Graduan Jadi Badut, Warganet Kagum Dengan Usaha Pemuda Ini Sementara Dapat Kerja Tetap

Share

Buat anda yang sudah bekerja pasti pernah berdepan dengan seribu satu kerisauan selepas tamat belajar bukan?

Itulah tempoh di mana hala tuju hidup anda melangkah ke alam dewasa bermula. Titil di mana anda perlu berdikari mencari rezeki untuk kelangsungan hidup dan masa depan.

Tapi pada zaman sekarang mendapat kerja seperti yang diidamkan bukanlah satu perkara mudah. Mendapat kerja yang baik ini bergantung kepada banyak faktor. Antaranya persembahan ketika temuduga, pencapaian akademik, kepetahan bercakap, personaliti menarik dan banyak lagi.

Ramai juga yang terpaksa menganggur dalam tempoh yang lama kerana tak dapat cari kerja. Tapi bukan itu pilihan kepada jejaka ini yang dikenali dengan nama Azmil.

Dia yang baru menamatkan pengajian dan belum ada kerja tetap memilih untuk menjadi seorang penghibur sebagai badut.

Menerusi perkongsian yang tular di Twitter, Azmil berkongsi tentang usahanya untuk mencari wang untuk diri sendiri dan sedikit sebanyak membantu keluarganya.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Tip Tanam Nanas MD2 Jika Mahu Sukses Dalam Bisnes Ini

Sebagai seorang graduan yang baru tamat pengajian pendekatan yang diambil oleh Azmil ternyata mendapat pujian daripada ramai warganet nak memuat naik ciapan balas perkongsian tersebut.

Azmil yang menggunakan tweethandle @MurahRezekiMil ini merupakan graduan dalam bidang Pengrusuan Industri yang bergiat secara aktif menawarkan pelbagai servis selain badut seperti pertunjukan silap mata, membuat belon dan apa sahaja bentuk permainan yang sesuai untuk parti terutamanya bagi majlis meraikan kanak-kanak.

Bergerak bersama grup atau syarikat Clownbadut Entertainment, Azmil turut berkongsi sedikit pengalamannya ketika melayan kanak-kanak.

MASKULIN cukup kagum serta terinspirasi dengan usaha yang ditunjukkan oleh Azmil yang mampu berdikarid an mencari duit sendiri walaupun dalam bidang jauh berbeza yang dipelajarinya di universiti

Jika anda berminat dan ingin menyokong anak muda ini untuk berjaya dalam kerjayanya bolehlah hubungi Azmil menerusi Twitter atau Instagram milikinya.

Syabas buat Azmil yang tidak pernah jemu bekerja keras demi mencari rezeki. Siapa kata graduan tak boleh jadi badut. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan!

Kredit: @MurahRezekiMil

Published by
Farizul Izwany