Tidak dinafikan di antara komponen kereta yang paling penting bagi melancarkan pemanduan ialah radiator.
Secara asasnya radiator berfungsi untuk membantu mengurangkan suhu panas dalam enjin kereta.
Jika berlaku kebocoran radiator ia boleh menyebabkan enjin kereta menjadi terlalu panas boleh menyebabkan berlaku kerosakan besar pada enjin. Disebabkan itulah kita sebagai pemandu dan pemilik kereta perlu menjaga radiator dengan baik.
AIR PAIP PENYEBAB KARAT?
Salah satu penjagaan yang cukup diperkatakan ramai orang ialah mengelakkan radiator dari berkarat pada bahagian dalam. Satu satu dakwaan yang cukup popular ialah mengatakan menggunakan air paip boleh menyebabkan karat.
Adakah perkara ini benar atau tidak? Sebenarnya ada juga benar dan ada juga tidak. MASKULIN tertarik dengan penerangan yang dilakukan oleh laman sesawang RBM atau pakarradiator.com.
Ada sesetengah mekanik atau ‘pomen yang tak bertauliah’ mendakwa karat boleh muncul disebabkan guna air paip dan sebaliknya perlu guna air RO atau air mineral.
Ads
Sebenarnya semua jenis air sifatnya boleh menyebabkan karat.
Perlu diingatkan juga bahawa masalah karat hanya muncul pada kereta yang usianya mencecah usia 5 tahun. Jadi pemilik kereta baru tak perlu risau, cuma boleh berikan perhatian kepada penerangan di bawah.
Bagaimana nak tahu dalam radiator ada masalah karat? Senang sahaja, buka penutup atau radiator cap dan periksa warna air. Jika tak pernah langsung servis boleh dikatakan ‘confirm’ air itu berwarna kuning atau perang.
Karat boleh berlaku dengan kehadiran udara dan air. Jadi tidak kisahlah apa jua jenis air ia tetap bersifat H2O. Dan hingga kini tiada lagi bukti yang boleh menunjukkan air mineral boleh menghalang berlakunya karat.
Ads
PUNCA UTAMA KARAT
Punca utama mengapa wujudnya karat di dalam radiator adalah disebabkan coolant yang tidak diganti dalam tempoh masa yang disyorkan.
Kebiasaannya ia perlu ditukar setiap 30,000 hingga 45,000 kilometer perjalanan – bergantung kepada jenis model kereta. Ini anda boleh rujuk dalam buku manual kereta masing-masing.
Bagi campuran coolant pula kita boleh guna campuran dengan air paip, air RO atau air mineral. Semuanya tidak menjadi masalah asalkan ia dicampur dengan coolant.
Ads
Atau nak lebih senang anda beli sahaja coolant pra-campuran lebih mudah kerana ia tidak perlu dicampur dengan air.
Contoh pre-mix coolant
Jadi kesimpulannya, cara terbaik nak elak berlakunya karat ialah dengan menukar coolant apabila tiba masanya ya!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik di bawah.
Kredit: pakarradiator.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semenjak Suzuki mula lenyap dari pasaran Malaysia, peminat jenama tersebut semakin sukar mendapatkan kenderaan yang agak style dari keluaran mereka.
Namun baru-baru, sebuah portal auto melaporkan beberapa unit Suzuki Jimny akan dibawa ke negara ini menerusi pengedar kereta recond.
Dari mana popularnya Suzuki Jimny ini?
SUV cilik ini dikatakan mula menjadi rebutan ramai apabila Suzuki Jimny memasuki beberapa jiran seperti Singapura dan juga Thailand.
Sehubungan itu pengedar kereta recond, Hamza Motors nampaknya kini sedang giat melakukan promosi Mega Sale pertengahan tahun.
Antara tawarannya, dua unit Jimny yang ditampilkan dari jenis Jimny kei-car dan Jimny Sierra dan ia mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini.
Info tentang enjin
SUV 4WD cilik ini dipasarkan sebagai kei-car di negara asal dengan enjin 660 cc manakala untuk pasaran luar pula, Jimny dibekalkan dengan enjin 1.5 liter.
Kedua-dua varian Jimny ini hadir dengan penawaran transmisi manual lima nisbah kelajuan atau automatik empat nisbah kelajuan.
Unit keluaran 2018
Berdasarkan info dalam media sosial, kesemua unit Jimny ini masih dalam perjalanan dari Jepun dan ia merupakan unit keluaran 2018.
Walau bagaimanapun, ia dibenarkan diimport masuk sebagai kenderaan terpakai untuk kegunaan para peminatnya.
Harga jualan untuk jip kecil molek ini pula bermula dari RM168,000 untuk model 660 cc manakala varian 1.5 liter pula sedikit mahal, mencecah RM198,000.
Nak kenal tayar botak, selalunya kita anggap tayar itu sudah tak ada bunga. Namun betulkah tanggapan kita itu?
Untuk mengenalpasti sama ada tayar botak atau masih selamat untuk digunakan, anda boleh ikuti perkongsian pengguna Facebook bernama Mo Akmal Amri ini.
CARA MENGENAL TAYAR BOTAK
Bila sebut tayar botak, kita mesti terbayang tayar yang licin takde bunga macam kepala orang yang botak licin takde rambut.
Salah sebenarnya tu.
Semua tayar yang dah botak selalunya akan nampak masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita kena tahu macam mana nak kenal tayar botak.
Apa maksud tayar botak?
Indikator botaknya tayar ialah pada jalur di tengah tayar, bukannya bunga yang melintang tu. Di antara jalur-jalur tengah tayar ni, ada penanda aras untuk kita tahu tahap kebotakan tayar.
Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda tu
Tengok gambar-gambar tayar di bawah menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baharu.
Semoga bermanfaat
1. Tayar botak bila jalur tengah sama tinggi dengan penanda botak
Tayar botak. Jalur tengah tu sama tinggi dengan penanda botak. Nampak tak tayar botak pun masih penuh dengan bunga dan kalau kita tak tahu tengok, mesti ingat boleh pergi jauh lagi.
2. Tayar botak bila jalur sama tinggi dengan penanda
Tayar botak. Jalur sama tinggi dengan penanda. Nampak tak tayar ni guna penanda yang lain daripada tayar pertama tadi.
3. Tayar belum botak
Tayar belum botak, mungkin 30%. Tak lama dah ni kena tukar.
4. Tayar hampir botak
Tayar hampir botak. Mungkin 80-90% (tengok pada beberapa penanda tu). Kalau perasan, penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding penanda di sebelah kanan. Maknanya tayar ni haus lebih cepat di sebelah kiri, sebab alignment atau balancing tak betul. Atau mungkin sebab camber senget. Dinasihatkan untuk tukar terus dan cek camber. Plus, tayar nampak banyak crack petanda sudah tua.
5. Tayar baharu
Tayar baharu. Begitu dalam sekali penanda botak tu ditenggelami oleh jalur tengah. Kalau tak bulatkan ni, mungkin susah nak nampak. Inilah tayar 0%. Boleh bandingkan dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ni.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berita gembira buat semua rakyat Malaysia. Bermula hari ini, 3 Januari 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk pembayaran saman.
Peluang ini diberikan bersempena pelancaran fungsi baharu pembayaran saman menerusi Aplikasi MyJPJ.
Promosi ini berlangsung sehingga 30 Jun 2025, memberikan masa yang cukup untuk anda menyelesaikan saman dengan mudah dan jimat.
Foto hiasan
Pendigitalan JPJ untuk Kemudahan Rakyat
Inisiatif pendigitalan JPJ ini merupakan langkah proaktif oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan perkhidmatan awam lebih cekap dan mesra pengguna. Melalui aplikasi MyJPJ, pengguna kini boleh:
Menyemak status saman.
Membuat pembayaran terus melalui telefon bimbit.
Menikmati kadar kompaun khas dan diskaun dengan hanya beberapa klik!
Buat anda yang masih tidak mempunyai palikasi MyJPJ, boleh muat turun di platform berikut:
Apple App Store
Google Play Store
Huawei AppGallery
Kadar Kompaun Khas: Flate Rate RM150
Selain diskaun 50%, JPJ turut memperkenalkan kadar rata RM150 untuk tiga jenis notis saman tertentu:
Saman AwAS (53A) – Dikeluarkan sejak Oktober 2018 hingga kini.
Notis 114 – Notis panggilan temu siasat bagi saman tahun 2023 dan ke bawah.
Notis 115 / JPJ (P 23) – Permintaan butir-butir pemandu bagi saman tahun 2023 dan ke bawah.
Manfaat ini boleh dinikmati melalui saluran berikut:
Aplikasi MyJPJ
Portal mySIKAP
Kios JPJ
JPJ Mobile
Kaunter JPJ
Kredit: JPJ
Namun, pembayaran melalui MyEG dan Pejabat Pos Malaysia tidak termasuk dalam inisiatif ini.
Sepanjang tempoh tawaran khas ini, tiada pengumpulan Mata Demerit akan dikenakan ke atas pemandu. Selain itu, JPJ juga akan mengkaji semula pelaksanaan sistem Mata Demerit bagi memastikan ia lebih berkesan dan relevan.
Kegagalan untuk menyelesaikan saman dalam tempoh tawaran ini boleh mengakibatkan sekatan urus niaga pada masa akan datang. Jadi, manfaatkan inisiatif ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.
JPJ komited memastikan rakyat Malaysia mendapat perkhidmatan yang cekap, selaras dengan perkembangan teknologi moden.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk cara pendaftaran MyJPJ atau hubungi JPJ terdekat.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.