Gedung Beli-Belah Berjenama ISETAN The Japan Store Disegarkan Dengan Wajah Baru

140

Salah sebuah gegung membeli belah premium yang terdapat di Kuala Lumpur dan cukup terkenal ialah ISETAN The Japan Store @ Lot 10. Di antara sebab mengapa ia sentiasa relevan di kalangan penggemar fesyen terutamanya adalah kerana kemampuan gedung membeli-belah ini menawarkan seleksi pilihan.

Selain fesyen ia juga menawarkan pelbagai pilihan aksesori, kelengkapan rumah dan makanan terbaik dari Jepun. Dan baru-baru ini, SETAN The Japan Store @ Lot 10 memperkenalkan wajah baru yang disegarkan semula dan penawaran-penawaran jenama serta produk yang dikemaskini.

Masih mengekalkan dan meneruskan pelbagai seleksi jenama terkenal pilihan fesyen ia melakukan perubahan sesuai dengan inovasi terkini bagi memberikan pengalaman terbaik buat pelanggan mereka.

ISETAN The Japan Store kini memaparkan kaleidoskop produk yang menarik di dalam kategori yang lebih luas. ISETAN The Japan Store menekankan falsafah untuk menawarkan yang terbaik dari segi reka bentuk dan kualiti kepada pelanggannya.

 

Dengan perubahan-perubahan ini, gedung ini memantapkan kedudukannya sebagai destinasi gaya hidup yang bukan sahaja memberikan pilihan terbaik di dalam beli-belah tetapi juga ruang menjamu selera di dalam gedung enam tingkatnya.

Gedung yang diberi kesegaran semula ini terus menawarkan pengalaman menyeluruh gaya hidup kepada pembeli-belah harian yang mahukan kepelbagaian dan kualiti.

Setiap tingkatnya menampilkan konsep yang berbeza-beza iaitu The Design (GF) menampilkan produk eksklisif pereka dari Jepun dan Malaysia, The Fashion (1F) untuk fesyen dan aksesori lelaki dan wanita.

The Wellness (2F) pula menampilkan seleksi berkaitan kecantikan serta kesihatan, The Lifestyle (3F) bagi barangan rumah berjenama, The Table (4F) sajian makanan Jepun dan The Market (LGF) pula menawarkan juadah makanan Malaysia dan Jepun.