Gaya Hidup

Geng Subuh Macam Jumaat: Alif Satar Sasar Perluaskan Ke UK

Share

Alangkah indahnya jika kempen #GengSubuhMacamJumaat dapat diperluas kepada masyarakat Islam di United Kingdom, demikian hasrat Alif Satar yang menjadi pencetus kempen itu.

“Mesti bagus kalau buat dekat sana, kalau di Malaysia kita boleh tarik berpuluh ribu orang datang, insya-Allah kita cuba,” katanya menerusi laporan Astro Awani.

“Benda ni sangat organik dan tak payah rancang sangat. Macam sebelum ini Alif letak di Instagram sahaja esok nak pergi masjid mana, esoknya ramai yang datang, itulah keindahan #GengSubuhMacamJumaat ni”.

Alif juga akan bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di United Kingdom bagi merealisasikan inisiatif berkenaan yang akan menggunakan templat serupa antaranya aktiviti joging selepas selesai solat subuh.

Kempen #GengSubuhMacamJumaat merupakan sebuah gerakan mengajak orang ramai untuk hadir mendirikan solat subuh secara berjemaah di masjid sehingga jumlah jemaah kelihatan ramai seakan-akan waktu solat Jumaat.

Idea mengimarahkan masjid itu tercetus bermula dari ajakan Alif Satar di laman Instagram dan menjadi fenomena sehingga mendapat perhatian dan kerjasama dari pelbagai organisasi rasmi.

Sumber: Astro Awani

BACA: Betulkan Niat Sertai “Geng Subuh Macam Jumaat”, Rugi Jika Tidak Berterusan- Dr Kamilin Jamilin

 

Published by
Ruszaini Ruslan