Tahun ini menyaksikan Garmin selaku jenama jam pintar dan GPS terkenal meraikan ulang tahunnya yang ke-30. Bersempena dengan sambutan ulang tahun tersebut Garmin telah memperkenalkan sebuah koleksi jam pintar premium iaitu MARQ Collection.

Koleksi jam mewah ini menampilkan beberapa siri jam yang menampilkan ciri-ciri istimewa dalam tradisi bidang berbeza seperti aotumotif, marin, outdoor, penerbangan dan sukan.

Dan bersempena tema itu jugalah mereka mengetengahkan sebanyak 6 siri jam pintar berbeza iaitu MARQ Aviator, MARQ Driver, MARQ Captain, MARQ Adventurer, MARQ Athlete dan MARQ Commander.

GARMIN Raikan Ikon Ternama Tanah Air Pada Pelancaran MARQ Collection GARMIN Raikan Ikon Ternama Tanah Air Pada Pelancaran MARQ Collection

IKLAN

BACA: 8 Sebab Mengapa Jam ROLEX Sangat Mahal & Dianggap Item Mewah

Pada pelancarannya yang berlangsung baru-baru ini, Garmin telah menjemput beberapa ikon terkenal bagi mewakili setiap siri jam yang diketengahkan. Mereka adalah Datuk Nicol David, legenda sukan squash negara; Chris Lau, jurnalis meda perang; Khairulnizam Mohd Afendy, atlet Olimpik sukan layar; Datuk Kapten Nik Huzlan, bekas ketua juruterbang Malaysian Airlines; dan Zen Low, pelumba kereta antarabangsa.

IKLAN

GARMIN Raikan Ikon Ternama Tanah Air Pada Pelancaran MARQ Collection

IKLAN

Majlis pengenalan model terbaru Garmin ini turut memberi ruang kepada jemputan ternama ini untuk sama-sama berkongsi pengalaman mereka dalam bidang masing-masing. Menariknya setiap seorang daripada mereka bukanlah calang-calang individu kerana sangat kaya dengan segala macam pengalaman.

Ekspresi inilah yang ingin diketengahkan oleh Garmin MARQ Collection yang menggunakan bahan premium, elemen rekaan eksklusif dan ciri-ciri paparan unik.

Kesemua koleksi daripada MARQ Collection ini boleh didapati di outlet Garmin seluruh negara dan Swiss Watch Gallery bermula dari 13 November 2019 yang berharga dari RM7,999 sehingga RM13,500.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI