Berita

Go Hub Sasar Jadi Penyedia Penyelesaian IT Pengangkutan Terhebat Di Malaysia

Share

Melancarkan prospektus bagi syarikat Go Hub Capital Berhad (Go Hub) merupakan satu langkah cukup signifikan dalam perniagaan mereka.

Sebagai penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) pengangkutan utama di Malaysia, Go Hub kini dalam perjalanan untuk menjadi tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.

Hari ini, Go Hub mengumumkan pelancaran prospektus. Dengan pelancaran IPO yang dinanti-nantikan, mereka berkata telah bersedia untuk mencipta nama di arena awam.

Go Hub bukan sekadar penyedia penyelesaian IT biasa. Sejak penubuhannya, mereka telah menyediakan penyelesaian IT yang disesuaikan khusus untuk industri pengangkutan, terutamanya dalam segmen bas dan rel.

Tidak hanya berhenti di situ, Go Hub juga menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan terminal yang komprehensif, memastikan setiap pelanggan menerima penyelesaian terbaik dan menyeluruh.

SASARAN PEMASARAN

Dengan pelancaran IPO ini, Go Hub menyasarkan untuk mengumpul RM37.51 juta melalui terbitan 107.18 juta saham baharu. Dana yang diperoleh akan digunakan untuk:

Meningkatkan usaha pemasaran untuk memperkukuh keterlihatan jenama dan meningkatkan penglibatan pelanggan melalui kempen yang disasarkan dan acara industri.
Menambah baik kecekapan operasi secara keseluruhan untuk mencapai kecemerlangan korporat.

Permohonan untuk IPO telah dibuka bermula jam 10.00 pagi hari ini dan akan ditutup pada 20 Jun 2024. Go Hub dijangka disenaraikan di Pasaran ACE pada 3 Julai 2024. Pada harga IPO RM0.35 setiap saham, Syarikat akan mencapai permodalan pasaran sebanyak RM140.0 juta.

Encik Tan Cherng Thong, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Go Hub, berkongsi kegembiraannya, “Pelancaran Prospektus ini adalah pencapaian penting bagi Go Hub.

BACA: Dibuli Ketika Sekolah, Adli Goldenboy Kunci Mulut Pembuli Dengan Kemenangan Tinju

“Kami telah berada dalam industri pengangkutan sejak 2011, dan penyenaraian ini selaras dengan visi kami untuk memperluaskan operasi, meningkatkan penyelesaian kami, dan meluaskan jangkauan kami ke pasaran antarabangsa. Kami optimis tentang masa depan dan peluang yang dibuka oleh IPO ini.”

Pengarah Urusan Pasaran Modal UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd, Encik Tan Meng Kim, turut memberikan sokongan penuh, “Dalam era transformasi digital ini, kami berada pada kedudukan yang sangat baik untuk memanfaatkan peluang ini.

“Visi strategik dan kehebatan teknologi mereka memastikan pertumbuhan berterusan dan kepimpinan dalam sektor penyelesaian IT pengangkutan awam.”

Syarikat ini turut  menunjukkan pertumbuhan yang konsisten, berkat kepakaran Kumpulan dalam membangun dan melaksanakan penyelesaian IT yang komprehensif.

Ia termasuklah untuk pengangkutan awam, termasuk sistem TOS, BOS dan Automated Fare Collection (AFC). Komitmen Syarikat terhadap kualiti, kecekapan, dan inovasi telah menjadikannya sebagai pembekal yang dipercayai di Malaysia.

UOB Kay Hian Securities (M) Sdn. Bhd. ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk Go Hub. Dengan sokongan yang kukuh ini, Go Hub bersedia untuk melangkah ke hadapan dan mencapai kejayaan yang lebih besar.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim