Nampaknya keterujaan rakyat Malaysia terhadap boba tea tak akan reda dalam waktu dan tempoh masa terdekat.

Malah stiap hari ada sahaja produk-produk terbaru diperkenalkan di pasaran. Jadi tak hairanlah sampai ada yang sudah bikin senarai boba tea yang wajib dicuba bak permainan binggo.

Terbaru jenama popular yang sinonim dengan seleksi kek mereka yang cukup lazat iaitu Secret Recipe tampil memperkenalkan Boba Series. Melihatkan trend terkini, Secret Recipe nampaknya tak ingin terlepas untuk menawarkan produk yang dijangka mendapat sambutan yang cukup hangat terutamanya di kalangan orang muda.

Untuk Boba Series ini, Secret Recipe memperkenalkan sebanyak 8 jenis minuman berbeza khusus buat penggemar boba tea dan minuman boba kepada pengguna di seluruh negara. Selain teh terdapat minuman boba yang berperisa cham, kopi dan juga teh buah.

IKLAN

Giliran Secret Recipe Pula Perkenal Boba Tea Dengan Boba Series Di Pasaran

Harga yang ditawarkan juga agak berpatutan dan cukup kompetitif di pasaran iaitu di antara RM6.50 sehingga RM10.40, bergantung kepada saiz dan juga topping pilihan. Difahamkan Boba Series ini akan mula berada di pasaran bermula pada 1 Julai 2019.

BACA: 6 Minuman Berkhasiat Yang Boleh Menyejukkan Badan

IKLAN

SENARAI MINUMAN BOBA SERIES

  • Boba Milk Tea
  • Boba Caramel Milk Tea
  • Boba Brown Sugar Milk Tea
  • Boba Brown Sugar With Milk
  • Boba Cham
  • Boba Kopi-C
  • Boba Midnight Blue
  • Boba Signature Fruit Tea

Giliran Secret Recipe Pula Perkenal Boba Tea Dengan Boba Series Di Pasaran

Namun begitu hanya 39 cawangan Secret Recipe sahaja yang menawarkan Boba Series di seluruh negara. Anda boleh rujuk senarai rangkaian Secret Recipe yang menawarkan minuman ini di sini.

IKLAN

Walai bagaimanapun Secret Recipe telah membuat soft launch siri minuman ini di beberapa cawangan sekitar Lembah Klang seperti Midvalley, Nilai, Balakong, Setiawangsa, PJ New Town dan Taman Puncak Jalil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GMS (@gambarmakanansedap) on

Buat ‘penggila’ boba tea, mungkin inilah minuman seterusnya yang bakal jadi sasaran anda. Persoalannya adakah ia akan menyebabkan que menjadi panjang nanti? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI