Jenama pakaian terkemuka dunia, GUESS mengorak langkah yang seterusnya dengan memperkenalkan 42 koleksi pakaian baharu yang bertemakan penuh warna keceriaan.
GUESS dalam satu kenyataannya memberitahu, koleksi pakaian baharu yang menerima jolokan GUESS Vibras adalah inspirasi daripada bintang muzik antarabangsa, JBalvin.
Elemen 90-an semasa di Miami
JBalvin memberitahu, 42 koleksi baharu GUESS yang dilihamkannya ini adalah berteraskan zaman 90-an di Miami yang penuh semangat energetik.
Zaman itu juga mengangkat rentak yang penuh warna-warni menerusi pakaian dan GUESS Vibras yang diperkenalkan kali ini, sesuai digayakan oleh lelaki serta wanita.
Ads
Kolaborasi pertama JBalvin dengan GUESS
Kolaborasi pertama JBalvin dengan GUESS menampilkan koleksi untuk wanita seperti siri potongan t-shirt yang dipotong besar dan seluar trek berwarna merah.
Ads
Pemadanan warna yang berlapis seperti biru diraja, kuning keemasan, merah dan hijau menjadi rekaan eksklusif yang diangkat menerusi koleksi ini.
Ads
Bagi lelaki pula, jaket yang ditampilkan dengan aneka warna mewujudkan rasa santai yang cukup hebat.
Sama juga dengan t-shirt yang diperkenalkan, masing-masing memiliki daya tarikan yang tersendiri.
Selain itu, koleksi GUESS Vibras ini turut menawarkan stoking pelbagai warna serta beg pinggang yang mampu menambahkan gaya seseorang lelaki.
Koleksi GUESS Vibras yang digayakan selebriti tempatan
Azrel IsmailAmelia HendersonKaka Azraff
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki badan sasa dan tegap merupakan impian ramai lelaki. Ia bukanlah satu perkara yang senang untuk dicapai dan memerlukan kerja keras untuk mendapatkan badan seperti itu
Selain perlu konsisten bersenam, lelaki berbadan sasa juga memerlukan kekuatan minda untuk pastikan mereka sentiasa boleh kekal dalam bentu badan begitu. Namun ada cabaran yang dihadapi mereka. Ini terutamanya bola melibatkan cara berpakaian atau berfesyen.
Memilih pakaian sesuai untuk lelaki berbadan sasa merupakan cabaran tersendiri. Berkembangnya saiz badan yang sasa maka perlu juga ada perubahan dari segi fesyen dan pemilihan pakaian yang sesuai.
MASKULIN perhatikan masih ramai lelaki sasa dan berbadan tegap seolah-olah terlalu teruja untuk menonjolkan segenap otot mereka di bahagaian badan dan tangan.
Jadi muncullah gaya fesyen yang tidak kena dan kadangkala boleh menjolok mata. Jadi adakah mereka yang berbadan sasa harus memakai pakaian bersaiz lebih besar dari fizikal mereka?
Tidak, ia bukannya begitu. Pemilihan baju yang sesuai sebenarnya bergantung kepada saiz semula jadi. Katakan kebiasaan anda memakai size M, tetapi apabila berbadan sasa mungkin boleh tukar kepada saiz L. Fitting yang sesuai boleh menonjolkan karakter yang lebih kemas dan mesra.
RATIO BETUL
Ratio atau nisbah memainkan peranan sangat penting dalam mana-mana aspek fesyen. Bagi anda yang sasa bahagian badan seperti dada, lengan dan abdomen berotot pastinya akan lebih menonjol bila mengenakan t-shirt atau kemeja.
Pilihlah baju yang tidak terlalu ketat tapi dalam masa yang sama menyerlahkan personaliti dibawa. Bagi seluar pula elakkan memakai skinny jeans kerana ia boleh membawa bayangan kaki nampak kecil. Untuk jaket pula elakkan yang memiliki corak besar dan pilihlah fabrik ringan. Apa yang paling penting semuanya mesti memberi keselesaan ketika anda memakainya.
Anda harus terima hakikat apabila mempunyai bentuk badan yang sasa dan berotot saiz baju ready-to-wear amat berlainan untuk anda. Ini terutamanya pakaian dalam kategori sut, kemeja dan tidak kurang juga baju melayu.
Oleh itu anda haruslah korbankan sedikit wang untuk menembah pakaian dengan tukang jahit. Dengan menggunakan tukang jahit anda akan mendapat pakaian yang bersaiz ekskulsif untuk diri sendiri.
LAPISAN PAKAIAN
Oleh kerana mempunyai bentuk badan yang sasa anda tidak perlu memakai pakaian lapisan luar terlalu berat. Sebagai contoh jika anda berada di kawasan berhawa dingin atau di negara bermusim sejuk, pakailah pakaian luar yang sederhana.
Elakkan memakai sweater knit atau puffer coats yang boleh membuatkan dada anda kelihatan menggelembung. Sebaliknya, pilihlah jaket denim berlengan panjang, roll necks atau cardigans yang boleh menonjolkan bentuk badan tetapi dalam masa yang sama memberikan keselesaan.
Ketibaan Ramadan pastinya dimeriahkan dengan pelbagai jualan baju raya yang mula ditawarkan kepada pengguna. Sebagai salah sebuah pengendali rangkaian peruncitan terbesar dan terkemuka di Malaysia, MYDIN turut sama menampilkan rekaan baju raya yang eksklusif.
Biarpun pelbagai rekaan moden baju Melayu yang dijual di pasaran, MYDIN lebih optimis dengan rekaan baju Melayu yang lengkap dengan samping di bawah jenama Mikhail.
Dikeluarkan khas sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini, rekaan baju Melayu ini tampil elegan dan mengekalkan ciri-ciri tradisi dengan pelbagai warna menarik. Warna-warna yang dipilih merupakan seleksi tona warna trend terkini yang mampu menyerlahkan gaya segak seorang lelaki.
Koleksi istimewa yang turut dilancarkan bersama Kempen Girang Syawal Tiba 2019 ini boleh didapati di semua cawangan pasar raya MYDIN di seluruh negara.
Selain rekaannya yang berkualiti, koleksi ini turut menampilkan bersama koleksi pakaian sedondon untuk wanita dan kanak-kanak di bawah jenama Mikayla.
Sambutan Syawal anda dan keluarga pada tahun ini pasti lebih lengkap serta bermakna dengan adanya koleksi Mikhail yang menjadi persalinan anda di hari lebaran.
1. Mengekalkan sentuhan baju Melayu klasik merupakan antara keunikan dalam koleksi Mikhail. HARGA: RM59.90
2. Serlahkan kelainan dengan persalinan baju Melayu Teluk Belanga tanpa poket di bahagian bawah baju. HARGA: RM69.90
3. Baju Melayu kelabu ini segak digandingkan dengan samping warna maroon untuk gaya hari lebaran. HARGA: RM69.90
4. Gabungan samping bertona warna sama bakal jadi trend popular Syawal pada tahun ini. HARGA: RM59.90
5. Stail lelaki maskulin bergaya di Hari Raya dengan padanan samping rona ungu. HARGA: RM69.90
6. Baju Melayu hijau pucuk pisang menampilkan gaya sopan seorang jejaka. HARGA: RM69.90
7. Hitam tidak pernah gagal dalam menyerlahkan sisi maskulin seorang lelaki. HARGA: RM69.90
8. Rekaan samping Mikhail yang kaya dengan corak bermotifkan geometri Islamik. HARGA: RM69.90
9. Baju Melayu hijau gelap ini dijangka menjadi antara warna popular di pagi lebaran tahun ini. HARGA: RM69.90
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama pengeluar kaca mata ulung baru-baru ini mengumumkan pelancaran rekaan bingkai kaca mata paling terkini untuk lelaki dan wanita yang diperbuat daripada material berkualiti setanding kaedah pertukangan yang hebat -boleh dilihat menerusi perincian serta jenis material yang digunakan bagi setiap rekaan.
Koleksi optikal SAFILO untuk lelaki dan wanita mengetengahkan penggunaan engsel titanium yang disertai dwi-spring -dihasilkan menerusi evolusi kepakaran unik serta kemahiran teknikal yang pernah dimanfaatkan sekitar 1878 dahulu.
Untuk lelaki perkasa, wajah yang memiliki potongan rahang yang nyata lebih gah andai bingkai yang turut memiliki potongna bingkai lensa yang sedikit melengkung untuk menyerlahkan aura retro atau boleh juga memberanikan diri dengan penggayaang bingkai kaca mata bersegi untuk ketengahkan jiwa maskulin.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.safilo.com]
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.