8 Panduan Atasi Gemuk Air

 Perkongsian dari blog kesihatan Mr Tengku Asmadi mengenai masalah gemuk air dan cara mengatasinya.

Gemuk Air Mudah Kurus, Ini 8 Cara Selamat Dan Berkesan

1. KURANGKAN KARBOHIDRAT

Langkah pertama dan yang paling selamat untuk dehidrasi atau mengurangkan air dalam sistem badan anda dan menghadkan jumlah kandungan cecair ialah dengan mengurangkan karbohirat.

Setiap gram karbohidrat yang tersimpan di dalam badan anda turut membawa 2-3 gram air. Jadi jika anda dapat membuang lebihan karbohidrat tersebut ber- makna kandungan air itu juga dapat disingkirkan.

Sebab itulah mereka yang memulakan diet rendah karbohidrat akan melihat berat badan mereka menurun secara mendadak pada permulaan diet tersebut.

Lakukan diet rendah karbohidrat dalam tiga atau empat hari untuk menyingkir kandungan air adalah satu strategi yang bijak dan berkesan.

Tapi ingat: apabila anda tingkatkan semula pengambilan karbohidrat, kandungan air badan akan bertambah semula.

Kurus elak nasi?

Kalau anda elak makan nasi atau sumber karbohidrat ala-ala diet Atkins, penurunan berat badan pada awalnya hasil daripada pembuangan air sebenarnya dan jika anda mengambil karbohidrat selepas itu berat akan naik semula dengan cepat. Hati-hati dalam memilih plan diet anda.

 

2. TINGKATKAN PENGAMBILAN AIR

 

Kalau anda tidak cukup pengambilan cecair secara am, badan akan cuba meny- impan sebanyak mungkin untuk keselamatan anda. Jadi untuk membuang air berlebihan tersebut, tingkatkan pengambilan cecair. Banyak mana yang anda perlu minum?

IKLAN

Lihat kepada warna urine anda. Pastikan ia lebih jernih daripada kekuningan.

Gemuk Air Mudah Kurus, Ini 8 Cara Selamat Dan Berkesan

3.KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Sekarang anda sudah pun tahu bahawa garam menjadi penyumbang besar ke- pada masalah gemuk air dan juga hypertension. Maka untuk kurangkan kesan garam terhadap badan anda, kurangkanlah pengambilannya.

 

4.HADKAN PENGAMBILAN CECAIR 1-2 HARI.

Apa, kurangkan air? Bukan tadi baru suruh minum air lebih?

Langkah seterusnya, anda perlu menghadkan pengambilan cecair/air. Langkah ini agak membahayakan dalam misi menyingkirkan air, maka anda mesti berhati-hati.

Anda tidak harus menghadkan pengambilan air dalam jangka panjang. Cukup untuk sehari dua sahaja anda kurangkan pengambilan air, supaya kelihatan lebih langsing.

IKLAN

Tapi hati-hati! Jika anda merancang untuk mengurangkan pengambilan air, pastikan anda kurangkan aktiviti fizikal, kerana risiko anda berasa pening dan pitam adalah tinggi.

 

5.PRODUK DIURETIK UNTUK TINGKATKAN PEMBUANGAN URIN

Cara yang terakhir untuk mengawal gemuk air ialah dengan mengambil produk diuretik.Ini akan menyebabkan peningkatan dalam pembuangan air kencing. Cara ini amat berkesan untuk memerah kandungan air dalam badan anda, tetapi ini bukan cara yang selamat untuk dipraktikkan.

Anda hanya boleh mempertimbangkan cara ini jika anda sudah berbincang dengan doktor anda dan akan menggunakannya dalam jangkamasa yang sangat pendek.

Selain itu, ini hanya dilakukan oleh mereka yang perlu benar-benar langsing, contohnya mereka yang bertanding dalam bina badan atau pertandingan-pertandingan sepertinya.

Kini anda sudah mengetahui perkara-perkara utama tentang teknik terperinci untuk mengurangkan gemuk air dan kelihatan selangsing mungkin. Lakukan sedikit demi sedikit dengan berhati-hati supaya keselamatan anda terjamin.

IKLAN

 

6.AMALKAN MAKAN PISANG

Potassium adalah musuh atau lawan kepada sodium (garam). Potassium penting untuk mengawal keseimbangan bendalir badan. Pisang memang sering menjadi makanan kegemaran atlit-atlit kerana ia kaya dengan potassium untuk stabilkan bendalir badan.

Gemuk Air Mudah Kurus, Ini 8 Cara Selamat Dan Berkesan

7. AMALKAN SENAMAN

Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.

Gemuk Air Mudah Kurus, Ini 8 Cara Selamat Dan Berkesan

8. PERBANYAKKAN PENGAMBILAN SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN

Pengambilan sayur-sayuran dan  buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.

Hati-hati: Jangan terlalu banyak mengambil serat secara berlebihan yang penting adalah seimbang antara serat protein dan karbo.

Macam mana sudah dapat panduan atasi gemuk air anda?Jika panduan ini bermanfaat silakan share dengan sahabat yang lain moga mereka juga dapat atasi gemuk air.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI