Gelandangan Dapat “Cubicles” Sepanjang PKP. Alhamdulillah, Kebajikan Mereka Dijaga!

Share

Rata-rata warganet meluahkan rasa gembira apabila kebajikan golongan gelandangan diberi perhatian dan dijaga dengan baik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Selain dibekalkan enam kali makan sehari dan selimut, golongan gelandangan yang ditempatkan di Pusat Komuniti Sentul Perdana ini juga disediakan cubicles sepanjang tempoh perlaksanaan PKP.

Atas rasa prihatin dengan golongan gelandangan ini, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa telah mengarahkan pemasangan cubicles untuk golongan ini.

Alhamdulillah, malam tadi cubicles tersebut telah berjaya dipasang. Perkara gembira ini dikongsikan beliau menerusi laman Twitternya.

Menerusi perkongsian Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan pula, beliau turut turun padang untuk bertanya khabar golongan gelandangan ini.

Ikuti status semasa gelandangan ini dari video yang dikongsikan.

“Saya juga telah minta jangan mereka duduk saja tanpa kita buat beberapa perkara yang boleh kita lakukan.

“Misalnya mengambil data-data peribadi mereka supaya kita dapat menjejaki mungkin sedara mereka, dapat tolong menghubung, mungkin juga sedara mereka tidak tahu mereka berada di situ atau mereka sengaja tak nak berhubung misalnya.

“Kemudian, mungkin juga kita dapat membantu mereka mendapatkan bantuan sara hidup atau bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri,” ujar beliau.

Berdasarkan aduan golongan gelandangan ini kepada Tan Sri Annuar Musa, ada yang kehilangan kad pengenalan dan tidak dapat membuatnya yang baharu kerana tiada wang.

Selain menghimpunkan mereka di sini, Tan Sri Annuar Musa juga mengharapkan agar golongan gelandangan ini mendapat bantuan termasuk kad pengenalan, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

“Saya harap petugas-petugas dapat memperluaskan, bukan hanya mengambil mereka dan meletakkan mereka di situ hanya bagi makan, tapi saya harap kita dapat berganding bahu melakukan lebih sikit.

“Saya tidak mahu melihat masalah gelandangan ini berpanjangan tanpa diberi perhatian di Wilayah Persekutuan,” ujar beliau lagi.

Published by
Roselinda