Jenama eyewear premium ic! berlin bersama-sama dengan jenama automotif tersohor dari Jerman, Mercedes-Benz melakukan kolaborasi istimewa. Kolaborasi ini menyaksikan koleksi eyewear atau cermin mata gaya hidup yang cukup eksklusif.
Baru dilancarkan pada pertengahan bulan April lalu, koleksi kolaborasi ini menampilkan lima rekaan yang penuh dengan gaya ekspresif, sofistikated dan rekaan menarik.
Ads
Koleksi terkini yang dipelopori oleh ic! berlin ini juga mengetengahkan rekaan asli dengan estetika yang lebih berani, avant-garde dan pengalaman auto Mercedes-Benz.
Ads
Terdapat perbezaan di antara ‘Mercedez’ dan ‘AMG’. Tapi kedua-duanya menyerlahkan ekspresi yang penuh dengan warna biasa digunakan oleh Mercedes-Benz. Rekaan keretanya juga diambil sebagai inspirasi yang diterjemahkan ke setiap rekaan menerusi koleksi ini.
Ads
Lima rekaan tersebut iaitu AMG 02, MB Shiled 02, MB 04, MB 05 dan MB 06 ditampilkan dengan ciri-ciri unik tersendiri. Bagi anda yangh ingin bergaya berani dan serba ekspresif inilah koleksi cermin mata yang tidak harus dilepaskan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama asal Jepun, UNIQLO mungkin sudah tidak asing lagi di kalangan penggemar fesyem kotemporari tempatan. Selain menawarkan seleksi pakaian dan aksesori pada ahrga berpatutan mereka juga dilihat sering menampilkan kolaborasi yang lebih bersifat lokal.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, UNIQLO telah bersedia untuk menampilkan dengan tawaran seleksi pakaian menarik bagi meraikan perayaan yang cukup bermakna bagi umat Islam.
Tahun ini UNIQLO Malaysia memperkenalkan tema ‘New Season of Togetherness’ dengan menawarkan seleksi pakaian dari pelbagai jenis fabrik yang hadir dengan keselesaan berpanjangan. Bukan sahaja seleksi pakaian untuk lelaki dan wanita, UNIQLO turut membariskan untuk kanak-kanak.
Bagi koleksi lelaki dan wanita di antara yang paling menarik perhatian ialah Batik Collection yang direka oleh Bai Popular. Pilihan untuk lelaki menyaksikan kemeja bermotifkan batik yang dihasilkan menggunakan kain kapas premium yang bukan saja lembut tetapi selesa dipakai sepanjang hari.
Dari segi coraknya pula ia mengambil pengaruh Tirto Tedjo Pattern yang membawa simbol aliran cahaya berterusan dan turut membawa maksud optimis berpanjangan.
Selain itu UNIQLO turut memperkenalkan koleksi Baju Melayu untuk lelaki dan kanak-kanak. Lebih unik ia dihasilkan dari material jersi di mana ia lebih lembut dan bersifat mudah regang.
Ia direka agar sesuai dipakai dalam kondisi cuaca yang lebih panas dan mampu membebaskan mengeringkan peluh dengan cepat. Koleksi untuk wanita pula menyaksikan pilihan blaus, skirt dan banyak lagi.
Koleksi serta pilihan ini telah pun mula didapati di outlet fizikal dan juga di atas talian UNIQLO bermula pada 4 April lalu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebenarnya penggunaan tali pinggang bergantung juga kepada jenis dan juga warna seluar yang anda gayakan. Malah ia juga harus sesuai dengan warna kasut.
Fungsi tali pinggang bukan sahaja mengetatkan seluar tetapi ia lebih kepada pelengkap pakaian anda terutamanya di bahagian pinggang. Secara tak langsung ia juga menjamin faktor keselamatan agar seluar tak terlondeh.
Jadi bagaimana untuk anda pilih tali pinggang dengan betul Ikuti perkongsian dari MASKULIN di bawah.
SAIZ & KESESUAIAN
Antara tali pinggang yang tak sesuai anda gayakan.
Sebelum beli tali pinggan antara perkara paling penting anda harus ambil kira ialah kesesuaian tali pinggang untuk digayakan serta saiz tali lilitan.
PILIH YANG SESUAI
Seperti mana anda tahu tali pinggang ialah aksesori yang digayakan ke majlis rasmi mahu pun santai. Ada tali pinggang yang sesuai untuk seluar denim, corduroy mahu pun khaki bergantung kepada jenis rekaan tali pinggang itu sendiri.
UKURAN DI PASARAN
Tali pinggang ada pelbagai jenis saiz yang sesuai dengan ukur lilit pinggang anda. Tapi kebiasaannya tali pinggang menyamai saiz seluar iaitu 28 inci, 30 inci, 32 inci, 34 inci hinggalah lebih 50 inci.
Sebagai contoh, andai saiz pinggang anda adalah 32 inci, pilihan terbaik untuk tali pinggang ialah bersaiz 36 hingga 40 inci.
UNTUK FORMAL
Tidak bermakna mahal dan berjenama mewah sesuai untuk digayakan ke semua acara. Untuk acara formal, ideal memilih lebar tali satu hingga satu setengah inci. Bagi kategori kasual, pilihan tidak terhad.
PADANAN WARNA KASUT
Pastikan tali pinggang tidak terlalu berbeza dengan pilihan kasut mahu pun sandal. Penampilan akan lebih terserlah andai bijak suai padan warna dan rekaan antara tali pinggang dan kasut.
JUMLAH LUBANG
Jumlah lubang pada tali harus sesuai dengan lilitan pinggang. Jangan terlalu banyak tebuk hingga mencacatkan penampilan secara keseluruhan.
KEPALA @ GANCU SESUAI
Pemilihan gancu tali pinggang penting bagi mencerminkan keseluruhan gaya berfesyen. Jangan terlalu ghairah pada reka bentuk gancu tali pinggang hingga menjejaskan penampilan. Untuk ke acara kasual, orientasi gaya tidak terbatas. Bagaimanapun, hati-hati memilih gancu untuk disesuaikan pakaian ke acara formal.
BAHAN TALI
Kalau ingin membeli tali pinggang ke pejabat, pilihlah daripada bahan berasaskan kulit, material berkilat dan bermutu tinggi. Bagi acara lebih santai, pilih saja bahan daripada kanvas, getah mahupun PVC.
RUJUK TREND
Sebelum beli tali pinggang adalah baik juga anda semak fesyen tali pinggang di gayakan selebriti dan moden sebagai panduan sebelum memilih untuk membeli tali pinggang. Barulah anda sentiasa up-to-date dengan trend semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penemuan seekor kumbang unik yang ditemui di Malaysia telah dinamakan bersempena nama pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio.
Dinamakan “Grouvellinus leonardodicaprioi”, kumbang itu adalah antara tiga spesies baharu yang ditemui oleh sekumpulan saintis di kawasan air terjun di Maliau Basin, Sabah.Ia ditemui dalam ekspedisi yang dijalankan oleh Taxon Expeditions, yang berpangkalan di Belanda, dalam ekspedisi ke kawasan terpencil untuk mereka yang berminat dengan alam semula jadi dan sains.
Ekspedisi itu juga membantu mereka membuat penemuan saintifik, menurut keterangan di laman web Taxon.
Penemuan itu diumumkan dalam jurnal umum, ZooKeys.
Nama DiCaprio diambil kerana aktor itu aktif melakukan kerja-kerja amal dan konservasi alam sekitar, malah turut menubuhkan Yayasan Leonardo DiCaprio yang cukup giat menjalankan aktiviti pemuliharaan biodiversiti.
Jangan pelik pula, kerana DiCaprio bukanlah selebriti pertama yang menerima penghormatan ini, Kate Winslet, Donald Trump, Arnold Schwarzenegger antara yang pernah dijadikan inspirasi untuk menamakan serangga spesies baharu.
*Sumber: Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.