Sekarang tengah hangat drama Netflix penuh drama dan aksi, ‘Squid Game 2’. Jika anda peminat Gong Yoo, pastinya sedar akan kewujudan karakternya sebagai ‘recruiter’.
Bintang Korea Selatan ini sentiasa tampil dengan fizikal yang mantap di layar perak. Kemunculannya sekali gus mencuri tumpuan dalam siri Netflix ‘Squid Game’.
Namun, di sebalik susuk tubuh yang mengagumkan dan populariti antarabangsa, Gong Yoo mempunyai rahsia yang boleh menjadi inspirasi kepada kita semua. Apa bentuk senaman yang diamalkan pada usia sudah menginjak 45 tahun sepertinya?
Dalam episod istimewa ‘Chuseok Pinggyego 2023’, Gong Yoo berkongsi bahawa beliau pernah bergelut dengan kebimbangan yang melampau pada usia 20-an dan 30-an.
Ketika kejayaan besar drama ‘Guardian: The Lonely and Great God’ (Goblin), dia tidak dapat menikmati populariti itu sepenuhnya akibat tekanan mental. Namun, melalui rutin senaman yang konsisten, Gong Yoo berjaya bangkit dan mengukuhkan dirinya, bukan sahaja secara fizikal tetapi juga mental.
Latihan Jadi Kunci Keseimbangan dan Ketenangan
Latihan harian Gong Yoo bukan sekadar untuk tampil hebat dalam watak-wataknya, tetapi juga sebagai mekanisme untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan mental.
Memetik kata-kata jurulatihnya, Tae Sik, Gong Yoo meluangkan dua setengah hingga tiga jam setiap hari di gimnasium. Ini dengan memberikan fokus pada senaman seluruh badan.
Ads
Rutin harian ini membantunya mengekalkan keseimbangan bentuk badan, menguatkan stamina, dan memperbaiki daya tahan tubuh.
Berikut adalah intipati rutin kecergasan Gong Yoo yang boleh anda jadikan inspirasi:
1. Pemanasan (10-15 minit)
Sebelum memulakan senaman berat, Gong Yoo sentiasa mengutamakan pemanasan untuk mengelakkan kecederaan. Pemanasan meningkatkan aliran darah, kadar denyutan jantung, dan fleksibiliti sendi, menjadikan tubuh lebih bersedia untuk aktiviti fizikal.
Senaman Pemanasan Terbaik
Berbasikal atau berjoging
Naik turun tangga
Side step cepat
Lunges dan squats
Ads
2. Senaman Spesifik (1 jam)
Untuk mendapatkan bentuk badan ideal, Gong Yoo memberi perhatian kepada senaman dada dan perut. Latihan seperti chest press, bench press, dan dip machine menjadi pilihan utama beliau. Senaman ini menguatkan otot utama sambil membantu membakar lebih banyak kalori.
Cadangan Senaman Kompaun
Deadlift
Squat
Kettlebell Swings
Overhead Press
3. Kardio (1 jam)
Sebahagian besar masa Gong Yoo di gimnasium dihabiskan dengan senaman kardio, yang penting untuk meningkatkan fungsi kardiovaskular dan kesihatan mental. Aktiviti seperti berlari, berbasikal, atau berenang membantu menguatkan jantung dan menurunkan tekanan darah.
“Kesihatan mental adalah asas kepada kesihatan fizikal. Mulakan langkah kecil hari ini, dan lihat bagaimana ia mengubah hidup anda.” – Gong Yoo
Cara Memperbaiki Keyakinan Diri
Senaman, seperti yang dibuktikan oleh Gong Yoo, bukan sahaja tentang penampilan tetapi juga kesihatan mental.
Ia adalah cara untuk melawan kebimbangan, memperbaiki keyakinan diri, dan menikmati kehidupan yang lebih bahagia.
Jadi, sama ada anda seorang peminat tegar Gong Yoo atau sekadar mencari cara untuk meningkatkan kesejahteraan, tiada masa yang lebih baik untuk memulakan rutin kecergasan anda selain sekarang!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nama Alif Satar dan gerakan ‘Subuh macam Jumaat’ tidak perlu lagi MASKULIN perkenalkan. Gerakan yang diangkat sama-sama oleh selebriti berbakat besar ini menjadi salah satu fenomena yang melanda negara kita.
Sering berkongsi tentang aktiviti Subuh seperti ini di laman media social, Alif Satar baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila menyantuni golongan remaja yang sering dipandang serong oleh sesetengah masyarakat aitu geng basikal lajak.
Menerusi atu hantarannya di laman media social Instagram, Alif Satar berkongsi tentang bagaimana geng basikal lajak yang didekatinya di antara kumpulan yang dating sama-sama solat Subuh berjemah di masjid.
Jelasnya, dia bearsa sangat bangga melihat semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh sekumpulan remaja dengan basikal lajak yang sama-sama mengimarahkan masjid.
BERASA BANGGA
“Geng basikal lajak ni antara yang datang Subuh pagi tadi. Depa kata ‘Kami kayuh sejam mai sini’. Alhamdulillah. Abang bangga dengan adik.
“Diorang ni lah masa depan komuniti masyarakat kita. All they need is some encouragement and support to channel their potential into something positive! IKau ngat senang nak bangun sebelum subuh, kayuh sejam naik basikal yang takda gear?” jelas Alif Satar.
Jelas pelantun lagu “Lelaki Seperti Aku” ini lagi, semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak ini selayaknya mendapat pujian dan harus dijadikan contoh.
“Tahniah adik-adik. Teruskan! Semoga Allah SWT terima segalan amalan korang dan permudahkan urusan untuk masa depan!,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa bangga selain turut berharap agar persepsi negatif terhadap anak-anak muda ini dapat diubah pada masa akan datang.
“Hebat mak ayah mereka didik anak-anak. Selain usaha pihak masjid dan kariah, generasi macam ini kena jaga betul-betul.
Malah ada juga yang terus memberi sokongan dan memuji Alif Satar di atas impak positif yang ditunjukkannya kepada golongan muda.
“Semoga Aliff terus buat kebaikkan dan beri inspirasi kepada yang lain.
“Tak mustahil budak-budak basikal lajak ni nanti pula yang jalankan subuh macam jumaat. Masa itu, Aliff duduk santai je dekat kerusi malas tersenyum sorang-sorang di usia emas mengimbau kenangan manis.
“Generasi masa hadapan. Semoga Allah permudahkan urusan adik ini sentiasa.”
Itulah di antara komen-komen warganet yang rata-rata hadir dengan nada positif. Semoga Gerakan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ akan terus segar dan mekar berkembang di seluruh negara dan dunia.
Tahniah!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nama Ziyad Zolkefli cukup hangat diperkatakan di kalangan warganet dan rakyat Malaysia amnya berikutan insiden kemenangannya ditarik semula di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Lebih mengharukan, Ziyad telah berjaya memecahkan bukan sahaja rekond kebangsaan tetapi rekod dunia bagi kategorinya.
Impian Ziyad untuk menghadiahkan sebutir pingat emas pada Hari Kebangsaan telah ranap akibat berlaku kecelaruan dan masalah teknikal. Namun, rata-rata rakyat Malaysia masih menganggap Ziyad sebagai pemenang sejati.
Lontaran kata-kata semangat tidak putus-putus dikirimkan kepada legenda sukan lontar peluru negara ini dari pelbagai peringkat masyarakat.
Hantarannya yang memohon maaf telah mendapat hampir 15 ribu komen dengan lebih 170 ribu likes. Dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk kepada atlet sepertinya merupakan satu asam garam yang harus dilalui. Itulah yang turut dikongsi oleh seorang lagi legenda sukan tanah air yang juga pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020, Dato’ Azizulhasni Awang.
Dato’ Azizulhasni Awang
Menerusi satu hantaran yang ditujukan khas buat Ziyad, beliau mengucapkan tahniah di atas preatsi cemerlang di Sukan Paralimpik. Azizulhasni juga berharap Ziyad terus bersabar dengan ujian yang harus dihadapai sekarang ini.
“Pertamanya saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada rakan saya Ziyad Zolkefli, di atas prestasi cemerlang memecahkan rekod dunia yang ditonjolkan di Sukan Paralimpik Tokyo. Memang sudah di atas kertas yang Ziyad adalah juara malah memecahkan rekod dunia bukan sesuatu yang mudah.
“Namun saya berharap Ziyad bersabar dengan ujian yang terpaksa di hadapi sekarang ini, sudah tentu ianya bukan suatu keputusan yang mudah untuk diterima,” jelas jaguh sukan lumba basikal yang turut dikenali dengan nama julukan ‘The Pocket Rocketman’.
Beliau juga turut berkongsi pernah berdepan situasi hampiar sama ketika bertanding di Sukan Komanwel New Delhi pada tahun 2010. Kemenangan pingat emasnya telah ditarik dan memberikan tamparan yang cukup hebat.
“Ini realiti dunia sukan. Pelbagai perkara yang diluar jangkaan boleh berlaku. Kadang-kadang ianya adalah kerana kesilapan kita, dan kadang-kadang pula boleh jadi kesilapan dari pihak lawan.
“Dan jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ianya memang sentiasa berlaku di dalam dunia sukan ini. Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan,” tambahnya lagi.
Jelas Azizulhasni lagi, kejadian seperti yang berlaku kepada Ziyad memang amat pahit untuk ditelan. Sebagai rakan atlet, beliau menasihatkan Ziyad untuk menerimanya sebagai Qada’ dan Qadar. Malah terus berusaha dan tidak berputus asa.
Semoga kata-kata dari atlet legenda tanah air ini mampu memberikan semangat dan motivasi kepada Ziyad untuk terus gigih dan memberikan yang terbaik di masa akan datang.
Sementara itu dalam hantaran terbaru Ziyad, dia memuat naik foto dengan kapsyen, “Saya akan bangkit kembali. Terima kasih kerana memberi kata-kata semangat”.
Di sebalik penularan wabak COVID-19 muncul seribu satu kisah kebaikan yang dilakukan orang pelbagai individu dari latar belakang berbeza.
Hampir kesemua masyarakat global kini cukup menghormati frontliners atau barisan hadapan yang berjuang habis-habisan di hospital, di jalan raya dan di mana sahaja bagi memastikan keselamatan orang ramai.
Begitu juga dengan kisahnya seorang guru dai Watford, United Kingdom ini. Raafferty Gunn telah memilih cara yang cukup unik bagi memberikan sokongan serta meraih bantuan daripada orang ramai.
Apa yang uniknya dia melakukan larian pada jarak marathon di belakang rumahnya sambil memakai sandal Crocs. Menurut Refferty dia sepatutnya menyertai acara London Marathon yang berlagsung pada 26 April lalu. Namun disebabkan penularan wabak ini acara tersebut telah ditunda.
Lalu muncul idea untuk dia melakukan juga larian tapi dengan cara berbeza. Larian yang dilakukan di belakang rumah dengan memakai Crocs ini dianggap sebagai sebuah tribute kepada pasukan barisan hadapan National Health Service (NHS) UK yang telah bertarung nyawa di segenap hospital merawat pesakit COVID-19.
“Mereka yang bekerja di pasukan perubatan berdepan dengan cabaran rasa tidak selesa kerana perlu memakai PPE dan bekerja lebih masa. Jadi saya fikir untuk cuba merasai kesusahan mereka dengan berlari marathon dengan memakai Crocs.
“Sambil itu saya turut meningkatkan kesedaran orang ramai dan mengumpul dana bantuan untuk mereka,” jelas Raffert yang turut terharu di atas sokongan luar biasa diberikan kepadanya.
Pada asalnya dia hanya menyasarkan untuk mengutip sebanyak GBP1,000 (RM5,328) sahaja namun kini ia kini mencecah lebih dari 10 kali ganda amauan tersebut.
Lebih menarik lagi dia turut dihubungi oleh CEO Crocs menerusi Linkeln dan turut memberikan sumbangan. Dia turut menerima 12 pasang Crocs baharu untuk membantunya melakukan larian.
Salah satu pasang Crocs dimilikinya turut memaparkan simbol NHS sebagai tribute kepada mereka. Sehingga kini Rafferti telah meraih sebanyak GBP11,800 menerusi dana terkumpul di GoFundMe.
Sumber: Rafferty Gunn Instagram
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.