Sebagai seorang anak, pastinya kita mengidamkan untuk menghujani ibu bapa kita yang telah banyak berkorban dengan kemewahan sebagai salah satu cara menghargai serta berbakti kepada mereka.
Nikmat berbakti itu ternyata dapat dilaksanakan oleh pelawak Zizan Razak yang menghadiahkan ibunya Anai Ibrahim sebuah kereta mewah Mercedes Benz GLC300.
Memetik laporan Sinar Harian, detik mengharukan itu dirakam oleh abang pelawak itu, Hafiza Razak menerusi akaun TikTok miliknya yang turut berbangga melihat kejayaan adiknya itu.
“Senjata kejayaan seorang anak adalah berkat doa ibu yang hebat dan hebatnya seorang anak adalah dari hasil didikannya,” tulis Hafiza di ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi tiga minit 11 saat itu, Zizan bersama abangnya terlebih dahulu membawa ibu mereka ke sebuah pusat pameran kereta jenama mewah, kononnya untuk melihat sementara menanti waktu berbuka puasa.
Dalam video berkenaan, ibu mereka dilihat merakamkan beberapa buah kenderaan di situ dan mengakui menyukai kereta tersebut.
“Seri (jurujual) ajak lihat baru, kot-kot berkenan. Yealah nak tunggu waktu berbukakan, apa salahnya tengok. Bukan kena bayar pun, tapi waktu ini ibu langsung tak perasan apa-apa.
“Mungkin masa ini, hati ibu berkata, bertuahnya orang yang dapat kereta yang ibu idamkan,” kongsinya.
Keadaan bertukar sebak apabila Anai menyedari kereta berkenaan adalah miliknya, sehingga menitiskan air mata.
“Alhamdulillah, Along bangga dengan adik sebab banyak tolong kami.”
“Kami sayang awak, adik,” tulis Hafiza.
Tinjauan di internet mendapati, harga kereta berkenaan boleh mencecah RM 378,888.
Hafiza yang sebelum ini pernah menerima hadiah berupa sebuah motor dari adiknya itu turut berjanji untuk membuat kejutan istimewa buat Zizan suatu hari nanti.
“Sayangilah ibu kita… Cintailah ibu kita.
“Along dan ibu sudah diberi kejutan (oleh Zizan). Insya-ALLAH suatu hari nanti adik akan kena kejutan juga. Doa-doakan ya,” titipnya.
Ramai warga maya turut terharu menonton klip video itu, sekaligus mendoakan Zizan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah atas budi terhadap ibunya itu.
Sumber: Sinar Harian
BACA: Amar Asyraf Enggan Berlakon Lagi, Rasa Bersalah Bersentuhan Pelakon Wanita