
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rakan-Rakan Artis Banjiri Ruang Komen Doakan Harris Annuar Cepat Sembuh

Penularan wabak COVID-19 masih lagi menjadi musuh di dalam komuniti kita. Saban hari kita menyaksikan jumlah kes yang masih lagi tinggi dicatatkan di seluruh negara. Kadangkala dengan pelbagai langkah pencegahan diambil, kita juga masih berisiko dan terdedah kepada virus ini. Terbaru, artis meningkat naik, Harris Annuar mengesahkan dirinya telah didapati positif COVID-19. Lantaran itu rakan-rakan artis turut bersoladariti mendoakan kesembuhan kepadanya dengan segera.
Harris berkongsi berita tersebut pada hari ini menerusi satu hantara di laman Instagram kendaliaannya. Menerusi hantaran pada pagi tadi, Harris menyatakan dia telah didapati positif selepas menjalani saringan pertama pada 3 Januari dan keputusannya diketahui hari ini, 4 Januari 2021.
Pada hari ini juga, Harris turut berkongsi satu lagi hantaran video dirinya menjalani ujian calitan kali kedua di sebuah klinik swasta di Bangi.
BACA: Kayuh Dari Shah Alam Ke Langkawi, Harris Annuar Jadi Selebriti Pertama Lakukannya!
“Sesiapa yang contact rapat dengan Harris selama 2 minggu yang terkahir boleh pergi untuk menjalani ujian COVID-19 di klinik berdekatan. Setakat ini Harris masih menunggu panggilan rasmi dari pihak KKM untuk tindakan selanjutnya”.
Menerusi hantaran video pula, Harris mohon maaf sekiranya dirinya telah memberi kesan kepada orang terdekat atau contact rapat dengannya.
“Dengan rasa rendah dirinya Harris memohon maaf jika menyusahkan semua. Untuk yang bertanyakan tentang khabar Harris, Alhamdulillah, Harris sekarang ni okay, cuma badan je lemah sikit.
“Semalam bila buat test dan didapati tested positif, Harris rasa jantung ni macam nak drop je, tapi takapa Harris percaya semuanya ada hikmah atas segalanya,” jelasnya lagi.
Lantaran perkongsian tersebut, ahli keluarga, rakan-rakan artis serta peminat serta pengikutnya di laman media sosial membanjiri ruang komen memberikan kata-kata semangat buatnya.
“Stay strong brother” – Safwan Nazri
“Syafakallah bro…” – Alif Satar
“Moga segalanya dipermudahkan bro. InsyaAllah, Amin” – Fendy Bakry
“Allahuakhbar…. syafakallah brother” – Hun Haqeem
“inshaallah sembuh segera haris, banyak doa, banyak rehat, u @harrisannuar . Allah ada dengan mu” – PU Amin
MASKULIN turut ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berjuang Harris. Get well soon!
Follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Panduan Pilih ‘Spek’ Mata Hitam Sebelum Membelinya Agar Wajah Tampan Lebih Menyerlah

Ramai mengenalinya dengan bahasa pasar, ‘spek’ hitam.
Bagi lelaki ‘spek’ atau cermin mata hitam atau juga ‘shades’ kini bukan lagi bertindak sebagai pelengkap gaya semata. Ia kini dilengkapi dengan kanta yang bukan sahaja boleh membantu kadar penglihatan lebih baik untuk pelbagai keadaan malah mampu memberikan perlindungan terhadap bahaya cahaya UV.
Ia merupakan item fesyen yang tidak akan lapuk dek panas dan pasti digunakan sepanjang masa oleh lelaki. Dan cermin mata hitam kini juga ]boleh menjadi sebagai salah satu aksesori menyerlahkan personaliti pemakainya menerusi rekaan bingkas, warna kanta dan juga corak yang terdapat pada rekaan.
Memadankan kaca mata dengan pakaian adalah cara yang paling pantas, berkesan, mudah serta lebih menjimatkan untuk menyerlahkan lagi penampilan gaya maskulin anda agar lebih hebat, terutama untuk anda yang ingin nampak berbeza di hari raya.
Kini terdapat kaca mata yang bingkainya diperbuat daripada bahan yang paling eksklusif dan unik seperti tanduk asli dan pelbagai bahan lagi. Rekaan ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit, tetapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit.
Di sini MASKULIN ingin kongsi panduan asas untuk anda memilih cermin mata hitam sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Jika betul pilihan, penampilan anda akan jadi jauh bertambah kacak dengan gaya bercermin mata hitam. .
FAKTOR SAIZ
Jika ingin memiliki cermin mata yang tampak seimbang dengan bentuk muka, pastikan bahagian atas bingkai sama ada selari dengan kening atau berada sedikit di bawah kening. Bingkai cermin mata yang berada di atas kening akan tampak seolah-olah kening anda berganda dan keadaan ini membuatkan anda tampak macam orang terkejut.
Bahagian tepi bingkai, iaitu tangkai atau batang bingkai tidak sepatutnya nampak terlalu terkeluar daripada wajah sisi anda.
Bahagian bawah bingkai tidak sepatutnya mencecah pipi. Kesilapan inilah yang sering berlaku. Cermin mata yang terletak terlalu rendah pada pipi membuatkan mata seperti terapung pada bahagian atas cermin. Mata anda sepatutnya berada ditengah-tengah cermin.
BENTUK HIDUNG
Hidung panjang yang kecil boleh diberikan ilusi sedikit pendek jika kita memilih cermin mata yang sesuai. Jadi anda perlu pilih reka bentuk perangkai yang rendah. Bagi hidung yang pesek dan penyek pula, pilihlah perangkai yang berbentuk tinggi untuk membentuk ilusi hidung yang panjang dan kecil.
MATA
Pastikan jarak mata yang jauh boleh didekatkan dengan memakai cermin mata berwarna gelap dan berbingkai berat. Bagi memberikan ilusi sepasang mata yang jauh bagi mereka yang punyai sepasang mata yang dekat, pilihlah perangkai yang cerah dan lut sinar.
TAHAP BERAT
Jika anda berbadan rendah dan mempunyai raut wajah yang lembut, wajah anda mungkin akan tenggelam pada cermin mata yang berat. Pilihan yang tepat adalah cermin mata berbingkai kecil dengan buatan metal yang ringan atau cermin mata tanpa bingkai adalah lebih menarik.
Tetapi jika anda berbadan besar dan mempunyai rangka yang besar, memakai cermin mata kecil tampak seperti tidak kena. Oleh itu, pilih cermin mata yang besar dengan bingkai yang berat untuk memberi keseimbangan secara keseluruhan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
“Anda Degil Negara Sengsara!” Tentera Bakal Dikerah Bantu Polis Pantau Perintah Kawalan Pergerakan

Agak mengecewakan apabila tersebar di laman media sosial video serta foto segelintir masyarakat yang mengambil remeh arahan kerajaan untuk duduk di rumah dan jangan keluar tanpa sebarang sebab penting.
Perkara ini bukan sahaja berlaku di kawasan bandar malah di kawasan kampung-kampung juga. Ia hanyalah minoriti tetapi tahukah mereka bahawa impaknya yang cukup besar jika Coronavirus terus merebak?
Melihat situasi yang semakin serius kerajaan kita menerusi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan bahawa pasukan tentera akan dikerah dan diturunkanbagi membantu pihak polis untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi sehingga 31 Mac.
“Polis telah melaporkan terdapat peningkatan pematuhan arahan tersebut daripada rakyat jadi kita berharap dapat melihat lebih lagi apabila tentera digerakkan kelak.
“Namun, terdapat kes individu yang masih tidak mengendahkan arahan tersebut, buat masa ini hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan,” katanya dalam sidang media pada pagi tadi.
Dalam masa yang sama beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan telah mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.
Tambahnya, ia tiada dalam perancangan kerajaan pun untuk umumkan darurat. “Tiada aset digerakkan pun digerakkan sekarang seperti berita palsu yang tular di laman media sosial,” tambahnya yang kecewa dengan berita palsu tersebut.
Kami di team MASKULIN sekali lagi menyeru anda semua, #JomDudukRumah. Sama-sama kita halang penularan wabak Covid-19 menjadi lebih teruk. Keluar hanya perlu dan hadkan pergerakan.
Stay safe everyone!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI