Peranti pintar kini menjadi sebahagian daripada hidup lelaki moden. Jika dahulu telefon bimbit menjadi satu-satunya pendamping utama kehidupan harian lelaki.
Tapi kini jam pintar menjadi pelengkap aktiviti harian yang turut memantau kondisi kegiatan harian dan juga kesihatan.
Terbaru, jenama pengmeluar jam GPS terkenal memperkenalkan jam pintar premium terbaru mereka iaitu Garmin Venu. Selain memnawarkan pelbagai ciri-ciri pintar, ia juga dilengkapi dengan skrin sesentuh AMOLED.
Dengan menggunakan Garmin Venu, pengguna mampu memantau kondisi kesihatan 24 jam sehari termasuklah aplikasi uniknya, Pulse Ox1. Aplikasi ini dapat memantau kadar pernafasan setiap minit. Pulse Ox1 juga boleh mendapatkan data kadar oksigen di dalam darah.
Uniknya, Garmin Venu juga mampu membantu kaum wanita memantau kadar menstruasi. Selain itu, pengguna juga boleh memuat pelbagai tips senaman ke dalam jam pintar menerusi Garmin Connect.
Pada majlis pelancaraannya, Garmin turut mengumumkan jam pintar ini bakal berada di pasaran bermula 9 Oktober 2019.
BACA: 10 Jam Pintar Sesuai Dijadikan Hadiah Buat Peminat Sukan
Menurut Pengurus Senior Jualan & Pemasaran Aeco Technologies (M) Sdn Bhd, Ivan Ong, “Kami cukup berbangga untuk memperkenalkan Garmin Venu di pasaran Malaysia. Lengkap dengan paparan AMOLED, Garmin Venu merupakan jam pintar yang sempurna untuk senaman, gaya dan penampilan trendy”.
Pilihan warna yang ditawarkan di pasaran tempatan terdiri daripada variasi Granite Blue, Black (Slate Hardware), Light Sand dan Black (Gold Hardware). Menariknya tali jam juga boleh ditukar mengikut citarasa dan ia turut dijual berasingan.
Turut hadir ke majlis pelancaran Garmin Venu beberapa selebriti dan social media influencer seperti Daiyan Trisha yang juga Duta Rasmin Gaemin Venu, Faiz Paeh, Mariesya Muhd dan Aida Razman.