Sukan

Gandingan Ikmal & Dr Shazif Buat Kejutan, Menang Cabaran Ep.7

Share

Tidak dapat dinafikan, episod ketujuh program ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB) telah menghidangkan aksi penuh mendebarkan dengan cabaran ‘Capture the Boat’.

Dalam episod ini, gandingan mantap Ikmal dan Dr Shazif berjaya membuktikan kehebatan mereka sekali lagi, memahat nama sebagai pemenang episod ini dengan strategi, kekuatan, dan semangat yang luar biasa!

Berbekalkan pengalaman sebagai penyelam dengan latar belakang menyelamat, Dr Shazif tampil hebat melakukan misi di Checkpoint A.

Tugasnya? Menyelam ke dasar air, membuka kunci dan mangga dalam tempoh masa yang paling pantas.

Dengan fokus dan ketangkasan, beliau menyelesaikan misi itu tanpa cela – satu aksi yang memukau semua penonton dan memberi momentum besar kepada gandingan ini.

TERUSKAN MOMENTUM

Sementara itu, Ikmal pula mengambil alih tugasan menarik bot ke pesisir pantai. Dengan kekuatan upper body yang mengagumkan, beliau menunjukkan bahawa otot bukan sekadar hiasan.

Usahanya yang gigih menambah kelebihan besar kepada pasukan mereka. “Saya yakin kekuatan saya dapat bantu kami menang, dan ternyata strategi ini berhasil,” ujar Ikmal dengan senyuman puas.

Menurut Dr Shazif, strategi mereka mudah tetapi efektif. “Kami bersepakat untuk bermain mengikut kekuatan masing-masing.

“Saya fokus pada kelajuan, dan Ikmal pula dengan tenaga untuk tugas menarik bot. Ketika menggali pasir untuk mencari guni, kami lakukan bersama. Bila jumpa, lunges cepat-cepat untuk menamatkan cabaran,” jelasnya.

Ikmal turut menambah bahawa chemistry antara mereka kini semakin baik. “Bila kami semakin memahami gaya masing-masing, semuanya jadi lancar. Kami tak perlu terlalu banyak berbincang; semuanya seperti berjalan sendiri,” katanya sambil tersenyum.

CABARAN PELBAGAI ELEMEN

Episod ketujuh ini jelas membuktikan bahawa Who’s Your Bro bukan sekadar pertandingan kecergasan biasa.

Variasi cabaran yang melibatkan pelbagai elemen – dari menyelam, menarik, hingga menggali – menjadikan setiap episod lebih mencabar.

BACA: WYB Ubah Persepsi Saya Terhadap Brotherhood, Asyraf Ucap Selamat Tinggal

Menariknya, cabaran ini mencipta level playing field yang adil untuk semua peserta, kerana tidak semua orang mahir dalam setiap elemen.

Adakah gandingan Dr Shazif dan Ikmal akan terus unggul di episod kelapan? Atau mungkinkah kejutan lain bakal mengubah dinamik permainan?

Apa pun yang bakal terjadi, satu perkara pasti – WYB terus mencuri perhatian peminat sebagai program realiti kecergasan nombor satu di Malaysia.

Jangan lupa saksikan debaran seterusnya pada Jumaat, 24 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria. Siapa bro, siapa lawan? Anda tentukan!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.

 

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim