Tahukah anda, garam boleh menjadi punca gemuk? Tak percaya? Kajian menunjukkan peningkatan obesiti sebanyak 26% hingga 28% bagi kanak-kanak dan orang dewasa apabila mengambil garam secara berlebihan setiap hari.
Penyelidik berpendapat, pengambilan garam secara berlebihan akan meningkatkan rasa haus. Badan cenderung untuk menterjemahkan rasa haus itu pada lapar lalu membuatkan pengambilan makanan berlebihan dan berlakunya kenaikan berat atau obesiti.
Had pengambilan garam bagi orang dewasa ialah 1 sudu teh iaitu 5g garam sehari. Kurangkan garam dalam masakkan dan jaga kesihatan.
Di Facebook Syaza Nutritionist ada satu kajian membabitkan angkasawan yang sedang dalam latihan simulasi selama beberapa bulan, makanan yang sama telah diberikan sepanjang latihan. Selepas beberapa minggu, penyelidik telah menambahkan jumlah garam dalam makanan.
Yang peliknya, para angkasawan mengadu berasa lebih lapar sedangkan yang berubah cuma kandungan garam. Mereka juga minum lebih sikit air berbanding ketika garam dikurangkan.
Malah, dia juga memberi 6 tip mudah untuk kurangkan garam dalam menu makanan kita. Jom Follow tips ini.
#1: Fokus pada makanan segar dan masak sendiri di rumah. Makanan segera, terproses dan makanan di restoran mengandungi banyak garam tambahan.
#2: Hati-hati dengan penggunaan sos cili, mayonis, salad dressing, kicap, dan lain-lain yang kaya dengan sodium atau garam.
#3: Kurangkan garam dalam masakan secara berperingkat supaya deria rasa boleh menyesuaikan keadaan. Jika pengurangan garam terus dilakukan mendadak, makanan akan rasa tawar dan tidak menyelerakan.
#4: Perasakan masakan anda dengan rempah kering dan segar seperti bawang putih, bawang merah, halia, lada hitam dan lain-lain. Semakin banyak rempah-ratus, semakin kurang garam diperlukan.
#5: Hati-hati dengan kuah dan sup, cukup 2-3 sudu sahaja. Jangan sampai banjir kerana tanpa sedar, ia menjadi punca pengambilan geram berlebihan.
#6: Rasa dahulu makanan anda sebelum menambah garam. Anda mungkin tidak perlu untuk menambahkan lagi garam.
Sumber: Syaza Nutritionist
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI