Tidak dinafikan masalah kaki cramp mudah terjadi ketika bersukan ataupun melakukan aktiviti fizikal. Ia sering menyerang bahagian betis ataupun hujung jari kaki.

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, punca berlakunya kekejangan (kaki cramp) ini adalah disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot semakin berkurangan.

Oleh itu jika anda kerap mengalami masalah kaki cramp semasa atau selepas bersenam, pastikan anda standby air garam ini.

Semoga perkongsian TheDiagnosa ini memberi manfaat untuk anda menjalani aktiviti fizikal dengan lancar dan sempurna.

Boleh guna untuk cirit-birit atau muntah

Ramai yang menggunakan air garam ini untuk masalah cirit-birit dan muntah-muntah. Tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk masalah kaki kejang (kaki cramp).

IKLAN

Secara spesifiknya ia digunakan untuk masalah kaki cramp yang berlaku SELEPAS atau SEMASA MELAKUKAN SENAMAN

Seseorang yang melakukan senaman mempunyai kemungkinan untuk berlakunya cramp terutamanya jika dia mengambil air kosong dengan jumlah yang banyak pada ketika itu.

Ganggu fungsi otot

Ini disebabkan ketika bersenam, badan kita berpeluh dan ia mengeluarkan garam-garam dan air daripada badan kita. Apabila kita mengambil air kosong terutamanya air RO (reverse osmosis) yang tidak mempunyai elektrolit di dalamnya, ia akan menyebabkan darah kita menjadi kurang pekat. Bermaksud kepekatan elektrolit di dalam badan kita menjadi kurang.

IKLAN

Ini akan sedikit sebanyak mengganggu fungsi otot yang boleh berakhir dengan kejang otot.

Selalunya orang yang kejang otot selepas bersenam, susah sedikit akan hilang kejangnya berbanding orang yang kejang otot disebabkan salah posisi badan.

IKLAN

Guna Air Garam Ini Kalau Nak Atasi Masalah Kaki Cramp Selepas Atau Semasa Bersenam!

Tetapi jika anda memberinya minuman ORS ini, ia akan mengembalikan kepekatan elektrolit di dalam darah dan mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.

Jadi setelah senam,

  • Elakkan daripada minuman air kosong yang terlalu banyak. Disyorkan minum air mineral kerana air mineral mengandungi sedikit sebanyak elektrolit
  • Jika kejang berlaku, boleh cuba minum ORS ini untuk membetulkan semula elektrolit dalam badan
  • Kalau tiada ORS, minum minuman yang berelektrolit pun tak mengapa.

Boleh follow channel telegram kami di t.me/ediagnosa bagi mendapatkan info tentang kesihatan

Jangan lupa juga untuk follow page

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI