Gara-Gara Posing Macam Elsa Di Atas ‘Takhta’ Ais, Nenek Ini Hanyut Ke Tengah Laut

Share

Apabila berjumpa dengan sesuatu objek yang unik pasti kita akan terpegun. Pada zaman sekarang pula orang akan terus ambil kesempatan untu mengabadikan penemuan itu dalam bentuk foto.

Lebih menarik apabila objek yang ditemui itu adalah ciptaan alam semula jadi yang menyerupai sesuatu yang awesome.

Itulah yang berlaku kepada seorang nenek bernama Judith Streng. Gara-gara berposing untuk bergambar di atas sebuah bongkah ais yang berbentuk seperti sebuah takhta dia telah dihanyutkan ke tengah laut!

Baik punya posing mak cik sorang ni!

Judith yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat sedang dalam percutian di Iceland dan beliau melawat Jökulsárlón Lagoon bersama anak lelakinya Rod Streng.

Kisahnya, selepas menemui bongkah ais unik itu Judith tidak ingin lepaskan peluang bergambar di atasnya. Apatah lagi ia mempunyai bentuk seperti takhta seperti Queen.

Menurutnya yang ditemu bual ABC News, selepas duduk di atas bongkah ais itu ia mula bergoyang. Dan secara tiba-tiba ombak kuat melintasi mereka. Ia menyebabkan bongkah ais yang diduduki Judith terpisah dengan bongkah besar utama. Dan tidak semena-mena Judith hanyut ke tengah laut.

Hanyut jauh ke tengah laut!

BACA:

Nasibnya begitu baik kerana berat badannya tidaklah terlalu berat dan bongkah itu mampu menampungnya. Dia juga bernasib baik kerana pada masa iut terdapat sebuah bot berdekatan. Kapten bot tersebut, Randy Lacount berjaya membawa Judith selamat ke atas daratan.

Comel betul. Nasib baik sempat diselamatkan. Mungkin nenek ini fikir dia bakal jadi Elsa!

Kepada anda yang ingin bergambar atau berposing dengan menggunakan elemen alam, berhati-hatilah ya. Periksa dulu keadaan sekeliling jangan pula nanti pengalaman gembira bertukar menjadi duka pula.

Sumber: ladbibble & ABC News

Published by
Farizul Izwany