Antara item fesyen yang sangat versatil sifatnya bagi lelaki kemeja lengan pendek. Berbeza dengan baju kemeja lengan panjang yang biasa digayakan untuk majlis formal, gaya kemeja lengan pendek pula membawa elemen lebih santai.
Jadi tidak hairanlah ramai memiliki kemeja lengan pendek untuk penggayaan kasual kerana ia memiliki persona ringkas tetapi membawa banyak karakteristik terhadap pemakainya.
Bagi mereka yang memiliki lengan yang berotot bisep dan trisep yang cantik, kemeja lengan pendek pasti menjadi pilihan dalam kegiatan seharian.
Gaya kemeja juga merupakan salah satu daripada ‘kostum’ wajib dalam banyak sub-budaya moden yang berkaitrapat dengan genre muzik, ideologi dan juga sukan ekstrem.
Anda pasti bosa juga menggayakan satu atau dua jenis kemeja lengan pendek bukan? Jangan risau kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa idea gaya kemeja yang boleh anda cuba.
Ads
PILIHAN FIT
Langkah pertama memilih kemeja lengan pendek ialah kesesuaian saiznya mengikut badan. Pilihan yang tepat bagi anda berbadan normal ialah yang memiliki potongan fit di badan. Selain lebih cantik dipandang, ia secara tak langsung memberikan gambaran tentang struktur fizikal yang anda miliki.
WARNA KULIT
Semasa memilih kemeja lengan pendek pastikan anda titik beratkan warna yang sesuai dengan tona kulit. Perkara ini sangat penting kerana lebih pendek lengan kemeja itu lebih banyak bahagian lengan akan tervisual.Jika padanan warna tak sesuai dengan kulit anda akan kelihatan janggal dan pelik.
Ini pula bergantung kepada lokasi, majlis dan juga penampilan yang anda ingin serlahkan. Sebagai contoh jika anda menghadiri majlis hari jadi yang bertema smart kasual di restoran, menggayakan kemeja bercorak ‘pantai’ amatlah tak sesuai. Nasihat MASKULIN, carilah kemeja lengan pendek yang berwarna polos. Dan jika anda ingin lebih menonjol carilah yang membawa motif bunga.
Ads
KAIN SELESA
Kita sudah sebaraikan elemen penting berkaitan warna, corak dan saiz. Selain tiga perkara tersebut salah satu elemen paling penting untuk memilih kemeja lengan pendek ialah material kain. Ingat, tak guna kalau warna cantik dan corak yang gempak tapi kalau pakai anda rasa tak selesa. Carilah kemeja yang menggunakan kain selesa dengan kulit. Sebagai contoh kemeja yang diperbuat daripada kain kapas sepenuhnya.
KANCING SAMPAI ATAS
Ada satu perkara yang unik bila kita melihat seorang lelaki menggayakan kemeja dengan kemas dan mengancingnya sampai ke bahagian atas. Ia memberikan seseorang itu imej tegas dan lebih serius. Selain itu ia juga membuatkan anda nampak lebih formal. Inmi sesuai digayakan di majlis separa formal seperti majlis minum petang.
Ads
JANGAN TIGHT-IN
Anda bukan menggayakan sut! Ingat, anda tak perlu tight-in baju ke dalam seluar. Apatah lagi jika menggayakan kemeja lengan pendek yang mempunyai corak seperti floral. Kemeja lengan pendek lebih nampak cocok dengan anda jika dibiarkan sahaja di luar.
Antara seluar yang paling sesuai digayakan dengan kemeja lengan pendek ialah khakis. Atau dalam bahasa keramaiannya ‘seluar slack’. Cuma elakkan memilih seluar daripada material kain licin dan lembik. Jika anda berani padankan dengan seluar khaki pendek berkuruan pada paras lutut.
TAK SARAT WARNA
Ingat satu perkara, anda bukannya tiang bendera! Jadi elakkan memakai kemeja lengan pendek yang mempunyai banyak warna. Kemeja lengan pendek yang kasual tak seharusnya memiliki lebih daripada dua atau tiga padanan warna termasuklah warna seluar.
Buat anda yang ingin mencari kemeja lengan pendek menarik, boleh dapatkan di sini pada harga yang hebat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Model dan selebriti yang popular di Berlin kini tampil dengan koleksi terbaru Monki dengan mengetengahkan konsep bercirikan peribadi yang kuat dari personaliti yang bernama Yang Zhang atau lebih sinonim dengan panggilan Kicki.
Kepada anda yang tidak mengenali Kicki, dia merupakan anak kelahiran China yang telah berjaya menempah nama di persada peragaan di Berlin. Antara sebab wanita ini sesuai untuk dijadikan penghias koleksi terbaru Monki kerana ciri Kicki yang bersahaja dan trendy menjadikan koleksi ketiga style crush Monki lebih terserlah.
Antara look yang diperagakan oleh Nicki adalah Streetwear dan suit klasik diberi nafas modern disesuaikan dengan konsep Monki yang lebih kepada longgar dan besar sejak ia diperkenalkan. Koleksi kali ini bukan saja menawarkan konsep pakaian ala kerja dan sukan, malah terdapat juga seluar dan blazer yang membuatkan anda mahu menjadikannya salah satu koleksi almari anda.
Monki mempunyai pelbagai pakaian dari atas hingga ke bawah termasuk jumpsuit. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi Crush ini di mana-mana butik Monki dan Online bermula September 2018!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penggunaan aksesori di atas kepala seperti topi besbol kini menjadi trend yang cukup popular di kalangan lelaki. Berbeza dengan wanita yang boleh mengayakan bervariasi jenias aksesori, lelaki hanya terhad kepada beberapa jenis topi sahaja. Topi besbol sebagai contohnya menjadi item fesyen yang cukup sinonim pada masa kini untuk gaya harian lelaki.
Selain memberikan penampilan yang lebih santai penggunaan topi juga mampu menjadi penyelamat lelaki yang mungkin mengalami masalah rambut.
Namun secara keseluruhannya topi kini dianggap lebih daripada fungsinya untuk melindungi kepada dari sinaran matahari tetapi lebih kepada ekspresi fesyen.
Harga topi yang berkualiti juga tidaklah murah. Jadi sangat penting untuk anda sebagai penggunanya menjaga topi dengan baik. Selain aspek kebersihan menjaga bentuk topi juga sangat penting!
Berikut 10 cara bagaimana anda boleh ikuti untuk cuci dan jaga topi dengan baik!
JAGA BENTUK TOPI
Hindari meremas atau melipat topi dengan kasar. Jika perlu menyimpannya, letakkan di atas permukaan datar agar bentuknya tetap terjaga.
CUCI TANGAN
Pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh topi untuk menghindari anda memindahkan kotoran ke arah permukaan topi.
BUANGKAN DEBU
Goyangkan topi secara pwrlahan-lahan untuk hilangkan debu dan kotoran ringan yang menempel di permukaannya.
Gunakan berus gigi lembut atau berbulu halus untuk membersihkan kotoran ringan atau pada topi
BERSIHKAN TANGAN
Sebelum melakukan cucian pada topi, pastikan anda bersihkan tangan terlebih dahulu.
CUCI SECARA MANUAL
Jika topi anda sangat kotor dan berbau, rendamkannya di dalam air suam dengan sedikit sabun lembut. Gunakan span atau kain lembut untuk membersihkan topi dengan lembut. Ingat, jangan gosok terlalu kuat kerana ia boleh merosakkan material atau rekaan jahitan pada topi.
BILAS DAN BERSIH
Pastikan semua sabun dihilangkan dengan menyiram topi dengan air bersih.
JANGAN PERAH
Bagi proses pengeringan pertama sekali anda harus ingat ialah jangan sesekali memerah atau meramas topi. Dan jangan juga gunakan mesin oengering untuk mengeringkannya. Biarkan topi kering secara semula jadi dengan meletakkannya di atas permukaan datar. Elakkan juga jemur secara terus di bawah sinaran matahari.
Legasi yang ditinggalkan oleh Bruce Lee terhadap senni mempertahankan diri dan dunia lakonan tidak akan pernah lapuk ditelan zaman. Pengaruh yang dibawa oleh mendiang Bruce Lee sehingga kini dapat disaksikan menerusi pelbagai paltoform seni filem dan juga televisyen.
Sebagai salah satu cara menghargai jasa yang dibawa oleh figura penting tersebut, G-SHOCK telah memperkenalkan sebuah jam tangan edisi terhad, MTG-G2000BL-9A atau dikenali sebagai Mr-G x Bruce Lee.
Pengenalan jam eksklusif edisi terhad ini juga turut meraikan ulang tahuh kelahiran yang ke-80, Bruce Lee jika dia masih hidup.
TEMA WARNA LEGENDA
Jam G-SHOCK yang pastinya menjadi buruan pengumpulnya tampil dengan warna hitam dan kuning sebagai satu tribute kepada tracksuit popular digayakan oleh Bruce Lee menerusi filem ‘Game of Death’ (1978).
Gabungan warna merah dan kuning pada bahagian emblem pula melambangkan falsafah seni mempertahankan diri yang diasaskan olehnya iaitu Jeet Kune Do.
Dengan sarung titanium yang juga tahan calar, jam ini dilengkapi dengan bezel kristal saphire glass dengan ungkapan “Using no way as a way, having no limitation as limitation”.
Buat anda penggemar jam G-SHOCK, edisi terhad Bruce Lee ini dipasarkan pada harga USD4,000 (RM16,870) dengan hanya 300 unit dikeluarkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.