Guna kereta lama lebih 15 tahun, ini tip penting kena tahu. Ramai dalam kalangan kita masih memandu kereta yang telah berusia lebih 10 hingga 15 tahun. Seiring dengan usia, kenderaan lama pastinya tidak lari daripada mengalami masalah.

Guna Kereta Lama Lebih 15 Tahun, Ini Tip Penting Kena Tahu

Namun, tidak dinafikan bahawa banyak juga kereta yang sudah berdekad tetap berada dalam keadaan baik dan boleh terus digunakan tanpa masalah besar.

Bagi pemilik kereta lama, khususnya yang melebihi 15 tahun, penting untuk lebih peka terhadap sebarang perubahan atau rasa pelik ketika memandu. Inilah yang ditekankan oleh Fadil Mohd Yusof, yang berkongsi pengalamannya menjaga sebuah kereta keluaran tahun 2001 yang masih dalam keadaan baik walaupun telah mencapai usia 23 tahun.

“Memiliki kereta yang sudah lama bukan mudah. Hati kena kuat dan kita kena cepat perasan kalau ada rasa pelik masa memandu. Kelisa saya dari tahun 2001, dah masuk 23 tahun. Tapi saya guna setiap hari,” jelas Fadil.

Guna Kereta Lama Lebih 15 Tahun, Ini Tip Penting Kena Tahu
Kredit foto: Bernama

Berikut adalah beberapa aspek penting yang beliau tekankan untuk memastikan kereta lama kekal dalam keadaan baik:

1. Radiator Dan Penutup Atas Radiator (radiator top cover)

Radiator kini kebanyakannya diperbuat daripada plastik dan bukan lagi sepenuhnya besi. Bahagian atas radiator yang diperbuat daripada plastik sebaiknya diganti setiap 3 hingga 4 tahun.

Ads

Fadil pernah mengalami insiden penutup plastik tersebut pecah ketika memandu pada kelajuan 120 km/j kerana lewat menukarnya. Nasib menyebelahi beliau apabila hanya perlu melakukan top overhaul. Kalau lebih teruk, enjin mungkin perlu diganti. Selain itu, jika radiator mula kelihatan berkarat, ia perlu dicuci segera.

2. Timing Belt Dan Tali Sawat Penyaman Udara (air cond belt)

Komponen ini perlu ditukar mengikut jarak perjalanan seperti yang disarankan pengeluar – biasanya setiap 100,000 km. Namun, jika usia kereta sudah menjangkau 9 hingga 10 tahun tetapi jarak perjalanan belum mencukupi, sebaiknya tetap ditukar. Jika putus ketika memandu, kos pembaikan boleh jadi tinggi.

3. Minyak Power Steering Dan Minyak Brek

Minyak-minyak ini perlu diganti setiap 5 tahun atau apabila warnanya berubah daripada kuning cair kepada merah kehitaman. Warna gelap menandakan ia sudah kotor dan kurang efektif.

Guna Kereta Lama Lebih 15 Tahun, Ini Tip Penting Kena Tahu
Kredit foto: Harian Metro

4. Sistem Penyaman Udara

Servis menyeluruh penyaman udara disarankan dilakukan setiap dua atau tiga tahun bagi memastikan sistem berfungsi dengan baik.

Ads

5. Minyak Kotak Gear (gear box)

Minyak gear perlu diganti mengikut saranan pengeluar, biasanya antara 40,000 hingga 80,000 km. Jika belum sampai jarak tersebut, tukar setiap 2 hingga 3 tahun sebagai langkah berjaga-jaga.

6. Insurans

Aspek paling kritikal yang sering diabaikan ialah insurans. Apabila memperbaharuinya, ambil pakej yang termasuk perkhidmatan towing tanpa had (unlimited towing). Kos tambahan sekitar RM100, tetapi sangat berguna jika kereta rosak di tengah jalan. Kita tak perlu lagi risau tentang kos tarik kereta.

Setiap orang ada keutamaan masing-masing. Kalau tak mahu berdepan kerumitan menjaga kereta lama, pilihan paling mudah ialah beli kereta baru. Walaupun ada bayaran bulanan, sekurang-kurangnya tak perlu pening memikirkan kos baik pulih kenderaan.

Sumber: Fadil Mohd Yusof 

Ads

Kredit foto top image: Berita Harian 

BACA: Nak Beli Kereta Lama Atau Kereta Lebih 10 Tahun, Tahu Dulu 3 Benda Penting Ini!

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI