Ramai yang tidak tahu sebenarnya anda boleh hilangkan rasa sakit di kepala akibat migrain tanpa menggunakan panadol.
Ya, benar. Malah caranya juga cukup mudah hanya dengan menggunakan 3 jenis bahan yang boleh didapati di dapur anda seperti :
1. Air suam
2. Cuka epal organik
3. Madu asli
Caranya :
1. Gunakan sudu plastik, campurkan satu sudu cuka epal dan madu asli ke dalam air suam. Sudu besi tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan menjejaskan zat madu.
2. Baca selawat 3 kali dan terus minum. Kemudian, bilas mulut dengan air masak untuk mengelakkan daripada gigi reput akibat kuantiti asid dalam cuka epal yang agak tinggi.
3. Selepas minum, pastikan anda rehatkan diri dengan tidur dan selepas bangun nanti, insya’Allah rasa sakit akan berkurangan dan hilang.
Semoga bermanfaat!