Biasanya kalau ada plan nak bercuti atau beli sesuatu, seseorang itu sanggup simpan duit. Tapi nak simpan duit setiap hujung bulan bukanlah mudah. Macam-macam dugaan yang harus ditempuh.

Sebenarnya nak simpan duit kena ada disiplin dan pengorbanan yang tinggi. Kalau tak duit gaji boleh habis begitu sahaja. Nak pastikan hasrat anda menyimpan duit berjaya, kena ada caranya.

Bagi yang berhasrat nak simpan duit, mungkin idea ekstrem Hafizul Hakim menyimpan duit bersama pasangannya ini boleh anda amalkan. Paling best, setiap hujung bulan mereka berjaya menyimpan RM465. Menarik, kan?

Jom kita baca perkongsiannya.

Gara-Gara Simpan Duit Cara Ekstrem, Suami Isteri Ini Berjaya Kumpul RM465 Sebulan

Tips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:

1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.

2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.

Ads

3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.

Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.

Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.

3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.

Begitu, mudah je kan.

Ads

Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.

Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Best, kan! Seronok menyimpan macam ni!

Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. Hihi

Hafizul Hakim
Sebarkan kebaikan!

Ads

Gara-Gara Simpan Duit Cara Ekstrem, Suami Isteri Ini Berjaya Kumpul RM465 Sebulan

Baca Ini: Wanita Ini Kongsi 7 Cara Sempoi Simpan Duit Ribuan Ringgit Walaupun Gaji Ciput!

Hasil simpan setahun

Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan

Lebih kurang RM5,580. Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni?
– Kumpul modal deposit rumah
– Kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi)
– Dana kecemasan keluarga
– Dana pendidikan anak-anak
– Dana umrah/haji
– Spend 30% untuk bercuti, lebih simpan

Menyimpan cara ini didik kita berdisplin simpan, elak belanja tak perlu dan ketirisan simpanan.

Kekadang ada perbelanjaan kita cuma tahap kategori kehendak, bukannya keperluan.

Terus hilang ‘portion’ menyimpan. Kaji semula belanja bulanan kita.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI