Google Photos Tersebarkan Video Peribadi Pengguna Kepada Orang Ramai!

Share

Anda pengguna Google photo? Ada berita yang kurang sedap untuk di dengar, baru-baru ini pihak Google ada menghantar email kepada penggunanya dan memohon maaf atas masalah yang dihadapinya. Keadaan menjadi kecoh apabila sebahagian video peribadi pengguna dilaporkan tersebar tanpa persetujuan pengguna.

Kami difahamkan kes ini menjadi masalah apabila video yang dimuat naik di share pada pengguna yang lain. Ramai orang pengguna yang skeptikal dengan servis daripada Google meskipun ia sudah diselesaikan oleh pihak mereka. Kes ini berlaku pada 21 sehingga 25 November 2019 lalu.

Namun jangan panik, menurut laporan 9to5Google, ia hanya melibatkan 0.01% pengguna sahaja dan sudah dibaiki semula dan pulih seperti sedia kala.

Fuhhh bahaya juga jika kita simpan gambar dan video secara online, tambah pula jika gambar tersebut mengaibkan. Jadi hati-hati untuk menyimpan gambar.

Sumber: 9to5Google

Published by
L.A