Foto : Sinar Harian

Usaha Demi Keluarga

Bergelar bekas pemain bola sepak bukan alasan untuk duduk diam tanpa mencari rezeki.

 

Itulah prinsip yang dipegang oleh Mohammad Gopi Rizqi, 36, apabila nekad berniaga air balang sempena bulan Ramadan di Kampung Api-Api, Pontian demi menyara keluarganya.

 

Walaupun pernah menikmati zaman kegemilangan bersama pasukan Pahang, Selangor, JDT dan Melaka United, kini Gopi bangkit dalam cabang rezeki yang berbeza tanpa rasa malu atau segan.

 

Menurut Gopi, keputusan untuk berniaga dibuat selepas gajinya tertunggak selama lapan bulan ketika bermain bersama sebuah pasukan bola sepak tempatan.

Gopi Rizqi Bangkit Berniaga Demi Keluarga, Bukti Lelaki Perlu Terus Berusaha!

Situasi ini memaksanya mencari jalan lain demi memastikan keperluan keluarga terus terjaga.

 

Ads

“Saya tidak menyangka gambar saya berniaga tular di media sosial, tetapi inilah usaha yang saya lakukan untuk memastikan anak dan isteri tidak terputus bekalan makanan,” katanya.

Tanggungjawab Lelaki Tidak Pernah Terhenti

Bapa kepada dua cahaya mata ini membuktikan bahawa tanggungjawab lelaki terhadap keluarga tidak pernah terhenti walau apa pun cabaran yang dihadapi.

 

Walaupun bidang bola sepak bukan lagi punca rezeki utamanya, Gopi percaya usaha keras dan keikhlasan dalam mencari nafkah adalah satu bentuk jihad.

 

Bersama isterinya, Nor Hidayah Roslan, 38, Gopi menjual air balang perisa jagung dan mata kucing di samping kuih-muih yang laris terjual setiap hari.

Ads

 

Kejayaan kecil ini memberi sinar baru buat mereka sekeluarga, sekaligus membuktikan bahawa tiada kerja yang hina selagi dilakukan dengan penuh kejujuran.

Gopi Rizqi Bangkit Berniaga Demi Keluarga, Bukti Lelaki Perlu Terus Berusaha!
Foto : VOCKET

BACA LAGI : Lelaki Hebat Bukan Hanya di Tempat Kerja, Tapi Juga di Hati Anak

Bangkit Tanpa Rasa Malu

Masyarakat sering meletakkan standard bahawa lelaki perlu sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi.

 

Namun, kisah Gopi Rizqi membuktikan bahawa kejayaan sebenar lelaki adalah apabila tidak pernah berputus asa dan sanggup bermula dari bawah demi keluarga.

Ads

 

Dalam pada itu, Gopi yang memegang Lesen Kejurulatihan ‘D’ masih menyimpan hasrat untuk berkongsi pengalaman dan melatih bakat muda dalam bidang bola sepak, jika diberi peluang di masa hadapan.

 

“Buat masa sekarang, fokus utama saya adalah perniagaan ini. Jika ada peluang menjadi jurulatih, saya sedia menyumbang ilmu kepada anak-anak muda di sini,” katanya.

 

Dalam kehidupan, setiap lelaki pasti akan berdepan ujian, namun yang membezakan adalah bagaimana mereka terus berjuang tanpa menoleh ke belakang.

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI