KANSER NASOFARINKS
AKIBAT GARAM BERLEBIHAN
Pasti ramai kurang mengetahui kewujudan rongga Nasofariks yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Namun angkara kandungan garam berlebihan boleh menyebabkan kanser dan seterusnya membawa maut jika tidak dikesan dan diubati dengan segera.
DI MANA NASOFARIKS?
– Nasofarinks satu bahagian agak terlindung dalam struktur yang terdapat di kepala manusia. Ia adalah kawasan yang terletak di bahagian belakang rongga hidung seseorang. Sebahagian daripada farinks iaitu saluran pernafasan paling atas.
Penghubung antara rongga hidung dengan saluran pernafasan yang lain. Dalam keadaan normal, udara yang disedut sewaktu pernafasan akan masuk melalui hidung dan melalui Nasofarinks sebelum dihalakan ke Orofarinks, Larinks, Trakea dan sistem Bronkus yang meneruskan pengaliran udara ke paru-paru.
KETUMBUHAN TERSEMBUNYI
Kanser Nasofarinks jarang berlaku dan jika ia berlaku hanya pada kadar rendah berbanding dengan kanser-kanser lain di seluruh badan manusia. Gejala berdengkur, sakit tekak, jangkitan pada telinga atau kurang pendengaran yang berlaku pada salah satu bahagian telinga antara masalah yang sering terjadi.
Kanser jenis ini bermula dari satu bahagian dalam Nasofarinks yang dikenali sebagai Fossa of Rosenmuller (FOR). Bahagian ini terletak di sebelah bukaan tiub Eustachian yang turut terdapat di dalam Nasofarinks.
GARAM BERLEBIHAN
Pengambilan makanan tinggi kandungan garam seperti ikan, telur atau sayur masin secara terus-menerus dalam jumlah banyak dan dalam jangka masa panjang boleh memberi risiko berlakunya kanser Nasofarinks atau Nasopharyngeal Carcinoma.Ini disebabkan kandungan zat Nitrosamin yang terdapat dalam makanan tersebut mampu mengaktifkan virus Ebstein Barr sehingga menimbulkan masalah pada bahagian Nasofarinks.
GEJALA
HIDUNG- Saiz ketumbuhan yang membesar akan mengakibatkan pernafasan menjadi tersumbat. Ini akan menyebabkan seseorang itu bernafas melalui mulut dan mula berdengkur sewaktu tidur.
TELINGA- Eustachian di dalam Nasofarinks berfungsi untuk memberikan pengudaraan dan ventilasi pada telinga tengah manusia. Pengudaraan ini amat penting bagi memastikan telinga tengah mempunyai tekanan sama seperti tekanan di telinga luar (tekanan atmosfera).
Apabila Nasofarinks terjadi, maka bukaan ini akan tertutup atau terganggu fungsinya. Ini akan menyebabkan rembesan telinga tengah tidak dapat keluar, pengudaraan tidak dapat berlaku dan seterusnya mengganggu proses pendengaran.
KESAN SARAF
Lokasi Nasofarinks berada begitu hampir dengan struktur mata dan lantai otak (skull base). Kanser di kawasan ini boleh memberikan kesan terhadap saraf-saraf di sekitar atau melalui kawasan yang berhampiran dengannya.
RAWATAN
Sekiranya mempunyai tanda-tanda tersebut, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan pengesahan selanjutnya. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap terutamanya endoskopi pada bahagian hidung untuk melihat kawasan Nasofarinks yang tersembunyi ini. Jika terdapat perkara yang mencurigakan, biopsi untuk mengambil sampel tisu di bahagian FOR akan dilakukan. Ia akan dibuat dengan kaedah bius yang efektif dan mudah.
Patut tahu
-Dilaporkan seorang dalam 100,000 orang penduduk di seluruh dunia menghidap ketumbuhan tersembunyi ini. Lebih banyak berlaku di negara China dan negara-negara sekitarnya yang mempunyai peratusan penduduk berbangsa Cina tinggi.
-Negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai risiko dalam kadar pertengahan.
-Kanser Nasofarinks lebih banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadar itu meningkat selepas berusia 30 tahun dan kemuncaknya pada lingkungan usia 40 hingga 49 tahun.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI