Makanan berlemak, pedas, berasid, berangin, coklat, bawang, kopi dan minuman berkarbonat sememangnya kegemaran Malaysia. Bak kata sesetengah orang, kalau tak pedas tak ‘kick’, malah ada yang berulam cili padi dengan menggigitnya sewaktu dimakan bersama nasi. Memang enak makan berasaskan makanan seperti itu, apatah lagi ia sememangnya selera Asia. Namun tahukah anda, memakan makanan berkenaan tanpa pemantauan sepatutnya boleh menyebabkan seseorang itu diserang simptom pedih hulu hati atau refluks gastroesofagus (GERD).
Masalah ini menjadikan penyakit ini kerap berlaku di Asia dan makin meningkat disebabkan perubahan diet, obesiti dan tekanan. Menurut Gastroenterologi Ubat Dalaman, Hospital Universiti Santo Tomas, Dr Denis C Ngo, pakar perubatan kini melihat peningkatan bilangan kes keadaan gangguan gastrousus (GI) teruk dan kronik seperti GERD, ulser peptik dan pedih hulu hati. Di Filipina, kelaziman esofagitis menghakis (radang esofagus disebabkan GERD) meningkat daripada 2.9 peratus kepada 6.3 peratus dalam tempoh enam tahun.
“Di Malaysia, penyakit ini meningkat dua peratus kepada 8.4 peratus dalam tempoh 10 tahun manakala kajian trend semasa menunjukkan kadar esofagitis di Taiwan meningkat lebih dua kali ganda iaitu lima peratus kepada 12.6 peratus dalam tempoh tujuh tahun.
“Selain pedih hulu hati, pesakit GERD dan GI mengalami kesukaran menelan (disfagia), kekurangan tenaga, gangguan tidur dan kualiti hidup lebih rendah berbanding keadaan penyakit kronik lain seperti kencing manis, artritis atau kegagalan jantung kongestif,”