Tuah berkulit hitam, People Magazine baru saja mengumumkan siapakah artis lelaki yang berhak menyandang gelaran lelaki terseksi. Selepas Blake Shelton, kini giliran aktor Idris Elba yang berjaya merampas gelaran itu menjadi Sexiest Man Alive 2018.
Idris Elba dinilai layak menjadi lelaki terseksi kerana pesona dan juga prestasinya selama ini. Di usianya yang sudah menginjak angka 46 tahun, aktor berasal dari England ini sama sekali tak pernah kehilangan daya tarikannya jika dibandingkan dengan bintang-bintang yang lebih muda.
Namun, khabar sedih untuk para wanita. Lelaki terseksi di dunia itu tak lama lagi akan mengakhiri zaman bujangnya. Elba dikhabarkan bakal bernikah dengan Sabrina Dhowre, 29.
Tahun lalu, ramalan ‘Sexiest Man Alive’ oleh Majalah People mungkin pada penyanyi country, Blake Shelton. Shelton merupakan satu dari empat lelaki terseksi pilihan People sejak 1985 yang bukan berasal dari dunia filem. Tiga lainnya ialah John F Kennedy Jr, Adam Levine, dan David Beckham.
Sumber : Hangat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Hairul Azreen Umum Berhenti Dari Dunia Lakonan
Bukan satu keputusan yang mudah untuk seorang anak seni membuat keputusan seperti ini, namun setiap apa yang dilakukan pasti sudah difikirkan sebaiknya.
Pagi ini, Hairul Azreen telah mengejutkan ramai apabila dia mengumumkan pengunduran dirinya dari dunia lakonan. Pengumuman tersebut dibuat ketika dia dijemput menjadi tetamu Radio Era dalam segmen 3 Pagi Era bagi mempromosikan filem Malbatt Misi Bakara.
Hairul yang dilihat tenang berkongsi perkara itu kepada penyampai Linda Onn, Halim Othman, Azad Jasmin dan Radin. Dia berkata, “Saya nak mengumumkan yang saya berhenti berlakon sebab saya dah buat semua benda. Saya dah jadi seorang pelakon bermula daripada stunt, saya dah jadi seorang pelakon filem.
“Kemudian saya berdoa menjadi hero filem, dan Allah makbulkan saya sekarang saya menjadi hero filem aksi. Filem Malbatt inilah filem terakhir saya sebagai anggota tentera, sebagai pelakon.”
Bertapak dalam industri seni sebagai pelakon ekstra, stuntman dan memegang watak tambahan sejak usia remaja lagi. Hairul antara pelakon filem aksi yang prolitik di Malaysia dengan lakonan aksi yang memberi kesan mendalam. Selain bergelar pelakon dia juga merupakan seorang pelabur dan penerbit untuk filem.
Apabila ditanya oleh Linda Onn sama ada dia akan terus hilang dari dunia hiburan, Hairul menegaskan yang dia masih aktif di media sosial.
Setiap keputusan yang dibuat pasti ada sebabnya, bagi bapa kepada dua cahaya mata ini, masa yang diperlukan untuk melakonkan sesebuah naskhah menjadi sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia lakonan.
“Ada orang yang tak sempat tengok mak bapak sebab sibuk bekerja. Ada orang tak sempat tengok anak-anak. Saya alhamdulillah mak saya masih ada. Saya buat kajian untuk family dan diri saya.
“Bila saya buat filem saya perlukan enam bulan, buat badan enam kali seminggu, pagi petang malam. Tahu-tahu anak dah besar, tahu-tahu mereka pergi sekolah. Saya tak sempat nak buat perkara tu semua. Saya dah berasa puas dengan apa yang saya buat selama ini,” ujarnya panjang.
Filem Malbatt Misi Bakara menjadi sebuah filem aksi terakhir lakonannya, di samping sebuah lagi filem arahan Syamsul Yusoff yang dijangka bakal ditayangkan tahun hadapan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rahsia Rutin Senaman Ryan Reynolds Dapat Body Mantap Bagi Filem Aksi Lakonannya
Memiliki bakat lakonan dalam genre aksi dan dalam masa yang sama mampu membuat orang lain ketawa merupakan satu kebolehan yang cukup luar biasa.
Aktor yang juga dikenali sebagai pemilik bersama kelab bola sepak Wrexham ini merupakan antara aktor paling laku keras di Hollywood pasa masa kini.
Ryan Reynolds yang juga merupakan suami kepada aktres jelita, Blake Lively dikenali ramai dengan lakonannya sebagai Deadpool serta barisan filem aksi lain seperti ‘Free Guy’, ‘The Adam Project’, ‘Buried’ dan ‘The Hitman’s Bodyguard’.
Jika anda ikuti perjalanan kariernya pasti tahu bagaimana dia bekerja keras untuk mendapatkan tubuh badan dan fizikal yang tegap dan mantap. Selain mengamalkan pemakanan dan diet yang baik, Ryan Reynolds juga terlibat dengan rejim senaman yang cukup intensif.
Salah satunya ialah dengan melakukan latihan rintangan. Ia juga dianggap sebagai salah satu kunci untuk dia mengekalkan metabolisme tinggi. Perkara ini dikongsi oleh Saladino yang merupakan duta untuk penjejak metabolisme Lumen.
Setiap sesi latihan bermula dengan menggelek buih untuk mengurangkan kelembutan pada bahagian badan tertentu, mengurut tisu otot, dan meningkatkan peredaran. Kemudian ia beralih kepada apa yang Saladino panggil “latihan” yang merupakan pemanasan dinamik untuk meningkatkan degupan jantung dan latihan pergerakan yang perlu diperbaiki.
Berikut merupakan senarai jenis senaman dan latihan yang diamalkan oleh Ryan Reynolds dari hari Isnin hingga Jumaat.
ISNIN
Tumpuan kepada bahagian dada dan juga teras badan
- Sit-Ups (3 sets, 50 reps, 30-sec rest)
- Abs Plate Twist (3 sets, 50 reps)
- Barbell Floor Wiper (3 sets, 25 reps, 1 min rest)
- Bench Press (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
- Incline Bench Press (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
- Cable Fly (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
- Walking, Clap, and Decline Push-Ups (3 sets, 12 reps each)
SELASA
Fokus bahagian bisep dan belakang
- Bent over row (3 sets, 10 reps, 1 min rest
- Chin-Ups (3 sets, 12 rep)
- Wide-Grip Lat Pulldown (3 sets, 10 reps, 1 min rest)MShrug (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
- Upright Row (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
- 21s atau bisep curls (3 sets, 21 reps)
- Hammer Curl (3 sets, 12 reps, 1 min rest)
RABU
Bahagian bahu dan teras badan
- Military Press (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
- Floor Shoulder Press (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
- Arnold Press (3 sets, 10 reps)
- Dumbbell L- Lateral Raise and External Rotation (3 sets, 12 reps, 1 min rest)
- Pulse Up (3 sets, 15 reps)
- Scissor Kick (3 sets, 15 reps)
- Lying Leg Rotation (3 sets, 15 reps, 2 min rest)
KHAMIS
Hari Khamis pula Ryan Reynolds memilih untuk fokus pada bahagian kaki dan juga lengan
- Squats (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
- Barbell Lunge (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
- Deadlift (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
- Crossover Lunge (3 sets, 10 reps, I min rest)
- 21s (3 sets, 21 reps)
- Rope Tricep Pushdown (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
- Close-Grip Bench Press (3 sets, 10 reps)
- Dumbbell Curl (3 sets, 12 reps, 1 min rest)
JUMAAT
Tumpuan kepada dada, belakang dan juga teras badan atau abdomen
- Sit-Ups (3 sets, 50 reps, 30-sec rest)
- Abs Plate Twist (3 sets, 50 reps)
- Barbell Floor Wiper (3 sets, 25 reps, 1 min rest)
- Triple-Stop Bench Press (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
- Incline Db Bench Press (3 sets, 10 reps, 1 min rest)
- Close-Grip Push-Up (3 sets, 12 reps)
- Elevated Feet Push-Up (3 sets, 12 reps, 1 min rest)
- Renegade Row (3 sets, 12 reps, 1 min rest)
- Pull-Up (2 sets, 10 reps, 1 min rest)
Manakala untuk hari Sabtu dan Ahad pula dia lebih selesa untuk berehat dan menumpukan aktiviti bersama keluarga atau riadah ringan.
Jadi kalau anda nak body mantap seperti Deadpool boleh amalkan rutin senaman di atas dengan penuh disiplin!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Top 5 Millennials Paling Kaya Di Dunia, Salah Satunya Semestinya Mark Zuckerberg
Apa ada dengan millenial? Mungkin itulah soalan yang sesetengah daripada anda tertanya-tanya. Namun sebenarnya generasi inilah yang sekarang ini banyak mencorakkan bukan sahaja penggunaan teknologi pintar malah gaya hidup serta corak kerja sosial yang lebih baharu.
Siapa itu millennials? Mereka merupakan generasi yang lahir di antara tahun 1981 sehingga 1996. Kini ramai diantara mereka sudah mencecah usia matang dan sangat berjaya dalam bidang masing-masing.
Tahukah anda hampir 4% bilionair terkaya di dunia terdiri daripada generasi millennial? Walaupun ada sesetengah daripada mereka usianya mencecah awal 40-an namun mereka adalah antara bilionair dan manusia terkaya di dunia.
Berikut MASKULIN kongsikan 5 bilionair yang terdiri daripada millennial.
1. MARK ZUCKERBERG
Usia: 37 tahun
Negara: Amerika Syarikat
Jumlah kekayaan: USD67.3 bilion
Sumber: Meta
Rasanya tiada siapa yang tidak kenal dengan Mark Zuckerberg terutamanya jika anda pengguna tegar laman media sosial Facebook. Pengasas bersama platform tersebut serta CEO kepada syarikat Meta, Mark merupakan millennial terkaya di dunia. Malah dia menduduki tangga ke-15 manusia paling kaya. Dia juga dianggap sebagai antara pencetus revolusi laman media sosial terpenting dalam sejarah.
2. ZHANG YIMING
Usia: 38 tahun
Negara: China
Jumlah kekayaan: USD50 bilion
Sumber: TikTok
Siapa sangka dalam tempoh beberapa tahun tahun sahaja, TikTok kini menjadi salah satu platform media sosial paling popular di dunia. Zhang Yiming merupakan pengasas kepada syarikat ByteDance, syarikat yang memiliki TikTok atau parent company. Menurut Forbes, dia juga dianggarkan memiliki 22% pemilikan syarikat yang turut menyaksikan platform berbeza seperti TouTiao, Douyin dan Buzz Video.
3. SAM BANKMAN-FRIED
Usia: 30 tahun
Negara: Amerika Syarikat
Jumlah kekayaan: USD20 bilion
Sumber: Pertukaran matawang kripto
Sam Bankman-Fried nama yang cukup dikenali di kalangan pengguna matawang kripto. Malah dia dianggap sebagai individu terkaya dalam dunia kripto dengan pengenalan FTX yang dilancarkannya pada tahun 2019.
4. GUILLAUME POUSAZ
Usia: 40 tahun
Negara: United Kingdom
Jumlah kekayaan: USD23 bilion
Sumber: Fintech
Usahawan berpengaruh berbangsa Swiss, Gullaume Pousaz merupakan pengasas kepada laman sesawang checkout.com, platform pembayaran yang diasaskannya pada tahun 2021. Pengenalan platform tersebut telah banyak membantu masalah pembayaran di atas talian untuk kebayakan peniaga di atas talian.
5. YANG HUIYAN
Usia: 40 tahun
Negara: China
Jumlah kekayaan: USD18.7 bilion
Sumber: Hartanah
Wanita berpengaruh ini memiliki 57% pegangan saham syarikat pemaju Country Garden Holdings yang sebelum ini diterajui oleh bapanya. Syarikat tersebut terlibat bukan sahaja dalam bidang pembinaan tetapi pelaburan, pengurusan harta dan juga operasi perhotelan.
Di sebalik kisah kejayaan mereka tersembunyi kisah perit serta ujian yang harus mereka lalui. Semoga 5 millennial ini mampu memberikan inspirasi kepada anda!
Jangan lupa subscribe You Tube MASKULIN!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI