Jika anda bakal keluar bertemujanji dengan seorang wanita, berpakaianlah seperti seorang lelaki.
Pemakaian anda mestilah boleh difahami oleh si dia dan boleh meyakinkan si dia bahawa anda serius dengan perhubungan anda dengannya, yang mungkin boleh membawa kepada komitmen yang terbesar dalam hidup anda.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mempunyai drama yang tersendiri pada pertemuan dan perhubungan mereka sebelum perkahwinan yang mana anda sendiri boleh bayangkan bagaimana ianya berlaku dan berapa lama ia bertahan.
Akan tetapi fokus di sini adalah bagaimana untuk menghadirkan diri anda kepada seorang wanita yang sangat layak untuk menjadi pasangan hidup anda dengan cara yang betul.
Tonjolkan pemakaian anda pada temujanji yang pertama. Mengapa?
1. Tarikan fizikal
Ringkasnya, wanita sangat mengambil berat tentang penampilan dan mudah tertarik pada lelaki yang kelihatan sihat dan rupa paras yang menawan.
Pakaian meliputi 90% daripada badan anda, jika ianya dipakai dengan betul ia boleh membantu anda kelihatan lebih baik dengan mengukuhkan ciri-ciri positif diri anda dan meminimakan ciri anda yang kurang menarik.
2. Menunjukkan rasa hormat
Anda tidak akan tahu sama ada wanita yang anda akan temui akan suka pada personaliti anda, tetapi bagaimanapun, anda boleh tentukan visual diri anda yang paling menyerlah dan terbaik.
Si dia pastinya akan menghabiskan banyak masa untuk memastikan dirinya rapi dan menarik pada mata anda.
Setidaknya paling kurang apa yang anda boleh lakukan adalah dengan membalas usahanya itu dengan pemakaian anda sebagai tanda hormat pada si dia.
Anda perlulah melayan orang lain dengan baik jika anda ingin dilayan dengan lebih baik.
Ads
Jadi bagaimanakah anda ingin serlahkan diri anda pada si dia menerusi pemakaian?
1. Temujanji yang kasual atau santai
Terutama bagi temujanji yang di luar rumah, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan kasual tetapi tidak selekeh.
Elakkan memakai pakaian yang membuatkan anda kelihatan seperti tidak rapi atau tidak menjaga pemakaian seperti jeans biru yang pudar atau lusuh, sweatpants atau pakaian sukan (melainkan jika ianya adalah temujanji ketika jogging).
Seluar jeans yang berwarna hitam gelap atau indigo adalah penyeimbang yang baik dan boleh disesuaikan dengan apa-apa baju sama ada T-shirt kolar lengan pendek, kemeja atau jaket sukan.
Selitkan T-shirt anda ke dalam seluar (kecuali jika temujanji adalah di persisiran pantai) dan sepadankan tali pinggang kulit anda dengan sepasang kasut kulit yang sama warna.
Ads
2. Temujanji makan malam
Temujanji makan malam atau apa sahaja yang berkaitan temujanji di zaman urbanisasi ini biasanya bermaksud anda perlu memakai jaket.
Anda tidak perlu memakai satu sut yang lengkap jika ia tidak perlu. Cukup sekadar anda memakai blazer dan padankan ia dengan pakaian yang lain untuk kelihatan lebih formal.
Jika anda bertemujanji pada siang hari dan mahukan sesuatu yang tampak lebih kasual, jaket sukan adalah pilihan yang paling terbaik.
Pemakaian blazer atau jaket sebenarnya akan menyerlahkan lagi diri anda dengan perwatakan yang lebih maskulin dan menarik.
Ads
Hal ini boleh menjadikan diri anda sentiasa menjadi perhatian bagi wanita-wanita di luar sana dan pastinya bagi si dia yang beruntung dapat bertemujanji dengan anda.
Walaupun temujanji anda adalah tidak formal, anda perlu beri perhatian kepada kasut anda
Sama ada anda memakai kasut kanvas yang digunakan untuk merantau ke bandar atau kasut formal yang digunakan untuk makan malam di hotel lima bintang, si dia akan sentiasa memerhatikan apa yang anda pakai dari atas sehingga ke bawah.
Kasut adalah salah satu petunjuk yang sangat penting kepada personaliti diri anda.
Jadi sentiasa pastikan kasut anda bersih, berfungsi dan bergaya.
Kesimpulannya
Seseorang lelaki yang bakal bertemujanji untuk kali pertama perlu memastikan dirinya rapi, berpakaian kemas dan menyerlah supaya si dia akan rasa lebih seronok untuk meluangkan masa bersama.
Tujuan utama pemakaian yang betul adalah untuk memberikan anda keyakinan untuk fokus terhadap wanita yang anda temujanji.
Semoga anda berjaya untuk temujanji yang pertama!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu jenis kenderaan yang menjadi pilihan terutamanya golongan muda ialah dengan menunggang motosikal.
Tidak dinafikan menunggang motosikal memang ada risiko kemalangan lebih tinggi di jalan raya. Namun, tidak bermakna anda tidak boleh cuba mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip perjalanan jauh dengan menaiki motosikal.
HENTI & REHAT LEBIH KERAP
Perjalanan jauh menggunakan motosikal tidak sesuai untuk anda yang ingin sampai terlalu cepat ke destinasi.
Tunggangan yang selamat ialah yang chill, relaks dan tidak terburu-buru. Disebabkan itulah digalakkan untuk anda kerap berhenti rehat antara 3 hingga 5 kali. Ia juga bagi menyejukkan enjin motosikal dan memastikan ia tidak jammed.
PERIKSA KONDISI MOTOSIKAL
Perkara paling penting sebelum mulakan perjalanan adalah memastikan kondisi motosikal pada tahap terbaik.
Sebelum mulakan perjalanan periksa keadaan tayar, rantai, minyak enjin, minyak 2T (jika menggunakan motosikal dua lejang), coolant, lampu isyarat bahagian depan dan belakang, lampu besar hadapan, lampu brek dan belakang, periksa keadaan cengkaman brek serta lain-lain komponen yang dirasakan perlu.
Bagi perjalanan yang lebih ‘smooth’ tetapkanlah waktu bertolak yang sesuai dengan kondisi dan keadaan semasa. Ambil tahu tentang pola cuaca atau musim kawasan yang ingin dilalui agar perjalanan tidak terganggu dengan hujan lebat, angin kencang mahupun cuaca panas terlalu terik.
PASTIKAN PENGLIHATAN JELAS
Ini terutamanya bagi anda yang mempunyai masalah rabun. Jika anda rabun pastikan anda menggunakan cermin mata yang sesuai untuk dipakai. Atau boleh gunakan kanta lekap dengan syarat mempunyai perlindungan seperti visor ketika tunggangan motosikal.
KELENGKAPAN & PERALATAN TAMBAHAN
Pastikan juga anda menyediakan kelengkapan dan peralatan mencukupi seperti baju hujan, sarung tangan, tuala kecil dan tidak lupa peraltan seperti pemutar skru, spanar dan alatan tambahan lain.
Selain itu jika anda menggunakan tayar bukan jenis tubeless, bawalah tiub spare. Untuk tunggangan lebih baik gunakan topi keledar mempunyai visor atau anda boleh menggunakan googles. Pastikan juga anda memakai kasut yang sesuai dan selesa.
Jika anda berkonvoi, pastikan untuk jaga jarak antara satu sama lain. Jangan menunggang dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat.
Berikan ruang yang selesa untuk tunggangan lebih selamat. Komunikasi anda dan rakan-rakan juga sangat penting. Jadi biasakan diri berkomunikasi dengan baik dengan isyarat-isyarat tangan.
DUIT MENCUKUPI
Jangan dilupakan juga untuk membawa wang tunai yang mencukupi. Bukan apa, risau jika motosikal berdepan kerosakan dan perlu masuk bengkel, anda tidaklah tergadah atau kalut mencari wang.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda dalam menikmati tungangan motosikal yang lebih selamat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk mendapatkan kalori yang cukup, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebagai ahli bina badan vegetarian adalah memastikan anda mempunyai kalori yang cukup. Jika anda tidak mempunyai kalori yang cukup badan anda cenderung membentuk protein yang defisit.
BERAS PERANG
Serbuk protein beras perang adalah alternatif kepada serbuk protein tradisional dan serasi dengan vegan dan diet bebas gluten. Protein beras perang menyediakan alternatif protein yang baik untuk orang yang tidak toleran laktosa dan ia mudah dihadam.
Ramai individu di luar sana bimbang bahawa serbuk beras perang tidak dapat menyediakan tahap protein dan asid amino yang diperlukan untuk bersaing dengan lain-lain serbuk protein. 100gram beras perang mentah mengandungi kurang daripada 8gram protein dan tidak boleh membuat rantai protein lengkap kerana jumlah yang agak rendah asid amino. Walau bagaimanapun, selepas melihat proses semula jadi di mana beras perang digunakan untuk membuat serbuk protein, kini ramai yang menjadi pengamal setia kepada jenama beras perang.
SOYA
Protein soya boleh datang dari makanan yang berbeza seperti susu soya, tauhu dan juga serbuk khas protein soya. Kekuatan atlet dan pembina badan vegetarian sering memakan banyak makanan berasaskan soya. Protein soya adalah bentuk protein terbaik yang tidak mengandungi protein haiwan. Protein soya adalah protein lengkap menurut Dr. Josh Anthonio, ketua persatuan antarabangsa pemakanan sukan, salah satu sebab pembina badan memilih protein soya kerana ianya mengandungi asid amino penting. Ini menjadikan soya pembina otot yang tinggi daripada protein berasaskan tumbuhan yang lain, kerana anda tidak perlu untuk menggabungkan ia dengan sumber protein lain untuk memastikan anda mendapat sumber asid amino.
KEKACANG
Badam mengandungi banyak nutrient penting, termasuk protein dan lemak tak tepu yang sihat. Protein adalah komponen utama untuk meningkatkan jisim badan tanpa lemak. Protein adalah unsur-unsur struktur otot, kulit dan tulang rawan. Ia melaksanakan fungsi-fungsi metabolik yang lain seperti mengangkut oksigen kepada darah, yang bertindak sebagai antibodi untuk melawan penyakit dan berfungsi sebagai hormon untuk mengawal proses metabolik anda. Badam sarat dengan makronutrien. Satu auns badam bersamaan 25gram mengandungi 6g protein.
KEJU
Semua keju tidak sama. Satu bata cheddar mempunyai nilai pemakanan yang berbeza termasuk keju kotej. Keju mengandungi protein protein yang tinggi. Seperti yang anda tahu protein amat diperlukan oleh seorang pembina badan. Protein menghasilkan asid amino yang membantu otot anda membesar dan berkembang selepas melakukan senaman. Jumlah minimum protein yang anda perlu ambil semasa membina otot adalah 1gram protein per kilo berat badan ( contohnya, jika berat anda 180 paun, maka anda perlu mengambil 180gram protein untuk pertumbuhan otot) mana-mana protein tambahan yang diambil melebihi kadar pengambilan minimum harian untuk membina otot boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
BROKOLI, BAYAM & BUAH
Anda perlu merangkumi pelbagai jenis sayur-sayuran dalam diet anda. Sayur-sayuran terbaik adalah sayur-sayur berdaun hijau dan sayur-sayur yang berwarna terang seperti lada merah dan terung yang mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi. Makan sayur-sayuran membantu mengurangkan keuntungan lemak kerana ia merendahkan indeks glisemik keseluruhan hidangan anda. Pastikan anda juga memakan banyak buah-buahan seperti pisang, epal atau menyediakan hidangan dalam bentuk smoothie.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penyampai radio Anas Tahir meluahkan rasa sedih apabila segelintir jemaah masjid menyifatkan tindakan orang luar yang hadir ke masjid dan duduk di saf barisan pertama sebagai kurang beradab dan mempersoalkan akhlak mereka.
Menerusi sebuah hantaran di laman media sosialnya, Anas Tahir menceritakan pengalamannya terdengar perbualan beberapa orang jemaah masjid yang membincangkan isu saf pertama itu tanpa menyedari kehadirannya.
“Kau datang tempat orang, kau duduk saf depan. Dekat situ dah tunjuk dah akhlak kau dekat mana,” demikian kata-kata jemaah masjid berkenaan yang didengari Anas.
Anas mengakui yang dia tidak menyangka ayat sebegitu boleh keluar dari mulut seorang jemaah masjid.
“Sedihlah. Macam mana dia boleh cakap kita tak boleh duduk saf pertama itu ya?” persoal Anas.
“Mungkin dia nak sembang dengan kawan-kawan dia sahaja. Tapi dia tak perasan saya sendiri ada dekat tempat makan itu,” tambah Anas.
@aanastahirrApa komen korang? Saya bukan nk cerita pasal rapat saf tu… Ikut korang lah.. nak jarak sampai 30km pon.. tapi yang ni…mmm.. terpaling rapat dgn Allah kot.. mmmm yeah Sorry la.. byk plak tersembur ckp sorg2 ni 🤣🤣♬ original sound – Anas Tahir
Hadir Berjemaah Kerana Allah, Bukan Makhluk
Oleh kerana itu, Anas tidak menafikan yang timbul rasa tawar hati untuk hadir menunaikan solat secara berjemaah di masjid berkenaan lagi.
Namun Anas menguatkan semangatnya apabila teringat kata-kata seorang maulana tabligh yang berpesan agar perbetulkan niat hadir ke masjid kerana Allah, bukan kerana makhluk.
“Kalau awak hadir sembahyang jemaah di masjid kerana makhluk, memang awak akan tinggalkan. Awak tak pergi dah masjid itu sebab ditegur oleh makhluk
“tapi kalau awak pergi kerana Allah, awak akan teruskan. Insya-Allah,” demikian pesanan yang dipegang Anas.
Terdahulu, Anas pernah berkongsi satu video menceritakan pengalamannya menyaksikan seorang remaja dikasari oleh seorang lelaki berusia selepas selesai solat berjemaah.
Perkara itu berlaku hanya gara-gara kaki remaja itu menyentuh kaki lelaki itu sebagai cara untuk merapatkan saf.
Tanpa sempat mengikuti wirid selepas solat, remaja itu dicekak dari belakang oleh lelaki itu, demikian menurut perkongsian Anas sebelum ini.