Ini bukan lagi demam bola sepak ini dah sakit bola sepak.Lelaki 28 tahun meninggal dunia akibat tidak cukup tidur kerana menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia. Peminat tegar bola sepak bernama Yang dari Yiyang, Hunan di China, telah meninggal dunia kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya dek kerana menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Piala Dunia FIFA 2018 baru sahaja bermula, dan hal ini pastinya memberi keterujaan kepada semua peminat bola sepak di dunia. Pada tahun ini, ianya dianjurkan di Rusia dan semua penonton di seluruh dunia dari zon waktu yang berbeza akan menyusun jadual tidur untuk memastikan agar mereka tidak terlepas menyaksikan perlawanan bola sepak ini.
Itupun jika mereka melakukan jadual tidur, namun, terdapat juga antara mereka yang sanggup menahan mata daripada tidur dan langsung tidak melelapkan mata kerana bimbang tidak terjaga!
Ads
Jika anda salah seorang peminat bola sepak yang perlu menonton setiap pertandingan, maka sila pastikan anda menjaga kesihatan anda!
iFeng melaporkan bahawa Yang merupakan peminat bola sepak tegar dan tidak pernah terlepas satu perlawananpun dan terlalu teruja untuk menyaksikan Piala Dunia pada kali ini. Mendiang dikatakan tidak akan tidur pada waktu malam hanya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak dengan ditemani oleh segelas atau dua gelas bir sejuk. Dilaporkan juga selama ini memang mendiang akan melakukan perkara yang sama, oleh itu, Piala Dunia kali ini bukanlah yang pertama.
Dia dilaporkan menonton satu perlawanan hingga jam 3 pagi sebelum tidur dan merasa tidak sihat pada keesokan harinya. Oleh sebab itu, dilaporkan bahawa dia mengambil cuti setengah hari dan akan masuk berkerja pada sebelah petang. Walau bagaimanapun, sejam selepas dia masuk berkerja, dia mula berasa tidak sihat dan serta merta pengsan, dan hal ini telah mengejutkan semua rakan sekerjanya!
Ads
Mereka cuba untuk memulihkannya tetapi mereka tidak berjaya melakukannya sementara menunggu ambulans tiba. Apabila ambulans tiba, pasukan perubatan memberinya CPR dan berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan Yang. Malangnya, percubaan mereka tetap gagal dan mereka mengisytiharkan kematian Yang.
Ads
Pengarah jabatan kecemasan di Kolej Perubatan Yiyang, Huang Wei berkata bahawa punca utama kematian Yang adalah disebabkan oleh pola tidurnya yang tidak teratur baru-baru ini kerana dia telah bertahan untuk menonton perlawanan Piala Dunia. Doktor turut berkata bahawa kebiasaannya meminum bir adalah salah satu punca yang mendorong kepada kematiannya juga.
Huang menjelaskan bahawa bilangan pesakit di hospital biasanya akan meningkat sebanyak 20% ketika berlangsungnya acara seperti Piala Dunia. Dia mengatakan bahawa ramai orang akan jatuh sakit dalam tempoh ini kerana mereka sengaja tidur lewat untuk menonton perlawanan di samping makan terlalu banyak makanan ringan. Oleh itu, beliau menasihati peminat bola sepak untuk tidak terlalu teruja dan sentiasa memastikan untuk mengutamakan kesihatan mereka.
Tidak salah sekiranya anda mahu menikmati perlawanan Piala Dunia, sementelah ianya hanya berlangsung beberapa tahun sekali sahaja. Tetapi, kami berharap agar anda sentiasa menjaga jadual tidur dan memastikan agar kesihatan anda sentiasa berada dalam tahap yang baik.
sumber : Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti semua orang tahu khasiat makan pisang sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain membantu mengurangkan berat badan dan membekalkan vitamin untuk kesihatan mata, khasiat makan pisang juga boleh cegah cramp.
Campuran unik vitamin, mineral dan karbohidrat glisemik rendah telah menjadikan pisang sebagai buah kegemaran di kalangan atlet. Malah para atlet telah lama memilih pisang sebagai makanan untuk mencegah dari cramp.
Ini kerana buah pisang terbukti mengandungi kandungan potassium yang tinggi dan kekejangan otot sering kali berlaku kerana kekurangan potassium.
Terdapat 3 khasiat makan pisang yang membantu atlet kekal dalam kondisi yang baik.
Kalium yang terkandung dalam buah pisang sangat baik untuk otot, malah penting bagi para atlet. Tubuh yang mendapat kandungan kalium yang cukup dapat menghindari dari otot kejang atau cramp. Saat melakukan workout, tubuh akan kehilangan kalium melalui peluh. Menurut kajian yang dilakukan oleh Linus Pauling Institure, makan pisang akan memberi jumlah kalium sebanyak 10% dari yang diperlukan oleh tubuh.
2. Menjaga stamina
Buah pisang mempunyai kandungan khasiat yang lengkap sehingga dapat memenuhi keperluan untuk tubuh badan. Serat, nutrisi, antioksidan dan glukosa terkandung dalam tiap buah pisang. Kandungan glukosa dalam pisang membuatkan ia lebih cepat dicerna oleh tubuh. Dalam prosesnya, glukosa akan diubah menjadi glikogen yang dapat digunakan sebagai bahan bakar otot ketika anda workout. Jadi jika anda makan pisang sebelum workout, dapat membuatkan tubuh anda kekal bertenaga dan rasa segar.
3. Menjaga fungsi dan kekebalan tubuh
Pisang mengandungi protein yang berguna untuk menjaga fungsi dan kekebalan tubuh, serta menjaga kesihatan sistem saraf. Selain itu, kandungan asam amino yang ada pada buah pisang juga dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam tubuh badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mengandungi Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “DeepDetox”. Ia dapat membersihkan segala kotoran, menanggalkan bintik-bintik hitam dan kulit kusam dengan berkesan. Memberikan kawalan minyak berterusan dan kulit yang bersih sepenuhnya dalam satu-langkah. Selain itu juga, menawarkan sensasi amat dingin yang menyegarkan. Alamilah kesegaran ekstra ini terutama penggunaan selepas beriadah atau menjalani aktiviti bersukan.
SK-II Men Brightening Serum
Kuasa unggul dalam kombinasi Pitera dan ‘Vibrant Bright Complex’. Esen terhadap penggunaan serum harian dalam mencerahkan kulit dengan memperbaiki tona kulit dan tekstur dalam masa hanya empat minggu. Direka secara eksklusif buat lelaki masa ini, ia berkesan dalam mencerahkan tatkala bertindak mengurangkan penghasilan melanin selain melembut dan memperbaiki tekstur kulit agar kekal sempurna.
LAB Series Power Wash
Gel pembersih wajah yang kaya dengan ‘enzymatic’ membersihkan secara mendalam dan bertindak membuang kotoran, minyak dan pencemaran serta menutupi pori dengan tidak mengubah keseimbangan PH semula jadi kulit. Kulit akan menjadi lebih lembut, licin, segar, dan bersedia untuk melakukan cukuran terhadap rambut di wajah.
Biotherm Homme Force Supreme Life Essense&Youth Boosting Skin Treatment
“The story of my life is written on my skin. Don’t expect to read it on my face. I use Biotherm Homme Force Supreme serum to reshape my skin. I also recently discovered the new Force Supreme Life Essence which is really a booster in the morning.” – David Beckham. Diformulasikan khas buat kulit lelaki, formula ‘highest-dosed Life Plankton’ diperkasakan untuk mengaktif aura kekuatan kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.