Dalam dunia fesyen rambut lelaki, gaya dan trend sentiasa berubah seiring dengan masa. Menurut Zulhusnie Yusoff selaku Pengurus Kawasan Nimroc, terdapat tiga gaya potongan rambut yang sering mendapat permintaan tinggi dari pelanggan di mana-mana cawangan kedai gunting rambut lelaki itu.
Hasil temu bual bersama Zulhusnie, berikut MASKULIN senaraikan tiga gaya potongan rambut tersebut:
Burst Fade
Foto: Contoh gaya rambut Burst Fade (Sumber: Google)
Potongan Burst Fade ini umumnya diminati oleh lelaki yang lebih muda kerana ia memberikan penampilan moden tetapi kemas dalam masa yang sama.
Potongan seakan-akan mullet, gaya rambut ini nipis di bahagian tepi, sedikit panjang di bahagian belakang dan kemas di bahagian atas.
Dengan gaya rambut ini, anda akan kelihatan kemas dan profesional jika dilihat dari hadapan, tetapi kelihatan liar jika dilihat dari belakang.
Comma Hair
Foto: Contoh gaya rambut Comma Hair (Sumber: Google)
Potongan Comma Hair sangat terkenal dikalangan selebriti dari Korea. Gaya rambut yang klasik memberikan penampilan yang lebih profesional dan menzahirkan keyakinan tinggi seseorang menjadikannya turut digemari oleh jejaka di negara ini.
Ads
Botak
Foto: Contoh gaya rambut botak (Sumber: Google)
Botak merupakan pilhan gaya rambut yang paling praktikal dan mudah bagi ramai jejaka. Bagaimanapun, botak tidak semestinya bermaksud mencukur kesemua rambut di kepala sehingga licin.
Terdapat pelbagai corak potongan rambut untuk menggayakan botak seperti Crop Top dan Bald Fade
Secara keseluruhan, ketiga-tiga gaya potongan rambut ini menawarkan sesuatu yang unik dan menarik bagi lelaki yang ingin tampil kemas dan bergaya.
Ads
Sama ada anda memilih Burst Fade yang klasik, Comma Hair yang elegan, atau potongan botak yang berani, penting untuk memilih gaya yang sesuai dengan bentuk muka dan personaliti anda.
Jika anda berhasrat untuk mencuba gaya potongan rambut yang baharu, jangan segan untuk bertanyakan pendapat dari tukang gunting anda. Mereka mungkin boleh mencadangkan beberapa gaya mengikut kepakaran mereka.
Lebih baik, jika anda tunjukkan beberapa gambar contoh gaya rambut yang anda minati agar tukang gunting anda mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang anda mahukan.
Ads
Sertai kejohanan futsal MASKULIN Beat Boot Battle yang bakal berlangsung pada 25 Ogos 2024. Hadiah utama RM2,000 dan tempat kedua RM1,500. Terhad untuk 8 pasukan sahaja! Daftar di sini
Pening kepala dibuatnya bila berdepan dengan masalah rambut berminyak dan kelemumur. Gara-gara masalah ini, rambut mudah gugur dan akhirnya menjadi nipis.
Jika anda menghadapi masalah rambut berminyak, kelemumur dan mudah gugur ini, ada cara mudah yang anda boleh amalkan mengikut petua orang Arab.
Lihat sahaja rambut orang Arab yang lebat, hitam dan sihat. Inilah rahsia mereka!
Petua mudah ini dikongsi oleh Najwa Qadah menerusi laman Facebooknya. Semoga dengan cara ini membantu mengatasi masalah rambut anda.
Mana-mana shampoo pun boleh tapi Najwa beli untuk baby sebab anak-anak boleh guna sama, bagi rambut lebat sikit. Sebenarnya petua ni untuk lebatkan rambut tapi kesan dia banyak lagi. Najwa tak dak gatal-gatal lagi-lagi time pakai tudung panas-panas macam sekarang ni. Rambut kering tak dak berminyak rasa kembang fresh gitu ? Alhamdulilah rambut tak gugur berkilo ?
*Najwa ambik petua ni dari orang Arab* bagi tahu siap-siap sat gi ada org bising pulak?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah rambut gugur merupakan satu kondisi yang biasa dialami oleh sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau wanita. Tahukah anda seorang lelaki secara puratanya keguguran 50 helai rambut dalam masa sehari?
Sebenarnya ia adalah proses semula jadi yang biasa. Cuma bila rambut gugur itu lebih banyak dari biasa – itulah kondisi yang perlu anda bimbang. Ia boleh gugur di mana sahaja dan dalam keadaan berbeza-beza.
Sebagai contoh ketika menyikat atau mencuci menggunakan syampu. Ia pasti akan gugur walaupun sedikit.
Jika rasa ia gugur lebih banyak daripada normal, lakukan beberapa perkara yang MASKULIN kongsi di bawah.
CUCI GUNA SYAMPU
Cucilah dengan rutin yang baik. Ia boleh membantu mengurangkan keguguran dan memastikan kulit kepala bebas kelemumur. Secara tidak langsung ia mengurangkan risiko sebarang jangkitan yang boleh sebabkan rambut gugur.
PENGAMBILAN PROTEIN
Pastikan diet harian anda lengkap dengan protein seperti daging, ikan, kacang dan pelbagai produk tenusu. Ia boleh membantu mengurangkan keguguran.
Foto: Freepik
URUT GUNA MINYAK
Sesiapa berdepan masalah kulit kepala boleh dapatkan rawatan urutan dengan menggunakan essential oil. Ia membantu folikel kekal aktif.
JANGAN SIKAT KETIKA BASAH
Ketika rambut anda basah itulah masanya ia cukup lemah. Jadi elakkan memberus atau menyikat rambut ketika kepala basah. Jika perlu menyikat juga pilihlah sikat yang mempunyai jarak ‘gigi’ lebih lebar.
MINUM AIR
Pastikan anda meminum air dengan cukup. Badan yang mempunyai kadar hidrasi yang baik boleh membantu pertumbuhan rambut lebih sihat.
JANGAN MEROKOK
Tabiat merokok juga boleh menyebabkan ia mudah gugur. Rokok boleh menyebabkan kulit kepala menjadi kering dan rosak. Sekali gus membuatkan rambut gugur.
JANGAN STRES
Kesihatan mental juga memberi impak sangat besar kepada fizikal anda. Banyak kajian mendapat seseorang yang sentiasa berdepan stres menghadapi masalah rambut gugur dengan teruk.
Jika anda mencari syampu yang berkualiti pada harga menarik, boleh dapatkan di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
GARNIER PURE ACTIVE ANTI-ACNE WHITE ACNE & OIL CLEARING SCRUB
Ini ialah rekomendasi scrub muka yang terbaik untuk menyelesaikan masalah jerawat dan kulit berminyak. Dengan hanya 4 minggu sahaja, kesan jerawat dan bintik hitam akan hilang sekelip mata serta masalah kulit berminyak berkurangan. Ia juga mempunyai sijil Halal.
GARNIER MEN POWERWHITE WHITENING SCRUB
Scrub muka untuk lelaki kulit berminyak
Lelaki juga perlu memakai scrub muka untuk mendapatkan kulit yang segar. Produk ini dapat menghilangkan semua kekotoran dan mengawal kulit berminyak. Ia adalah dual produk yang membersihkan kulit secara mendalam serta mencerahkan muka.
ST IVES NOURISHED & SMOOTH OATMEAL SCRUB & MASK
Scrub muka drugstore yang mengandungi oatmeal
Ini merupakan produk 2-dalam-1 kerana boleh digunakan sebagai scrub muka atau mask. Ia mempunyai aroma yang menyenangkan iaitu bau oatmeal dan juga madu. Dengan menggunakan scrub, muka pasti nampak lebih sihat, lembut dan segar. Selain itu, ia diperbuat 100% daripada serbuk kulit badam dan dijamin selamat digunakan.
HIMALAYA APRICOT SCRUB
Scrub muka apricot
Terdapat banyak sel kulit mati dan kekotoran pada wajah. Justeru itu, scrub muka apricot ini membantu untuk mengupas sel kulit mati serta bintik hitam. Ia juga mengandungi vitamin E semulajadi yang dapat melembutkan kulit. Pasti muka kelihatan berseri-seri selepas ini!
SKINFOOD RICE BRIGHTENING SCRUB FOAM
Scrub muka beras untuk kulit kering
Bagi yang mempunyai masalah kulit kering, anda patut cuba scrub muka yang dihasilkan daripada beras. Scrub ini membuat muka kelihatan awet muda kerana produk ini jenis anti-penuaan. Untuk orang yang memliliki kulit yang normal sehingga kulit kering, sangat sesuai untuk menggunakan scrub beras supaya kulit kelihatan segar.
KLAIRS GENTLE BLACK SUGAR FACIAL POLISH
Scrub muka menggunakan gula dan bahan semula jadi
Scrub muka ini menggunakan gula hitam untuk membuang sel kulit yang mati dan menaikkan seri muka. Anda pasti pernah mempunyai masalah makeup yang tidak sekata atau pecah kan? Dengan menggunakan scrub muka ini, ia akan melembutkan kulit muka dan makeup juga akan nampak lebih sempurna.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tayar kereta bengkak, jangan pandang remeh, boleh undang bahaya! Pernah tak satu hari masa tengah nak keluar rumah, tiba-tiba nampak tayar kereta ada benjolan pelik kat tepi? Kalau ya, itu tanda tayar kereta anda sudah bengkak dan ini bukan benda kecil yang boleh tunggu.