Makanan berlemak, pedas, berasid, berangin, coklat, bawang, kopi dan minuman berkarbonat sememangnya kegemaran Malaysia. Bak kata sesetengah orang, kalau tak pedas tak ‘kick’, malah ada yang berulam cili padi dengan menggigitnya sewaktu dimakan bersama nasi. Memang enak makan berasaskan makanan seperti itu, apatah lagi ia sememangnya selera Asia. Namun tahukah anda, memakan makanan berkenaan tanpa pemantauan sepatutnya boleh menyebabkan seseorang itu diserang simptom pedih hulu hati atau refluks gastroesofagus (GERD).
Masalah ini menjadikan penyakit ini kerap berlaku di Asia dan makin meningkat disebabkan perubahan diet, obesiti dan tekanan. Menurut Gastroenterologi Ubat Dalaman, Hospital Universiti Santo Tomas, Dr Denis C Ngo, pakar perubatan kini melihat peningkatan bilangan kes keadaan gangguan gastrousus (GI) teruk dan kronik seperti GERD, ulser peptik dan pedih hulu hati. Di Filipina, kelaziman esofagitis menghakis (radang esofagus disebabkan GERD) meningkat daripada 2.9 peratus kepada 6.3 peratus dalam tempoh enam tahun.
Ads
“Di Malaysia, penyakit ini meningkat dua peratus kepada 8.4 peratus dalam tempoh 10 tahun manakala kajian trend semasa menunjukkan kadar esofagitis di Taiwan meningkat lebih dua kali ganda iaitu lima peratus kepada 12.6 peratus dalam tempoh tujuh tahun.
Ads
Ads
“Selain pedih hulu hati, pesakit GERD dan GI mengalami kesukaran menelan (disfagia), kekurangan tenaga, gangguan tidur dan kualiti hidup lebih rendah berbanding keadaan penyakit kronik lain seperti kencing manis, artritis atau kegagalan jantung kongestif,”
Kelaziman pesakit GERD lebih tinggi di Asia. Keadaan ini membimbangkan sehingga pesakit bukan hanya memerlukan kelegaan cepat bagi keadaan GI, malah rawatan berkekalan menggunakan perencat pam proton (PPI) dalam jangka panjang. PPI disahkan sebagai rawatan asas kawalan dan pengurusan GI berkaitan asid kronik. Ia merencatkan enzim (susu protein dalam sel perut yang menghasilkan asid) bagi merembeskan asid.
“Kajian menunjukkan tidak semua PPI merencat keberkesanan clopidogrel pada tahap sama. Penemuan ini mempunyai implikasi mendalam berkenaan bagaimana doktor boleh memilih PPI lebih selamat,” Hasil data keselamatan yang dikeluarkan doktor dan pesakit mempunyai lebih jaminan bahawa terapi PPI selamat digunakan untuk rawatan jangka masa panjang bagi GERD dan keadaan gastrousus teruk.
Makanan dan minuman yang perlu dielak jika anda menghidap GERD
Arak
Minuman berkafein
Minuman berkarbonat
Coklat
Buah-buahan sitrus
Perasa pudina
Makanan lemak atau bergoreng
Makanan pedas, terutama berperisa bawang putih dan bawang merah
Makanan berasaskan tomato seperti piza atau sos spageti atau cili
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sabah merupakan Negeri Di Bawah Bayu yang sangat terkenal dengan kepelbagaian etnik dan tempat-tempat yang menarik.
Jika anda nak merasa percutian menarik di Sabah, inilah masanya! Mungkin sebelum ini anda biasa pergi tempat yang ramai orang dan biasanya akan melawat pulau-pulau di negeri itu.
Antara lokasi pulau percutian yang sering mendapat perhatian ramai adalah di sekitar kawasan Sipadan, Sibuan, Mataking dan Semporna.
Percutian Menarik Di Sabah, Lelaki Ini Jumpa Tempat Best Tersembunyi!
Bagi mereka yang ingin berada di tanah besar, pantai Simpang Mengayau adalah tempat yang sesuai untuk pengunjung pantai yang ingin menikmati pantai pasir putih, kejernihan air biru dan pemandangan yang tenang.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rider Chris telah pun berkongsi tempat menarik tersembunyi di Sabah.
Paling penting, disini juga banyak port yang menarik untuk korang ber’OOTD’. Sudah tentu gambar korang akan menjadi lebih cantik dengan pemandangan semula jadi di persisiran pantai.
Hanya kira-kira 2 kilometer dari pantai ini, korang boleh menjejaki northernmost point di Pulau Borneo dan berada di sempadan terdekat antara Filipina dan Malaysia sambil melihat pemandangan panorama Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Terdapat banyak chalet, kafe, restoran, tandas awam dan tempat ini juga menjadi antara lokasi melihat matahari terbenam yang sangat indah. Penting untuk korang tahu juga, di kawasan ini juga hanya transaksi tunai diterima kerana liputan internet yang terhad. Jadi, bawa wang tunai siap-siap ya.
PAMERAN Sukan dan Kecergasan Antarabangsa (Misfit 2018) yang akan diadakan sepanjang tahun ini menjadi platform terbaik dan terbesar bagi syarikat peneraju industri sukan tempatan memperkenalkan produk mereka di peringkat antarabangsa.
Tujuan utama penubuhan Malaysia International Sports & Fitness Fair(MISFIT) 2018 adalah untuk menjadikan Malaysia satu hub sukan, negara sukan, menggalakkan sektor perlancongan sukan dan seterusnya menjadikan rakyat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Expo ini dirancang untuk dijadikan acara tahunan dan dapat mengumpulkan semua pengeluar utama didalam bidang sukan, kecergasan, industri kesihatan. Ini termasuklah pengeluar industri tempatan dan luar negara seperti:
Pakaian sukan & aksesori kelengkapan sukan & fasiliti Pendidikan sukan Pertandingan sukan & acara Makanan tenaga & kesihatan Pemulihan sukan & santai E-Sukan
Expo ini akan berlangsung pada 3hb – 5hb Ogos 2018 di PWTC, Kuala Lumpur dan Persada Johor Bahru pula pada 5hb – 7hb Oktoboer 2018. Sebanyak 212 ruang ruang pameran disediakan di PWTC, Kuala Lumpur dan 150 ruang pameran di Persada, Johor Bahru. MISFIT 2018 adalah satu platform yang dapat menghubungkan pengguna tempatan dan antarabangsa dengan pengeluar dan pengamal sukan dan dalam masa yang sama dapat mengembangkan lagi ekosistem kesukanan negara.
MISFIT 2018 dijangkakan dapat menarik seramai 60,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
Dalam Majlis yang sama, MISFIT 2018 telah melancarkan kempen “Hentikan Perogol Dalam Rumah”. Kempen ini adalah usaha sama bersama badan bukan kerajaan(NGO) untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa perkara ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian sewajarnya.
Majlis perasmian Misfit 2018 disempurnakan Pengarah Anti-Doping Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Dr. Ramlan Abd Aziz dan hadir sama ialah Pengarah Misfit, Mohsein Sharif.
Abdja optimis 60,000 orang akan mengunjungi Misfit 2018 dan berkeyakinan pemilihan lokasi itu mampu menarik lebih ramai pempamer untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan pada pameran tersebut.
“Misfit 2018 akan menyediakan 100 program sukan dan akan menampilkan 50 selebriti. Antara program yang diadakan ialah Kecergasan Wanita oleh Joanna Soh, Yoga oleh Atilia Haron, Bual Bicara daripada sembilan selebriti terkenal, pertunjukan fesyen dan sesi dialog,” katanya.
Beliau berkata, Misfit 2018 juga menampilkan beberapa program lain antaranya program tanggungjawab sosial korporatnya iaitu Kempen Hentikan Perogol Dalam Rumah yang dijangka memberi pelbagai maklumat dan kesedaran kepada pengunjung untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai apakah yang perlu dilakukan untuk menangani masalah tersebut.
“Kami berharap Misfit 2018 menjadi hab sukan sekali gus memacu kepada sukan pelancongan dan mampu menyediakan kehidupan yang sihat,” katanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas lapan minggu bersiaran, Aiman Ameer telah dinobatkan sebagai Hero Remaja manakala takhta Dewi Remaja pula dirangkul oleh Nurel bagi edisi 2023.
Kedua-dua juara tahun ini masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 beserta sebuah trofi dan Dewi Remaja 2023 turut menerima sebuah mahkota di pentas akhir yang bersiaran secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.
Naib Juara: Fitri & Arabella
Dalam persaingan yang cukup sengit, Naib Juara Hero Remaja 2023 jatuh kepada Fitri manakala Naib Juara Dewi Remaja 2023 dimenangi oleh Arabella yang berjaya mengekalkan prestasi konsisten sepanjang tempoh pertandingan. Mereka masing-masing menerima wang tunai bernilai RM7,000 dan sebuah trofi.
Anugerah Kategori Lain
Selain itu, menerusi hasil undian peminat di laman web REMAJA (www.remaja.my), kategori Hero Favourite dan Dewi Favourite disandang oleh Razin Qidran dan Nurel.
Manakala, kategori Best Chesmistry Duo pula dimenangi oleh Jay Iskandar dan Arabella. Kesemua pemenang kategori ini masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 dan sebuah trofi.
Selain itu, kategori Hero dan Dewi Inspirasi pada tahun ini telah dipilih secara eksklusif oleh penaja, Yaya Nadia Empire di mana penerima anugerah Hero dan Dewi masing-masing menerima kontrak kerjasama bernilai RM20,000 berserta sebuah trofi. Penerima anugerah Hero dan Dewi Inspirasi Yaya Empire ialah Aiman Ameer dan Adrina.
Ketua Bahagian New Gen, Men & Hobbies, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Fiezreen Ahmad berkata, “Malam ini sejarah tercipta apabila dua juara dinobatkan sekaligus, pertama kali dalam sejarah Dewi & Hero Remaja sepanjang lebih 38 tahun penganjuran.
“Pemilihan kedua-dua mereka dianggap tepat dan mampu meneruskan legasi cemerlang juara-juara sebelum ini. Pencarian ini bukan hanya mengiktiraf bakat yang cemerlang dan berpotensi, tetapi juga sebagai batu loncatan untuk mereka meneroka dunia seni, membina keyakinan diri, dan menjadi contoh yang memberi inspirasi kepada generasi masa kini”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.