Potongan rambut seperti ini menyerlah sisi rahang/jawline si pemuda dan membentuk lagak berani. Menarik lagi potongan ini memberi efek kacak pada si dia yang mempunyai jambang. Sisi tepi rambut dicukur nipis, kemudian dibahagian atas dibiarkan tebal dan sedikit mencecah atas dahi. Sekali tengok, gaya ini ada beri gaya macho dan manja.
Tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek. Potongan rambut seperti ini sesuai dengan lelaki yang mempunyai rambut tebal dan lebat. Bagi yang ingin sesuatu yang baharu, anda boleh menambah sedikit gelombang pada rambut dari efek perm. Terdapat banyak jenis potongan untuk dijadikan pilihan, pastikan ianya sesuai dengan bentuk wajah sahaja. Medium perm atau high medium, mana-mana pun okay!
Sudah tidak ramai lagi mengenakan gaya rambut belah tengah, kedengaran seperti ketinggalan zaman pun ada. Namun ia kembali menjadi pilihan dengan memberi gaya seksi pada rambut dengan berombak pada hujung rambut. Anda perlu berhati-hati dengan panjang rambut anda, penulis bagi dua contoh untuk rambt belah tengah dengan rambut sederhana panjang dan panjang.
Ya, pada peminat drama Korea atau K-pop pasti tahu rambut gaya ‘bang’ tidak pernah hilang pada aktor kesayangan anda. Cuma sekitar pengakhiran 2016 dan awal 2017, gaya rambut ini diberi nafas baru dengan guntingan bertingkat dan disisip sedikit kebahagian tepi. Tidak seperti sebelum ini yang hanya potongan lurus menutupi dahi. Lihat contoh dibawah.
Tampak lebih kurang dengan stail rambut perm tapi yang ini bukan perm ya. Ini potongan pendek dan halus pada rambut atas. Gaya fringe memberi efek basah atau wet look pada di penggaya. Namun pada jejaka yang berambut kerinting elakkan memotong gaya ini kerana ia tidak berapa sesuai untuk anda.
Gaya yang manakah menjadi pilihan untuk si dia? Untuk penulis sendiri, penulis suka kembali kepada yang klasik iaitu belah tengah dan berombak!
sumber: www.wanista.com