Kemunculan Kurt Cobain bersama band Nirvana telah banyak mengubah lanskap muzik popuar pada era 90-an dahulu. Malah impak yang dibawa oleh Kurt Cobain dapat dirasai hingga ke hari ini.
Vokalis legenda ini telah banyak memberikan pengaruh kepada pemuzik-pemuzik pada hari ini merentasi pelbagai genre. Di antara persembahannya yang cukup diingati sehingga ke hari ini ialah ‘Nirvana MTV Unplugged in New York’ pada tahun 1993.
Jika ditanya peminat muzik amnya apakah persembahan dari siri MTV tersebut paling diingati pasti nama Nirvana akan menjadi antara yang pertama muncul dibibir mereka.
Dengan reputasi tersebut maka tidak hairanlah apabila gitar akustik yang digunakan oleh Kurt Cobain untuk persembahan tersebut dilelong dengan harga yang sangat tinggi.
Pada bulan Mei lalu, gitar Kurt Cobain dari siri 1959 Martin D-18E telah mula dilelong pada harga USD1 juta di Julein’s Acution. Namun hasil lelongan gitar tersebut naik sehingga enam kali ganda kepada USD6 juta (RM25.6 juta).
Turut dilelong bersama gitar tersebut ialah kotak hard-shell gitar. Lelongan ini sekali gus menjadikan gitar Kurt Cobain sebagai gitar yang paling mahal pernah dijual.
Namun di sebalik lelongan ini muncul sedikit kontroversi tentang pemilik sebenar gitar tersebut. Ini kerana anaknya Frances Bean dan bekas isterinya, Courtney Love memfailkan tuntuan ke atas gitar ini.
Gitar tersebut kini menjadi milik pengasas jenama audio mikrofon RODE, Peter Freedman. Dai dilaporkan ingin membawa gitar tersebut sebagai item pertunjukan bagi meraih dana untuk pelbagai kegioatan seni oleh badan keseniaan bebas.