Bagi penggemar motosikal mewah berkuasa tinggi model yang ditampilkan oleh BMW Motorrad Malaysia ini pastinya cukup sinonim dalam pandangan dan juga fikiran anda. Mana tidaknya BMW 1250 R dan BMW 1250 RS merupakan jentera dikuasakan enjin boxer BMW yang cukup ikonik.
Baru-baru ini BMW Motorrad Malaysia melancarkan dua jentera ini yang hadir dengan pelbagai ciri serta fungsi inovatif yang dikatakan mampu membawa pengalaman tunggangan yang serba dinamik.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata,”Berbekalkan harapan besar, kami dengan rasa bangga mempersembahkan era baharu bagi segmen jentera jelajah sport, menjulang slogan ‘Make Life a Ride’ yang telah kami laungkan selama 100 tahun.
“BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS mencabar batasan dengan beberapa kemajuan teknologi yang baharu, digandingkan dengan enjin boxer dan siluet kami yang ikonik, menonjolkan lagi kepakaran jenama ini dalam arena motosikal jelajah sport.”
BMW R 1250 R baharu ini dilihat menyambung kejayaan jentera roadster yang dibawakan oleh BMW Motorrad. Manakala BMW R 1250 RS baharu pula berpegang kepada legasi “RS”, yang menjadi tanda aras bagi kecemerlangan jentera jelajah sport. Lebih bersofistikasi dan inovatif, ia menjanjikan sebuah pengalaman jelajah yang sporty dan dinamik di aras yang tertinggi.
Ads
BMW 1250 RS
ASPEK KESELAMATAN TERTINGGI
Sebagai jentera jelajah sport, BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu dilengkapi secara standard dengan BMW Integral ABS Pro, iaitu sistem pembrekan yang dirumus untuk memperkayakan aspek keselamatan, khususnya semasa membelok.
Turut dirangkumkan secara standard ialah Kawalan Brek Dinamik (DBC), ia membekalkan sokongan tambahan semasa membuat pembrekan kecemasan dengan mencegah pengaktifan pendikit yang dibuat tanpa sengaja.
BMW 1250 R
Ia dapat dikecapi dengan intervensi dalam kawalan enjin, tork pacuan akan menyusut semasa membrek bagi memanfaatkan daya pembrekan pada roda belakang dengan sepenuhnya. Hasilnya ialah stabiliti yang lebih baik serta jarak pembrekan yang lebih singkat.
Kedua-dua motosikal hebat ini juga didatangkan dengan Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) secara standard. Secara tidak langsung menjamin daya cengkaman yang sangat baik serta tahap keselamatan yang tinggi.
Ads
BMW 1250 R
KEHEBATAN ENJIN
Riding Modes Pro pula membawa mod-mod tunggangan boleh suai turut disertakan bersama memberikan keselesaan penunggang.
Memberi nafas kepada BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu ialah enjin boxer empat lejang dua silinder berpenyejukan udara/cecair – sesarannya yang bernilai 1,254 cm3. Kekuatan ini mampu membekalkan 100 kW (136 PS) dan 143 Nm tork.
Selain itu teknologi BMW ShiftCam juga memainkan peranannya, menawarkan keupayaan pemasaan injap serta peninggian injap berciri boleh ubah pada bahagian salur masuk.
BMW 1250 RS
Hasilnya ialah sebuah enjin yang berkeupayaan untuk membekalkan kuasa dengan lancar merentasi semua julat kelajuan, sambil memelihara corak penggunaan bahan api dan emisi yang cemerlang.
Ads
Dari segi fungsi keterhubungan dan navigasi pulaia memperkenalkan skrin paparan berwarna TFT secara standard. Aneka paparan skrin tersuai boleh dipilih untuk pelbagai tujuan, termasuk Skrin Teras ‘Sports’ yang membekalkan informasi seperti ABS Pro atau DTC.
BMW 1250 RS
Seunit soket kuasa 12 volt bersepadu dan juga soket USB-A tambahan dengan bekalan kuasa 5 volt dapat mengecas peranti mudah alih pengguna, turut hadir dengan keupayaan pengecasan pantas yang bergantung kepada jenis peranti.
Panggilan Kecemasan Pintar juga merupakan fungsi standard bagi memastikan bantuan segera dapat diberikan dalam situasi kecemasan.
BMW 1250 RS
BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS baharu ditawarkan dalam varian model Sport dan juga Triple Black. Setiap satu hadir dengan aneka warna yang unik.
Varian Sport jentera BMW R 1250 R didatangkan dalam warna Racingblue, manakala varian Triple Black hadir dalam warna Blackstorm. Sementara itu, varian Sport bagi BMW R 1250 RS baharu disediakan dalam warna Lightwhite, Racingblue dan Racingred, manakala varian Triple Black disediakan dalam warna Blackstorm.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada segelintir orang tidak boleh memandu dalam jarak jauh pada waktu siang kerana cuaca yang panas dan terik mentari. Jadi mereka memilih pemanduan waktu malam kerana mungkin suasana lebih tenang dan sedikit nyaman. Namun, pemanduan waktu malam ada cabarannya yang tersendiri.
Namun jika anda memilih untuk memandu pada waktu malam, MASKULIN gariskan 5 perkara yang perlu anda titik beratkan seperti :
1. Malapkan cahaya dalam kereta
Untuk keselesaan memandu, anda perlu malapkan atau padamkan terus cahaya di dalam kereta anda. Ini kerana ia membantu anda fokus melihat cahaya dari luar. Gangguan lampu lain yang ada di dalam kereta boleh menganggu fokus pemanduan anda.
2. Pantau suasana sekeliling
Mata anda perlu awas melilau ke kiri dan kanan. Kalau di jalan-jalan kampung, biasanya tiada lampu jalan dan dikhuatiri ada yang berjalan di tepi jalan. Selain itu, dikhuatiri terdapat binatang yang suka kepada cahaya lampu yang suka melompar ke arah kereta anda.
3. Selenggara lampu hadapan
Pastikan anda menyelenggara lampu hadapan kereta anda sebelum berjalan pada waktu malam. Ini kerana lampu kereta merupakan sesuatu yang sangat penting. Masa yang sama, anda juga boleh di saman kerana lampu kereta yang tidak hidup terutamanya lampu hadapan kereta.
4. Kekal jarak selamat
Jangan memandu terburu-buru dan pastikan anda kekal memandu pada jarak yang selamat daripada kereta di hadapan anda. Tujuannya untuk mengelakkan kemalangan. Selain itu, untuk pastikan anda mempunyai jarak serta masa yang sesuai untuk berhenti jika kereta di hadapan membuat emergency break. Kalau tidak anda akan ‘cium’ bahagian belakang kereta hadapan.
Jika mengantuk, pastikan anda rehatkan diri anda dengan tidur buat seketika. Dengan melelapkan mata, anda akan menikmati kesegaran untuk memandu semula.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengeluar motosikal penuh ikonik berkuasa tinggi berpengaruh dari Itali iaitu Ducati dilaporkan bakal memperkenalkan motosikal elektrik pertama mereka.
Dengan kepesatan teknologi hijau yang semakin mendapat tempat di hati pengguna peminat permotoran Ducati dilihat tidak mahu ketinggalan untuk memperkenalkan inoasi ciptaan mereka.
Ini sekali gus menyaksikan Ducati sebagai jenama motosial terbaru yang mula menceburkan diri secara langsung dalam EV movement selepas Harley-Davidson merancang memasarkan motosikal elektrik pertama mereka Ogos nanti.
Khabar angin tentang projek motosikal elektri dari Ducati ini telah bertiup kencang sejak tahun 2017 lagi apabila Pengarah Urusan Ducati Eropah Barat, Edouard Lotthe mendedahkan perancangan penggunaan teknologi elektrik untuk superbike dan scooter bagi tahun 2021.
Dan terbaru Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicalli telah mengesahkan Ducati akan terus menjadi antara pemain utama dalam teknologi hijau dan eletrik ketika bercakap di acara Motostudent, Sepanyol.
Penglibatan Ducati dengan teknologi enjin eletrik sebenarnya bukanlah satu perkara baru kerana sebelum ini mereka pernah mencipta prototaip basikal elektrik. Malah, Ducati juga pernah bekerjasama dengan Milan Polythehnic School of Design untuk mencipta beberapa model prototaip dikenali sebagai Ducati Zero.
Model ini akan menjadi yang pertama akan dikeluarkan secara komersial dan bakal menarik perhatian ramai peminat motosikal di seluruh dunia.
Adakah motosikal elektrik berkuasa tinggi dari Ducati ini mampu menjadi trend terbaru di kalangan penggemar dan peminat motosikal?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di antara dilema ramai peminat kereta ialah memberikan keseimbangan kegunaan untuk minat dan juga keluarga. Disebabkan itulah ramai yang terpaksa melupakan modifikasi yang keterlaluan kerena ingin memberikan keselesaan kepada ahli keluarga yang menaikinya.
Tapi bagaimana jika anda berjaya asingkan dua jentera berbeza. Satu untuk kegunaan harian bersama keluarga dan satu lagi untuk minat anda yang boleh ‘dilenjan’ pada hujung minggu.
‘RODA PANAS’ pada minggu ini mengetengahkan personaliti jemputan, Nabil Rahizad yang membawakan family car dan weekend car miliknya untuk dikongsi bersama hos, Remy Ishak.
Kedua-dua jenteranya itu ialah Toyota Vellfire dan Mitsubishi Lancer Evo 8. Dua kenderaan yang dalam kelas dan kategori berbeza namun ditampilkan dengan modifikasi yang cukup menarik.
Toyota Vellfire miliknya bukanlah sembarangan kerana ia telah melalui proses modijikasi yang agak menyeluruh. Bodykit jika dilihat secara berhadapan memang sangat ‘garang’.
Bak kata Remy, auranya macam seladang! Paling menarik bahagian hadapanya telah ditukar kepada bentuk model tahun 2018 dengan bodykit pilihan, Modelista.
Antara modifikasi luaran yang dilakukan ialah rim 21 inci dengan sistem brek Brembo. Namun yang paling istimewa ialah sistem suspension udara yang dikuasakan pam elektrik.
Bagi ‘weekend car’ pula, Nabil memilih Mitsubishi Evo 8 yang merupakan kereta keluaran tahun 2008. Buat penggemar kereta, nama Mistubishi Evo bukanlah satu jenama yang perlu diperkenalkan lagi. Popularitinya memang utuh sejak sekian lama. Malah telah mucul dalam banyak filem-filem aksi blockbuster.
Untuk Evo 8 miliknya, Nabil melakukan beberapa modifikasi yang cukup mengancam. Selain pada bahagian luaran, bahgian enjin juga telah mendapat sentuhan mengagumkan.
Bak kata orang bukanlah modifikasi biasa-biasa!
Berbeza dengan Vellfire yang bahagian dalaman dibiarkan standar, bagi Evo 8 Nabil melakukan modifikasi yang cukup signifikan. Antaranya stereng, papan pemuka serta pelbagai tambahan Boost Controller Closed-Loop.
Jadi jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’ episod 9 pada malam esok, Isnin jam 9:30 malam hanya di Astro Naura dan strim menerusi Astro Go!
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.