diperiksa termasuk HIV, syphilis dan hepatitis. Jika darah itu tadi mengandungi faktor kesihatan yang memudaratkan, maka penderma akan diberitahu dan sama sekali tidak boleh menderma.
Semasa proses menderma, anda akan terima snacks, juice, dan makanan lain secara percuma. Kadang-kadang, dorang akan beri free t-shirts, stickers dan jika anda bertuah, mungkin dapat sijil macam saya. Masa saya isi borang pendaftaran, ada seorang sister (nurse) minta kad pengenalan saya. Ingatkan nak tulis dalam buku rekod tapi rupanya masa saya tengah derma darah, dia bagi sijil. Rasa terharu juga, macam dah buat satu achievement. (penderma darah tegar mesti jealous)
BAKAR KALORI
Derma darah adalah jalan paling senang untuk kurangkan berat badan. Setiap kali anda menderma darah, sebanyak 640 Kcal akan hilang. Ini boleh membantu dalam proses untuk kurangkan berat badan. Bagaimanapun, darah selamat diderma pada setiap dua atau tiga bulan dan bukannya pada setiap bulan. Ini juga bergantung kepada tahap kesihatan anda, hemoglobin darah dan paras zat besi anda. Patut lah orang kata siapa derma darah akan naik berat badan, bila kalori terbakar mestilah kita rasa lapar.
PENAMBAHAN SEMULA DARAH BAIK UNTUK TUBUH
Replenishing darah adalah baik untuk tubuh kita. Derma darah membolehkan penderma untuk mengisi semula bekalan darah, membantu badan penderma kekal sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan dapat bekerja secara produktif.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tip ‘Maintain’ Berat Badan Ini Tidak Memerlukan Anda Ke ‘Gym’

Mengekalkan berat badan yang telah berjaya diturunkan dua kali ganda lagi susah dari menurunkan berat badan. Ini kerana minda anda telah berada dalam pendekatan dimana anda sudah berjaya menurunkan berat badan, dan rutin pemakanan anda boleh kembali kepada normal. Tidak menjaga pemakanan akan menyebabkan badan anda mudah kembali ke bentuk asal, walaupun anda telah menjaga pemakanan anda selama beberapa tahun. Tidak ramai yang berjaya mengekalkan berat badan yang telah berjaya diturunkan dalam masa 6 bulan ke 1 tahun. Ini adalah kerana perubahan yang dibuat terlalu drastik atau cara penurunan yang ekstrem.
Ada beberapa cara untuk anda kekalkan bentuk badan anda agar berat badan tidak naik dengan begitu mendadak.
- Sentiasa timbang berat badan. Sekurang-kurangnya 2 minggu sekali
Jangan alpa dengan berat badan anda. Tak salah jika anda ingin menikmati makanan yang telah lama anda tinggalkan setelah berbulan-bulan. Jika anda plan ingin ‘cheat month’ sentiasa pantau berat badan anda, agar anda tidak tersasar jauh. Lebih baik hilangkan 1-2 kilo berat badan dari terpaksa hilangkan 10kg berat badan jika anda tidak menjaga berat anda.
- Sentiasa rancang setiap hidangn kita dan jadikannya tabiat
Apabila seseorang itu dalam fasa ingin menurunkan berat badan, rutin harian pemakanan mereka juga akan berubah. Jangan pernah nasihatkan diri bahawa pemakanan anda hanya berdasarkan tempoh diet anda. Ambil peluang dan ilmu yang telah anda pelajari ini dengan menjadikan ia sebagai tabiat harian anda. Jadi, bila dah kurus pun anda harus mengekalkan pemakanan anda agar berat badan dan kesihatan anda terjaga.
- Membuat list barangan sebelum pergi shoping
Ini juga harus dijadikan rutin harian anda. Setiap bulan atau setiap minggu, listkan barangan pemakanan anda. Utamakan makanan yang berkhasiat dahulu sebelum anda memilih jajan.
- Lakukan senaman pemberat
Bila kita sudah kurang berat badan, BMR kita akan turun juga. Jadi ,cara utk kekalkan BMR kita adalah dengan menaikkan jisim otot. Jadi bila kita terlebih makan pun, berat badan kita tidak akan naik mendadak.
- Makan bilangan hidangan yg sama setiap hari,contohnya makan 4,5 atau 6 supaya kita tidak didatangi ‘cue of hunger’.
- Jangan tinggal senaman
Tentulah bila badan anda sudah turun sedikit, anda akan mempunyai kemalasan untuk ke gym. Jangan tinggal senaman anda. Lakukan rutin senaman yang kita sentiasa boleh buat walaupun sendirian.
- Reward yourself
Ramai yang mengatakan bahawa ketika seseorang ingin reward diri sendiri dengan makan makanan kegemaran. Jangan biasakan diri anda dengan menjadikan makan sebagai reward, daripada itu lebih baik jadikan tidur ataupun membeli pakaian baru sebagai reward. Berikan hadiah kepada diri sendiri. 90% enjoyment, 10% makanan.
- Sentiasa beringat
Letakkan gambar anda dulu di pintu peti sejuk. Anda mungkin nampk kurus diluar tapi sebanrnya anda dipenuhi sel2 lemak yang hanya menunggu masa utk membesar kembali. Sel lemak hanya mengecil tapi tidak hilang dari badan.
Olahan daripada Khairl Azuan
DIETITIAN
DIETFIT MALAYSIA
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Alergi Air Aquagenic Urticaria (AU) Umpama HFMD?

Banyak gejala yang berlaku kepada mereka yang mengalami masalah kulit. Hari ini kecoh dengan penyakit yang sedang merebak dalam kalangan orang awam di Malaysia iaitu penyakit HFMD atau penyakit tangan kaki dan mulut. Penyakit ini sebenarnya sering terjadi terhadap kanak-kanak, namun kini ibu bapa dan orang dewasa yang lain juga turut boleh mendapat penyakit ini. Ekoran dari wabak yang masih tidak seratus peratus ditemui jalan penyelesaiannya, ada yang menyatakan elergi antara faktor utama penyakit seperti ini terjadi. Selain daripada kadar pesakit tangan kaki dan mulut ini meningkat, antara penyakit alergi yang bahaya adalah Aquagenic Urtacaria.
Apa itu Aquagenic Urticaria (AU)?
Mana penyakit sahaja sudah unik, tentulah mangsa yang mengalaminya juga dikira unik. Perkataan Aquagenic Urticaria diambil dari Latin Urtica yang bermaksud sejenis ruam kulit yang gatal dan “berbonggol” (bumpy) seperti gigitan serangga contohnya nyamuk. Bila ruam ini berlaku setelah terdedah pada air maka ianya dikatakan AU. Ianya kadang-kadang dipanggil ‘alergi air’.
Aquagenic Urticaria (AU) adalah sejenis penyakit yang seakan alergi yang berlaku apabila kulit terdedah kepada air termasuk peluh. Ada segelintir manusia di luar sana mempunyai kulit yang sangat sensitf dan akan keradangan jika terkena sedikit air pada kulit. Antara jantina yang sering diserang penyakit ini adalah wanita dengan 50 peratus kes di seluruh dunia. Kes AU yang pertama yang dilapurkan adalah pada tahun 1964 dan setakat ini belum ada kes yang dilaporkan di Malaysia.
Apa beza alergi ini dengan alergi yang lain?
Sebenarnya mekanisma AU tidak diketahui dan kalau diikut takrif alergi di mana sistem imun terlibat, ini tak semestinya terjumpa pada AU dalam kes-kes yang dilaporkan. Pastinya pesakit yang mempunyai penyakit ini ragu-ragu dengan jenis kulit bagaimana yang membolehkan alergi jenis ini menjadi peneman setia seseorang, hakikatnya tiada perbezaan kulit pada penghidap AU berbanding penyakit kulit Urticaria yang lebih kerap berlaku, dan boleh berlaku secara spontan pada kulit yang sihat. Jangan ambil mudah dengan penyakit ini meskipun tidak mempunyai rekod berleluasa lagi di Malaysia, penyakit ini adalah kronik dan mungkin tidak hilang sepanjang hayat seseorang pesakit jika tidak mengambil rawatan lanjut.
Adakah ia penyakit keturunan?
Penyakit AU boleh berlaku secara spontan tanpa mempunyai rekod keturunan, namun ada kajian barat juga mengkaitkan dengan genetik dimana ianya boleh menjadi penyakit keturunan.
Apakah simptom bila seseorang itu terkena serangan ini?
Seperti mana-mana jenis Urticaria yang lain, maka kulit akan menunjukkan tanda-tanda seperti gigitan nyamuk bengkak saiz 1-3 mm mengelilingi rongga bulu/rambut badan dan dikelilingi pula ruam merah dalam 1-3 cm. Tanda-tanda ini akan muncul dalam masa 20-30 minit terkena air.
Bagaimana dengan ubat? Ada rawatan ataupun tidak?
Rawatan melibatkan penggunaan ubat Antihistamin yang mungkin memerlukan dos lebih tinggi sehingga empat kali ganda dos untuk jangka masa yang agak panjang, dan jika tiada perubahan semasa, makan ubat-ubat Imunosuppressant (yang menindas sistem imun).
Contoh makanan yang senang untuk mendapat Alergi kulit
Alergi kulit juga boleh menyebabkan simptom gegata tetapi ujian alergi boleh sahkan mekanisma alergi iaitu ujian spesifik IgE. Antara makanan utama yang sering dikaitkan dengan alergi kulit adalah susu lembu, telur putih, kacang soya, gandum, kacang/kekacang dan makanan laut seperti ikan dan udang.
Nasihat Doktor pada mereka yang mempunyai masalah ini.
Nasihat saya, memandangkan ia masalah berkaitan dengan air, minum air akan main peranan kerana boleh dapat masalah di dalam mulut dan tekak nanti seperti ulser dan tercekik. Maka kena elak minuman air biasa dan perlu pastikan minuman jenis mana yang boleh diambil. Jangan risau pada air mandian, kerana penyakit ini akan menyerang tidak kira jenis air. Paling penting, Cepat-cepat berjumpa doktor pakar untuk mengesahkan samada penyakit AU dan mendapat rawatan selanjutnya.
5 Tips untuk menjaga kulit.
- Perlindungan daripada cahaya matahari yang terlampau terik dengan penghalang cahaya matahari.
- Makanan diet yang seimbang dan sihat (kurangkan gula dalam makanan dan minuman)
- Jangan biarkan kulit kering dengan menggunakan pelembap yang kurang allergenik dan pastikan cukup minum air dalam sehari
- Cukup tidur dan mengawal emosi daripada keadaan yang tertekan
- Kurangkan masa berlebihan semasa mandi
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI