Hobi & Minat

Gemuk Air, Punca Dan 8 Cara Atasinya!

Share

Gemuk air adalah masalah yang sering dihadapi oleh ramai lelaki tanpa mereka sedari. Ia merujuk kepada keadaan di mana tubuh menyimpan lebihan air, menyebabkan penambahan berat badan dan pembengkakan di beberapa bahagian badan.

Walaupun tidak berbahaya, gemuk air boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mengurangkan keyakinan diri.

Punca gemuk air

Ketahui beberapa punca terjadinya gemuk air ini:

1. Makanan tinggi garam

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, amalkan diet rendah garam dan tinggi potassium. Fokus pada pengambilan buah-buahan dan sayuran segar.

2. Tekanan kehidupan

Jika korang selalu stres, ini akan menyebabkan badan menyimpan lebih banyak air. Korang boleh hilangkan tekanan dengan cara bernafas dengan betul atau keluar berjalan kaki dengan pantas untuk menenangkan fikiran.

3. Senaman intensiti tinggi

Senaman berat boleh menyebabkan banyak trauma terhadap tubuh badan, maka ia akan melalui proses penyembuhan. Apabila inflamasi berlaku, air yang banyak akan disimpan dalam badan sehingga proses penyembuhan selesai. Rehat tu penting guys!

4. Terlalu banyak fiber atau serat

Faktor yang perlu diawasi jika korang nak kurangkan gemuk air adalah pengambilan serat atau fiber. Sekiranya nak lebihkan pengambilan sayur-sayuran, lakukan secara beransur-ansur. Buat penambahan sebanyak 5 gram sehari sehinggalah korang mencapai sasaran yang dikehendaki.

Macam mana nak kurangkan gemuk air?

1. Kurangkan karbohidrat

2. Tingkatkan pengambilan air untuk membuang semula air yang berlebihan dalam badan.

3. Kurangkan pengambilan garam.

4. Hadkan pengambilan cecair 1-2 hari. Bukan tak boleh minum air tapi mengehadkan pengambilan air dalam sehari dua supaya kelihatan lebuh langsing.

Hati-hati: Jika dah kurangkan pengambilan air, kurangkan juga aktiviti fizikal kerana risiko berasa pening dan pitam adalah tinggi.

5. Produk diuretik untuk tingkatkan pembuangan urine. Tapi sebelum menggunakan cara ini, pastikan dapat nasihat doktor terlebih dahulu okay?

6. Amalkan makan pisang. Potassium adalah lawan kepada sodium (garam). Ia penting untuk mengawal keseimbangan bendalir badan.

7. Amalkan bersenam. Cuba bersenam setiap hari untuk meningkatkan degupan jantung dan mengeluarkan peluh. Bersenam dapat membantu keseimbangan air dalam badan.

8. Banyakkan pengambilan buah dan sayuran. Tapi harus hati-hati juga ya sebab pengambilan serat secara berlebihan kerana perlu seimbang antara serat protein dan karbo.

Macam mana dengan penjelasan ini? Harapnya dapat membantu anda dan memberi manfaat kepada semua. Jangan stres sangat ok? Sebab ada good news, gemuk air juga katanya lebih mudah untuk kurus berbanding gemuk lemak.

Sumber: mrtengkuasmadi.com

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Nana